Pages

Klik kat bawah ni, tawaran Menarik Tertarik Da Bomb!!!

Brownies

Cheese Cake

Cupcakes

Butter Cake

Friday, October 30, 2009

Zikir Seribu (1000) Untuk Diamal Setiap Hari

Sesuatu yang berguna untuk dikongsikan bersama:---->
  • Jumaat ~ Ya Allah
Allah hampir dengan kita. Diberinya kita iman, ketentuan dan senang berbuat kebajikan
  • Sabtu ~ La illah ha illallah
Tenteram hati kita, tiada keraguan dan sentiasa senang hati.
  • Ahad ~ Ya hai yu ya qaiyyum
Allah menghidupkan dan memelihara kita di dunia dan akhirat.
  • Isnin ~ La hau la walla qu watta illa hil'ali yil'azim
Setiap kali bacaan, pahalanya sebesar Gunung Uhud. Sifat buruk, riak, sombong, megah diri akan hilang.
  • Selasa ~ Allah hu massali ala saidina Muhammad wa ala ali saidina Muhammad
Hilang dosa akibat mengumpat.
  • Rabu ~ Astagh firrullah hal azim
Tiap kali sebutan, dosa sebesar satu titik hitam hilang dari hati kita.
  • Khamis ~ Sub ha nallah hil azimi wabih ham dih
Allah ampunkan dosa kita sebanyak buih di laut dan tumbuh satu pohon di syurga.
InsyaAllah..........

LOVE IS FULL OF SURPRISE!!!


Setiap kali bercinta (rasa dicintai dan mencintai), kita mesti terfikirkan ayat-ayat cinta yang boleh membuat kita rasa gumbira (gembira=bahasa baku). Entry kali ni nak saya nak share dengan sesiapa yang sudi membaca blog I yang tak seberapa ni. Saya nak kongsikan madah-madah cinta yang dapat membangkitkan perasaan sayang kita terhadap pasangan kita dan dapat mewujudkan keyakinan terhadap pilihan hati kita...
  • Bertemu denganmu, awalnya biasa saja. Bertatap denganmu, ada rasa tergetar. Berjalan denganmu, suatu jiwa seakan bersama. Berdua denganmu, seolah setiap saat adalah sesuatu yang indah yang sebelumnya tak pernah terjadi dan saat menikah denganmu, adalah mukjizat terindah dalam hidupku.
  • Life are full of LOVE, STORY & SURPRISE. You are part of it.
  • I want to be in your arms. Where you hold me tight and never let me go.
  • Semuanya akan ku lakukan untuk dapatkan cintamu, dapatkan tempat terindah dalam hatimu. Semuanya akan ku lakukan untuk dapatkan kasihmu. Dapatkan tempat terindah dalam mimpimu.
p/s: Sayang, this is for you....Maafkan aku, jika hasrat ku keliru....

Thursday, October 29, 2009

Makan malam ala campur-campur....

Sebentar tadi baru lepas makan malam. Bukannya makan malam yang mewah pun, tapi makan malam yang dikira agak ok la...sebab saya memang jarang makan malam. Nak diet katakan....hehehe....makanan untuk malam ni pun dimasak oleh my sweety chubby housemate. Dia masak, perrrgghhhh...sedap betul tau tak...sekali makan, nak makan lagi...Entry kali ni memang banyak gambar ye..so check it out!!!

Saya mulakan dengan kari daging. Ini bukan daging lembu, tapi daging kerbau yang diimport dari Kota Kinabalu, Sabah.. Sedap ooooooo...........lebih-lebih lagi housemate saya yang masak. Saya boleh jugak masak, tapi malas sedikit. Saya lebih suka makan. Masak ikut mood...

Kentang yang telah dipotong-potong kecil


Sebenarnya, balik dari kerja jer, kari ni dah hampir siap dimasak. Nak tengok camne rupa dalam periuk ni tak???

Ni haa..yang tengah mendidih. Panas owh..tak nampak lagi macam kari daging, sebab sedang dalam proses melembutkan daging.

Errmmm....yang ni pic yang dah hampir masak. And, this is my first time tengok kari ni dimasak bersama-sama dengan sudu stainless steel. Housemate cakap ini adalah petua supaya daging tu cepat lembut...ermmm.....
Gambar yang seterusnya adalah housemate saya nak buat TWISTER ala-ala macam KFC punya tu la. Tapi, ok la jugak walaupun tak sama rasa dengan twister kfc tu. Atleast, dia mencuba kan?kan?

Bahan-bahannya....hahaha...takde la nak tunjuk satu-satu bahan nak buat twister ni. Ini buah tomato, baby tomato..sedap kalau makan mentah camtu jer..yummy!!


Yang ini pula telur. Tengok macam 2 biji. Tapi memang 2 biji pun..


