Resepi-resepi ni Rin sharekan dari Blog MamaFaiz:
- ESP + Plain Water (Suam/Sejuk)
- ESP + Fresh Milk
- ESP + Fresh Milk + Kurma (Rendam kurma dalam susu...after few hours...blend/shake it and mix it with 1 sudu ESP...boleh add on almond or fruits. Bukan sahaja bertenaga, boost milk production, malah energized)
- ESP + Susu Tepung (any brand)
- ESP + Performance Drink Shaklee + MealShakes Shaklee
- ESP + Nesvita 3 in 1
- ESP + Jus Twister Tropicana
- ESP + Yogurt Drink
- ESP + Ribena
- ESP + Any Fruit Juice (Tembikai, epal, lobak putih, peria, pegaga)
- ESP + Milo/Horlicks
- ESP + Sirap Bandung
- ESP + Fresh Milk + Oat + Serbuk koko + Madu (ni resepi Dr Muhaya)
ESP ni bukan untuk ibu menyusu je yer...ia sesuai untuk seisi keluarga...antaranya ialah:
- Orang yang ingin kekal sihat...
- Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga.
- Kanak-kanak bersekolah.
- Ibu-ibu mengandung dan menyusu anak.
- Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
- Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik.
- Ahli sukan dan bina badan.
- Soya Protein ini adalah untuk semua orang yang ingin membina dan mengekalkan badan yang sihat....dan yang inginkan kulit yang cantik.
Resepi ni pulak, Rin kongsikan dari Blog KenariPutih9727. Dia cakap yang resepi ni macam aiskrim...so why not, cuba kan....
Resepi ESP Shaklee + Sunquick Tropika
1 sudu besar ESP Shaklee
2 sudu besar Sunquick Tropika
250 ml - 300 ml air suam/air sejuk
Then, kacau sampai sekata. InsyaAllah rasa macam aiskrim. Kalau tak rasa macam aiskrim, top up sunquick tropika lagi ok...
Next resepi ihsan dari Blog Donia83. Jom try..
Smoothies ESP
1 gelas air masak (sejuk)
1 sudu besar ESP
1 sudu kecil susu pekat
1 biji pisang
3-4 biji strawberry
Semua bahan dikisar dengan menggunakan blender....n terus minum! Yummy!!
*Kalau nak lebih sedap lagi, tambah 1 scoop vanilla ice cream okeyh...
Orait, next recipe pulak, ihsan dari Blog MomsLurve..yang ni banyak sikit resepi smoothies yang sedap sangat-sangat untuk anda semua cuba dengan bahan utamanya iaitu ESP/MealShakes.
STRAWBERRY SMOOTHIES
Bahan-Bahan (1 orang jer):
2 biji strawberi
1/4 biji isi mangga yang masak
1/2 cup yogurt / lebih kurang 70gms
1 sb susu pekat
1 sb gula
1/2 gelas air
1 sudu MealShakes dan 1 sudu ESP atau salah satu :)
Ais ketul secukupnya (bagi ibu yang menyusu, tak payah la kot buh ais....)
Cara-cara:
Semua bahan disatukan dan blend hingga smooth. Tuangkan ke dalam gelas dan bolehlah dihias mengikut citarasa masing-masing. Gula dan susu boleh dikurangkan atau ditambah mengikut citarasa masing-masing.
WATERMELON SMOOTHIES
Bahan-bahan (4-5 orang):
500g tembikai
200ml susu segar
100ml plain yogurt
3 sudu besar gula
1 sudu besar Meal Shakes
1 sudu besar ESP
Sedikit hirisan tembikai untuk hiasan
Sedikit Chocolate Chips untuk hiasan
Daun Pudina untuk hiasan
Cara-cara:
Potong dadu tembikai selebih kurang saiz ais kiub dan buang bijinya. Frozen tembikai tadi lebih kurang 4-5 jam. Masukkan tembikai yang dah difrozen ke dalam mixer/blender. Masukkan juga susu segar, yogurt dan juga gula. Kisar sehingga jadi bentuk smoothie. Tuangkan ke dalam gelas yang sesuai dan hias dengan hirisan tembikai, chocolate chips dan juga daun pudina. Sedia untuk diminum.
LYCHEE SMOOTHIES
Bahan-bahan:
15 buah laici dalam tin (laici fresh pun okey)
250ml susu segar
100ml susu cair
1.5 sb susu pekat
200ml air laici dalam tin
1 sb MealShakes
1 sb ESP
Ketulan Ais
Cara-cara:
Masukkan semua bahan ke dalam blender. Blend hingga halus. Tuang ke dalam gelas dan tambah ketulan ais. Sedia untuk diminum!! Bagi yang nak smoothie kurang manis, boleh kurangkan susu pekat.
MIX SMOOTHIES
Bahan A:
2 biji lobak merah, dikupas dan dihiris
200ml susu rendah lemak
2 biji oren, dikupas dan dipotong
1 biji epal hijau, kupas dan dibuang bahagian tengah, dipotong kasar
1 biji mangga, kupas dan buang biji
1 sudu besar MealShakes
1 sudu besar ESP
Bahan B:
150ml yogurt asli
Kiub Ais
Cara-cara:
Masukkan bahan-bahan A ke dalam pengisar dan kisar hingga lembut. Kemudian tuang yogurt asli dan masukkan kiub ais. Kisar sehingga campuran pekat dan berkrim.
MASA PENGAMBILAN ESP
- Ikut keselesaan anda
- Pagi boleh
- Diantara waktu selepas sarapan nak ke makan tengahari
- Petang
- Malam sebelum tidur
- Tengah malam ketika terjaga dan rasa lapar
- Ketika bersahur atau berbuka puasa
- Bagi ibu menyusu ~ Sebelum atau selepas mengepam
NOTA PENTING:
- JANGAN BANCUH protein dengan Air Panas kerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi.
- JANGAN ambil lebih dari 3 sudu besar sehari. (Berat buah pinggang untuk proses protein yang berlebihan)
Ok, nak tau lebih lanjut mengenai SHAKLEE atau cara pemakanan yang betul, boleh tanya Rin...konsultansi percuma diberikan....harga istimewa sesiapa sahaja yang betul-betul berminat....
Trial Pack Set disediakan untuk consume selama sebulan, harga dari RM50 - RM130...hubungi Rin untuk mengetahui lebih lanjut.
Trial Pack Set disediakan untuk consume selama sebulan, harga dari RM50 - RM130...hubungi Rin untuk mengetahui lebih lanjut.
Mulakan Hari Anda Dengan Pengambilan Suplemen Untuk Kesihatan Sepanjang Hayat.
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.