Pages

Klik kat bawah ni, tawaran Menarik Tertarik Da Bomb!!!

Brownies

Cheese Cake

Cupcakes

Butter Cake

Friday, April 16, 2010

Kancilku Eksiden



Syukur Alhamdulillah, adik saya, Arizam terselamat dari kemalangan jalanraya petang tadi di Bintulu, Sarawak. Kereta yang dipandunya terbalik dan berpusing dua kali.. Kereta tu kereta yang saya sayangi sangat-sangat. Tapi takpe la, asalkan Arizam selamat, saya bersyukur sangat-sangat. Saya berharap Arizam akan lebih berhati-hati dan jangan la drive laju sangat. Ish...dia memang suka drive kereta sampai tayar terangkat. Hopefully, lepas ni dia insaf la ek... Akak dia ni berdoa supaya dia insaf..



Ini la rupanya keretaku selepas kemalangan dan sebelum diangkut ke bengkel....
Kancil Purple yang disayangi.....

Wednesday, April 14, 2010

Tak Reti Nak Hormat Orang Ke???

Rilex k...rilex...tarik nafas panjang-panjang. Sabar...Sabar....Sabar itu separuh dari iman. Haiizzzzz....... Saya tak faham betul la dengan orang sekeliling ni. Masih ada gak yang tak pandai nak hormat orang. Geramnya!!!!! Arrgghhhhh!!

Cuba bayangkan, kita dah jawab call tu dengan sopan santun, lemah lembut, berbudi bahasa, tapi lepas tu, apa kita dapat? Perkataan kesat lagi menyakitkan hati. Dia ni tak faham ke perasaan orang lain... Ke buat-buat tak faham.. Adoyai.. Please respect other people sebelum other people tu respek u ok.

Yang tu tak termasuk lagi dengan orang yang datang jumpa dengan kita. Kita bukan main lagi menyambut kedatangan mereka, siap ucap ' Assalamualaikum', 'Selamat Pagi', 'Selamat Petang'....tapi mereka-mereka yang tak respek orang ni, buat muka selamber tenuk jek..haizzzz...geram bebeno ni... Astaghfirullah...

Pada yang diluar sana tu, hormatilah orang lain jika anda mahu diri anda dihormati. Janganlah sesekali buat orang sekeliling anda merasa geram dan menyampah dengan perangai anda tu. Tat's all. END!