Haa...yang ini capati. Capati dalam paket jer. Tak pandai nak adunkan sendiri. Capati ni sebenarnya untuk digunakan 2 dalam 1. Satu untuk buat kulit twister tu, satu lagi nak uat makan dengan kari daging tadi...nyam! nyam!!
Capati yang sedang dimasak dalam pan.
Seterusnya, proses buat twister. Sapukan dengan Mayonis dan Sos Cili. Susun la telur yang telah digoreng dadar dan baby tomato yang telah dipotong kecil-kecil.

Sementara nak tunggu housemate siap masak, saya tengok la keadaan sekeliling rumah. Kebetulan ada playground kat depan rumah saya ni. Seronok tengok budak-budak main dengan gembira. Teringin nak ada anak...hehehe...ke situ pulak..kahwin pun belum, camne nak dapat anak...huhuhu


Masih lagi menikmati alam sekitar.



Pun maseh menikmati keindahan playground ni.
Dan yang paling best, sementara tunggu makanan siap dimasak. Saya sempat meniarap depan tv sambil tengok tv.

Dah boring tengok tv, saya ambik lagi gambar. Yang ni dah siap jadi twister. Sambil cakap ngan housemate, "kalau ada ayam, mesti lagi sedapkan"..tak malu betul la, dah la tak tolong masak, siap ada permintaan pulak tu..hehehe


Yeaaa!!!! Makanan dah terhidang....masa untuk MAKAN. Tapi twister tinggal satu lagi, sebab yang lain telah dimakan. Lepas makan twister, baru saya teringat nak take a picture. Then, that's it.....
That's all for now....and this is the end for this entry!!

Wednesday, October 28, 2009

Pening ku fahami dirimu!

Pening..pening...entah ape yang dipeningkan, saya sendiri pun tak tau. Nak share sikit, kenapa kadang-kadang perempuan tak memahami lelaki. Saya pun bukannya nak tunjuk pandai tapi nak saya nak share sedikit apa yang saya tahu..tak salahkan??kan??kan??
1) Lelaki ni ego. Jadi apa yang mereka rasa kadang-kadang mereka simpan dan memang susah memahami kalau main simpan jer. Kalau mereka meluahkan apa yang mereka rasa, kira bertuahlah girlfrent or wife dia tu.
2) Lelaki ini degil. Ni memang azali la. Lelaki kebanyakannya ikut kepala sendiri. Ish..ishh..susah betul la nak faham.
3) Lelaki memang tidak suka diarah. Betul tak? Jangan marah ye lelaki..Lelaki kebanyakan suka mengarah dari di arah. Ni yang buat perempuan jadi pening dengan sikap mereka ni.
4) Lelaki suka mendiamkan diri. Kenapa la nak diamkan diri kalau masalah tu boleh kita kongsikan bersama. Pening..pening.....
5) Lelaki cerewet. Memang tak semua lelaki cerewet. Tapi berdasarkan pengalaman saya, ada juga yang cerewet ni. Cerewet yang mengalahkan perempuan pula tu. Nak tak nak, perempuan kena terima mereka seadanya. Dah namanya sayang.....
Apa-apa pun yang ada pada insan yang bernama LELAKI, dia tetap raja dihati kita. Lelaki ialah ayah, suami, abang, adik....jadi hormatilah mereka seadanya. Saya juga ingin seorang raja bertakhta dalam hati saya yang boleh membahagiakan saya di dunia dan akhirat. Lebih-lebih lagi kalau seorang lelaki tu dapat memberikan sepenuhnya kasih sayang cinta nya terhadap diri saya. Saya cukup bersyukur.

Tuesday, October 27, 2009

Lelaki...Lelaki.....

Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...

Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

think this..think that....


huh!! so many things to me to think...hampeh tol la...bengang rasa kat kepala..banyak sangat masalah yang berlaku..tapi life must go on right, baby??? huhuhu...hidup mesti nak kena ceria. Kerja pun berlambak atas meja...malas bebena rasa nak buat kerja yang bertangguh ni.


Ermm....macam mana life without problem ye...mesti tak thrill kan?? Kehidupan mesti nak ada masalah, kalau takde masalah bukan kehidupan sebenarnya...sedang dalam pencarian website yang best kat internet ni, terjumpa pula dengan lagu Kris Dayanti. Lagu baru tu beb..best gak dengar lagu, tajuk lagu AKU WANITA BIASA...ermm...lirik lagu kat bawah ni...ada yang saya tak faham dengan word yang digunakan...tapi, asal lagu sedap didengar, ok la tuh...


Cantik kan dia....Sangat cantik
AKU WANITA BIASA
(Kris Dayanti)
Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga


Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus1]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku
Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga
Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus2]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasihHatiku…
maafkan aku..

p/s: kepada yang sedang merajuk, maafkan lah pasangan anda...kerana dia hanya manusia biasa....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...