Pages

Klik kat bawah ni, tawaran Menarik Tertarik Da Bomb!!!

Brownies

Cheese Cake

Cupcakes

Butter Cake

Tuesday, November 3, 2009

9 sebab mengapa WANITA MENIPU

Secara jujurnya tidak ada manusia yang suka berbohong kecuali untuk menyelamatkan perhubungan. Walaupun penipuan itu dilakukan atas pelbagai sebab tetapi perbuatan itu tetap salah. Walau pun ada kalanya kita perlu menipu tetapi perbuatan itu tetap tidak bermakna kerana ia satu sikap yang tidak baik malah ia mendatangkan tabiat buruk.

Tidak keterlaluan jika sebuah perhubungan itu tidak diteruskan andai tiada lagi kejujuran. Cuba teliti sembilan sebab yang disenaraikan mengapa wanita gemar menipu :


1) Melawan Perasaan : - Jika ada sesuatu mengenai diri pasangannya yang dia tidak suka, wanita lebih suka memendam perasaan sendiri tetapi jika masalah semakin memberat, tidak mustahil mereka menolak lelaki tersebut sebagai temannya.
2) Dia mahu dirinya dilihat lebih bagus : - Jenis pembohongan seperti ini hanya untuk memperlihatkan dirinya seorang wanita yang glamour dan sangat berjaya. Walau pun ia mungkin dilihat seperti satu usaha untuk orang lain menyukai dirinya tetapi ia boleh menjadi satu petanda yang dia seorang wanita yang licik.
3) Cuba melupakan peristiwa yang lalu : - Wanita sebolehnya cuba untuk melupakan peristiwa lalu apabila menemui seorang lelaki lain dalam hidupnya. Mungkin juga dia malu dengan masa lalunya dan cuba melupakan terus.
4) Wanita cuba melindungi dirinya : - Apabila melalui satu frasa perhubungan, lelaki akan cuba mengambil tahu semuanya tentang diri si dia. Namun apabila mendapati bahawa dirinya dan pasangannya yang tidak setaraf, wanita cuba melindungi dirinya dengan membuat pelbagai cerita agar jurang dapat dirapatkan.
5) Mereka tidak mahu pasangannya berasa risau : - Bagi seorang wanita yang berdikari, mereka sebolehnya tidak mahu pasangannya berasa terlalu risau tentang dirinya. Misalnya apabila mereka mahu keluar malam, mereka yakin akan selamat pulang. Disebabkan tidak mahu pasangannya berasa bimbang, mereka mungkin menipu di mana dan ke mana mereka pergi.
6) Dia tidak mempercayai pasangannya : - Dia mungkin mempunyai maklumat yang agak sensitif tetapi tidak sanggup unguk berkongsinya dengan pasangannya. Baginya ia satu masalah dan pasangannya mungkin bukan pencerita atau pendengar yang baik baginya.
7) Mempergunakan suatu keadaan : - Kadang-kala seorang pendusta menjustifikasikan dirinya dengan berkata, apa yang diinginkannya adalah kebenaran. Sesetengah orang sanggup berhujah bermati-matian demi menegakkan kebenaran sedangkan ia tidak benar.
8) Mereka sengaja menguji : - Sesetengah wanita memang suka menguji untuk melihat sejauh mana pasangannya mencintainya. Ia seolah-olah untuk melihat sejauh mana pasangannya serius dalam sebuah perhubungan.
9) Menyimpan rahsia buat dirinya : - Ada sesetengah wanita yang sengaja menyembunyikan maklumat dirinya atau apa saja peribadinya sekaligus membuatkan pasangannya tertanya-tanya apa rahsia yang disimpannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...