Tuesday, April 13, 2010

Bila Diri Disayangi

Perrgghh....tajuk entry kali ini...mengancam tu..BILA DIRI DISAYANGI..macam tajuk lagu la pulakkan...
Apa kita akan buat bila diri disayangi?? haaa....cepat jawab!! Macam soalan teka-teki pulak. Senang je jawapan untuk soalan tu. Bila diri disayangi, kita kena la sayang orang tu balik betul tak? Tapi masalahnya sekarang ni, kalau yang bercinta bertepuk sebelah tangan tu macam mana pula al-kisahnya ya. Tergaru-garu gak kepala nak menjawab soalan tu. Orang sebelah sana je sayang kita, kita sendiri? Tak sayang dia pulak..sedihnya..
Saya tak payah la ditanya, pernah tak bertepuk sebelah tangan...huhuhu...sedih bila mengenangkannya kembali. Pernah suatu ketika dulu, saya teramat la suka dengan sorang mamat ni. Nak kata hensem, tak la sangat. Biasa-biasa je. Kisah ni zaman sekolah tau. Takde kena mengena dengan zaman sekarang. Kejadian berlaku semasa saya berada di Tingkatan 5. Tapi, rasa suka tu berputik semasa saya Tingkatan 4 lagi.
Begini kisahnya....................treeennnggggggg........*kembali ke zaman dulu.....
Saya dengan mamat ni...ok la...ok la...tak baik bagi nama dia mamat kan...saya gelarkan XYZ (bukan nama sebenar k)...ok la kan, dari saya panggil dia mamat je. Saya ulang balik, saya dengan XYZ satu kelas masa Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Dia seorang pengawas sekolah dan anak guru disiplin kat sekolah saya tu. Nak dijadikan cerita, entah kenapa saya boleh jadi jatuh suka tengok dia. Gayanya......budi bahasanya....lagaknya....celotehnya....ish...semua yang baik-baik la saya tengok dalam dirinya. Sehingga saya dedikasikan lagu "Dalam Diam Ku Mencintaimu" untuk dia...kalau tak silap masa tu memang pemes la lagu jiwang-jiwang, dari Kumpulan Screen, Spring, Scoin, Spoon, Arrow....ape lagi ek...semua la saya boleh ingat sebab saya memang minat lagu jiwang-jiwang ni...lebih-lebih lagi bila dah fall in love, kata orang putih la.
Ok..ok...mengarut banyak lak. Saya teruskan dengan cerita saya. Dipendekkan cerita, pada suatu hari, saya dapat tahu dia ada makwe. Satu tingkatan dengan kitorang, tapi tak sama kelas. Hancur luluh hati saya pada masa tu, Allah je yang Maha Mengetahui. Tak tahu nak cakap macam mana dah. Masa kejadian ni, kitorang dalam Tingkatan 4. Frust beb, dia dah ada makwe. Ada ke patut saya menangis sebab dia dah ada makwe. Tak patut...tak patut...Lawak betul la kalau diingatkan kembali. Hubungan percintaan XYZ dengan makwe dia berterusan sampai ke Tingkatan 5. Tapi, aku terus menanti dan menanti.... Benar kata orang, penantian suatu penyeksaan.
Bila masuk je Tingkatan 5, saya happy. Tahu tak kenapa... Mereka berdua dah break off. Arghhhh....gumbira tak terkata rasa hati beta di waktu itu...hahaha...ala-ala tumbuh tanduk kat kepala la.....faham-faham sendiri la k....
Jadi saya mulakan misi saya pada masa itu, "Misi Menambat Hati XYZ". Macam-macam cara saya lakukan untuk menambat hatinya. Berkirim salam.....bergurau senda.....buat-buat berlanggar....dan yang paling saya tak tahan sekali....dan yang paling saya ingat sampai sekarang ialah saya mengutuskan surat cinta kepadanya.. Diulangi sekali lagi, SURAT CINTA k. Siap saya besarkan huruf tu.
Dalam surat tu, saya menulis dengan penuh kasih sayang, meluahkan perasaan yang terpendam selama 2 tahun terhadapnya. Saya rasa apa yang saya tulis itu adalah ikhlas sangat-sangat. Disebabkan keikhlasan saya menulis surat itu.....haa...mesti ada yang ingat XYZ menerima cinta saya....tak habis lagi la cerita saya ni....
Disebabkan keikhlasan saya menulis surat cinta itu dengan jari jemari saya ni, saya telah menulis sebanyak 3 muka surat. Bukan 3 mukasurat buku latihan tau, tapi 3 muka surat kertas saiz F4.. Bayangkanlah, betapa ikhlasnya saya. Ok, dah lepas tulis surat tu, saya pun beri kepada XYZ melalui orang ketiga. Gila apa nak bagi sendiri, saya maseh malu lor...
Orang ketiga pun berilah surat itu kepada XYZ. Berdebar-debar jantung saya masa tu. Bukannya sebab dia dah dapat surat tu, tapi sebab saya takut menerima balasan surat dari dia, sama ada dia setuju menerima saya ataupun dia menolak cinta saya. Sekali lagi saya diuji apabila surat saya dibalas oleh XYZ. Balik saja ke rumah, saya terus membuka surat tersebut. Dan.......jeng..jeng..jeng...tamparan hebat apabila dia menolak cinta saya, dengan alasan dia baru saja putus dan hatinya tidak terbuka lagi untuk menerima cinta yang baru. Betapa luluhnya hati saya pada masa itu. Frust lagi!!! "Aahhhhhh!!! Biarkan dia dengan cintanya" Kata saya pada masa itu, walaupun frust menonggeng la. Nak buat camne, dah takde jodoh. Biarkanlah...kenangan zaman sekolah, takkan lupa sampai bila-bila, lebih-lebih lagi kalau melibatkan cinta monyet ni.
Sekarang, XYZ dah kahwin. Dan bakal menimang cahaya mata. Syukur Alhamdulillah. Orang rumah dia pun, bukan orang lain, kawan saya jugak. I'm Happy bila tengok diorang bahagia. Anyway, thanks to XYZ menyedarkan saya apa itu cinta..chewah!! Cinta monyet zaman sekolah hanya untuk dikenang, dan biarlah ia kekal sebagai kenangan manis walaupun pada masa tu, itu adalah kenangan paling pahit.

