Jhue & Hubby....
Zuriani Hardi & Hubby tercintanya...bertemu di Pantai Tg Batu Bintulu semasa joging. Ingat lagi masa tu, saya, Jhue dan rakan-rakan lain joging di Tg Batu. Ye lah kan, waktu tu memang syok gila joging dengan harapan dapat kuruskan badan secepat mungkin. Tapi hampeh!! huahua...sebab lepas joging terus pergi lepak kat gerai minum tepi pantai tu. Makan sate, rojak buah dan yang penting air kelapa dan tak lupa jugak ABC..sedap..sedap.. Rasa sia-sia je joging selepas melahap semua makanan...muahahaha...ok, balik kepada kisah Jhue & hubby dia sekarang. Mereka bertemu semasa joging tu la...hari demi hari berlalu, akhirnya mereka melafazkan rasa cinta antara mereka. Best kan? haha...macam cerita dalam drama jer..dah namanya jodoh...akhirnya mereka dipertemukan di atas pelamin nan indah, berseri dan bahagia hingga sekarang, insyaAllah untuk hingga akhir hayat....... NEXT...
Gee & Hubby
Ermmm....kalau tak silap, kawan saya yang seorang lagi ni bertemu jodoh dengan suami tercintanya dalam online, dalam salah satu laman web sosial. Macam mana mereka dipertemukan tu, saya tak berapa nak tahu la kan..sebab Norafarazilawaty Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Gee, seorang yang perahsia..hehe...sorry Gee...tapi memang dia seorang yang perahsia..saya mengenali wajah lelaki bakal suami nya setelah mereka bertunang. Kesiankan saya..hahaha...tapi takpe, asalkan mereka bahagia, itu sudah memadai bagi saya... THEN....
Ct Fatimah & Hubby
Siti Fatimah Bt Ali, itu nama diberi...bersuamikan seorang jejaka dari Terengganu...chewah..macam nak buat pantun pulak...hehe..perkenalan mereka kalau tak silap adalah semasa Sukan Perbendaharaan yang berlangsung di Terengganu. Kalau silap, mintak maaf banyak-banyak ye Puan Siti...hakhak.. Rasa kekok lak panggil dia Puan Siti. Lepas tu, perjalanan cinta Ct dan suaminya itu, tak la hamba tahu sangat. Saya mengenali Ct pun tak sampai 2 tahun. Tapi sebelum dia berkahwin dengan jejaka Terengganu ni, saya tahu mereka dah bercinta 2 tahun. Best laa....jeles ni...jeles...hukhuk...
Begitulah tadi telah saya paparkan kisah-kisah kegembiraan sahabat-sahabat saya yang saya sayangi...ish, macam pemberita untuk rancangan Bersamamu je, sedangkan ini kisah gembira...hahaha...seronok tengok muka pengantin ni...yang empunya blog ni tak tahu lagi bila..doa-doakanlah ye...aminn....