Saturday, April 10, 2010

Pertama Kali Menjadi Pengawas

Fuuhhhhh!!!!! Penat yang amat sangat. Baru sahaja balik dari menjadi pengawas. Bukan menjadi pengawas sekolah ok. Tetapi, menjadi Pengawas Peperiksaan. Ku sangkakan peperiksaan berjalan hanya pada waktu pagi, rupa-rupanya dari pagi sampai petang. Penat sungguh!!! Kaki rasa nak kebas. Dimulakan dengan pagi yang penuh dengan kenderaan, sehingga saya rasa menyesal betul jadi Pengawas Peperiksaan ini. Apakan daya, sekali melangkah sukar untuk berundur kembali. Kalau berundur, habis la kereta-kereta yang dibelakang saya, remuk saya kerjakan nanti * dengan mata yang amat sepet semasa menulis blog ini*.....
Dahla dengan keadaan yang jem...dengan hujan yang rintik-rintik membasahi bumi, membuat saya berfikir alangkah baiknya kalau saya berada di rumah pada pagi ini. Tiba-tiba rindu sangat dengan bantal dan selimut dan sudah semestinya tilam yang empuk lagi selesa...hakhak!!


Sesudah selamat sampai di dewan peperiksaan, saya bergegas berjumpa dengan Ketua Pengawas dan melaporkan diri (terus berimaginasi anggota tentera melapor diri kepada komandernya). Tapi bukan itu yang saya lakukan. Saya terus menolong Ketua Pengawas mengagihkan kertas peperiksaan dan borang OMR. Tau tak borang OMR camne? Masa SPM dulu kita pun biasa mengisi borang tu. Takkan tak ingat kot...

Peperiksaan pun bermula..dan permulaan juga bagi saya untuk berjalan kesana kemari. Dari Seksyen A, Seksyen B, Seksyen C, Seksyen D dan Seksyen E....benda sama yang saya buat. Penat hanya badan ni yang tahu. Kaki rasa nak patah. Jari jemari kaki ku terasa kebas... ARRRRRRGGGGGHHHHHHHHHH PENATNYA!!!!! Tapi tak sepenat makcik-makcik, pakcik-pakcik..nenek, atuk yang bekerja di sawah padi & menoreh getah. Mereka lagi pasti lebih penat kan...satu keinsafan pada diriku...


Whatever it is, life still must go on. Saya balik ke rumah dengan keadaan yang sangat lega dan rasa tak sabar untuk merebahkan diri di tilam yang empuk itu...LEGANYA rasa................... Apa yang penting, tanggungjawab hari ini telah ku laksanakan dengan baik. Alhamdulillah....

Thursday, April 8, 2010

Maafkan Saya....Please....

"Maafkan saya.." Perkataan yang sering diungkapkan apabila kita berasa bersalah terhadap seseorang. Sejauh mana kita menilai perkataan maaf itu adalah bergantung dengan diri kita sendiri. Contohnya boleh dilihat dari diri saya sendiri. Saya takkan memohon maaf dengan seseorang itu jika saya sendiri tahu yang saya tak bersalah. Tak salahkan kalau saya mempertahankan diri?? Tapi bila kita tidak pasti sama ada kita bersalah atau tidak, lebih baik kita mohon maaf, kerana itu lebih baik dari kita menunggu orang untuk memohon maaf kepada kita.
Maaf..maaf...maaf....I'm sorry...dalam bercinta memang sering akan menggunakan perkataan ini. Ini kerana bila kita bercinta, kita akan mudah rasa sangat sensitif dan ego sering mendahului dalam perhubungan. Jadi, setiap perhubungan perlu ada tolak ansur. Barulah aman damai perhubungan tersebut. Begitu jugalah, bila dah kahwin. Bila dah kahwin, memang semestinya tolak ansur dan saling memaafkan adalah benda yang paling penting bagi memastikan perkahwinan berjaya dan menggembirakan bagi kedua-dua belah pihak, iaitu suami dan isteri. Gaduh sikit-sikit tu biasa la....adat perkahwinan...sedangkan lidah lagi, inikan pulak suami isteri.

Wah!! Saya menulis ini seperti saya sudah bernikah. Perlu diingatkan, saat saya menulis entry ini, saya belum lagi mendapat 'title' isteri orang. Saya hanya berkongsi apa yang saya tahu dan minta maaf banyak-banyak kalau apa yang saya perkatakan dalam blog ini salah dan tidak betul. Tengok!! Saya sendiri dah minta maaf kepada sesiapa saja yang rasanya tidak puas hati dengan entry saya. Sebab manusia tak sempurna, apa yang baik hanya datang dari Allah swt, yang buruk datang dari saya sendiri..
Ish, tak sangka pulak.....tahu tak kenapa? Ini kerana, saya mengutarakan topik yang bagi saya sangat berat dan bagi saya, saya tak layak lagi untuk memperkatakan tentang ini. Tapi adalah lebih penting, kita memaafkan orang lain terlebih dahulu sebelum kita meminta maaf.
Saya ingat lagi kenangan masa sekolah rendah dulu. Sekolah rendah tu tau! Jangan main-main...ekeke... Saya boleh dikatakan sangat rapat dengan seseorang. Nama dia Flora. Nak dijadikan cerita, saya amat cemburu la pada masa tu, kerana Flora, kawan baik saya tu dah tak jadi kawan baik saya sebabkan dia berkawan baik ngan seorang lagi tu. Yang seorang lagi tu la yang saya anti sangat-sangat. Ingat lagi masa waktu rehat, saya tunggu Flora depan pintu kelas. Bila saya tengok je dia nak masuk kelas, dengan tak semena-mena saya tampar muka dia. Itulah pertama kali saya menampar wajah seseorang. Masa tu saya berada dalam darjah 5. Baru darjah 5 tu. Selepas saya tampar, saya yang menangis. Tapi, kawan baik saya tu pulak, gelak. Hairankan..dia tak marah pun. Sejak dari saat tu, saya menyesal sangat. Saya minta maaf dan persahabatan kami kekal sampai sekarang, lebih kurang 15 tahun.
Bila saya dan Flora berjumpa, kami akan kenang balik kenangan kami bersama. Antaranya ialah kenangan dia kena tampar oleh saya tu la...hahaha..memang tak boleh dilupakan. Dalam pada itu juga, disebabkan kerapatan yang amat sangat, macam-macam yang kitorang buat. Nanti saya akan ceritakan untuk entry yang akan datang. She's so sweet for me..
Pic ni masa saya dalam Tingkatan 3. Wajahnya yang dibulatkan tu adalah wajah Flora, my best friend forever. Nak cari mana saya?? Cari la sendiri....hehe...BYE!!

Tuesday, April 6, 2010

Cintai Aku Sepenuh Hati (Ari Lasso)

Di dalam hatimu
Tlah aku temukan
Arti kebahagian

Bersama dirimu
Aku merasa berarti

Sanggupkah dirimu
Untuk bertahan
Hingga waktu tak berjalan

Mencintaiku
Walau bintangku tak terang

[*]
Cintailah aku sepenuh hati
Sesungguhnya aku
Tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini

Betapa hidupku takkan pernah sama
Bila kau tinggalkan ku
Tetaplah disini saling memiliki
Selama-lamanya

[**]
Cintailah aku sepenuh hati
Ooo... tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini
Tiada arti semua bila kau pergi
Genggamlah tangganku dan peluklah diriku
Saatku jatuh nanti menangis sepi

Back to [*][**]


~~~~~Adeehhhh.....kalau la ada sesiapa yang boleh tolong saya macam mana nak post youtube kat dalam blog ni....seperti pantun di bawah:

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Chewah!!!
Apa-apa pun, saya link kat bawah ni adalah klip video untuk lagu di atas...Lagu yang penuh makna bagi saya...

http://www.youtube.com/watch?v=7FaBOZbJJKg

Thursday, April 1, 2010

Jangan! Jangan! Jangan!

Kali ini entry tak banyak pasal diri saya. Tapi banyak yang saya boleh kongsikan bersama anda. Apa yang saya suka, itulah yang saya akan kongsikan untuk pengetahuan kita bersama. Sesekali serius tu, tak apa kan??hehe.. Dibawah adalah pelajaran untuk hari ini :-

Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda:

  • Kurangkan makan bawang besar
  • Kurangkan makan berempah
  • Kurangkan makan ketumbar kering
  • Kurangkan menonton hiburan
  • Kurangkan membaca majalah hiburan
  • Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
  • Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
  • Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
  • Jangan makan kepala ikan
  • Jangan minum air yang ada semut
  • Jangan tidur selepas subuh
  • Jangan tidur selepas asar
  • Jangan tidur selepas makan
  • Jangan makan terlalu kenyang
  • Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
  • Jangan menyapu rumah pada waktu malam
  • Jangan makan yang masam-masam berlebihan
  • Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
  • Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Perkara-perkara yang perlu diamalkan:

  • Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
  • Selalu makan makanan yang panas2
  • Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
  • Selalu minum air masak
  • Selalu makan ulam2
  • Selalu mengamalkan pandangan hijau
  • Selalu bersenam
  • Selalu menggunakan imajinasi otak
  • Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
  • Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
  • Jangan ego
  • Jangan dengki pada orang lain
  • Jangan makan dari sumber yang tidak halal
  • Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
  • Jangan makan makanan yang ada pewarna
  • Jangan makan makanan yang ada pengawet
  • Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
  • Jangan mandi selepas 9.00malam
  • dan yang paling penting selamat beramal.....
Okey!! cukup untuk perkongsian kali ini...renung-renungkanlah, selamat beramal..(Prof Izzy)...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...