Pages

Klik kat bawah ni, tawaran Menarik Tertarik Da Bomb!!!

Brownies

Cheese Cake

Cupcakes

Butter Cake

Friday, March 26, 2010

Abadikan Pernikahan Sahabatku

Saya belek-belek gambar dalam 'My Document' laptop tersayang I ni..terimbas kembali wajah ceria sahabat-sahabat saya yang telah selamat melansungkan perkahwinan mereka. Seronok tengok wajah-wajah kegembiraan mereka. Ini baru 2 3 orang je tau...ramai lagi sebenarnya. Tapi yang akan saya abadikan dalam blog tercinta ku ini hanya yang ada dalam simpanan saya. Tarikh perkahwinan mereka memang saya tak ingat la...dan tak perlu saya ingat kot...hakhak...jahat la..sepatutnya dorang sendiri la ingatkan sendiri kan? kan? hehe....



















Jhue & Hubby....

Zuriani Hardi & Hubby tercintanya...bertemu di Pantai Tg Batu Bintulu semasa joging. Ingat lagi masa tu, saya, Jhue dan rakan-rakan lain joging di Tg Batu. Ye lah kan, waktu tu memang syok gila joging dengan harapan dapat kuruskan badan secepat mungkin. Tapi hampeh!! huahua...sebab lepas joging terus pergi lepak kat gerai minum tepi pantai tu. Makan sate, rojak buah dan yang penting air kelapa dan tak lupa jugak ABC..sedap..sedap.. Rasa sia-sia je joging selepas melahap semua makanan...muahahaha...ok, balik kepada kisah Jhue & hubby dia sekarang. Mereka bertemu semasa joging tu la...hari demi hari berlalu, akhirnya mereka melafazkan rasa cinta antara mereka. Best kan? haha...macam cerita dalam drama jer..dah namanya jodoh...akhirnya mereka dipertemukan di atas pelamin nan indah, berseri dan bahagia hingga sekarang, insyaAllah untuk hingga akhir hayat....... NEXT...


















Gee & Hubby

Ermmm....kalau tak silap, kawan saya yang seorang lagi ni bertemu jodoh dengan suami tercintanya dalam online, dalam salah satu laman web sosial. Macam mana mereka dipertemukan tu, saya tak berapa nak tahu la kan..sebab Norafarazilawaty Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Gee, seorang yang perahsia..hehe...sorry Gee...tapi memang dia seorang yang perahsia..saya mengenali wajah lelaki bakal suami nya setelah mereka bertunang. Kesiankan saya..hahaha...tapi takpe, asalkan mereka bahagia, itu sudah memadai bagi saya... THEN....
















Ct Fatimah & Hubby
Siti Fatimah Bt Ali, itu nama diberi...bersuamikan seorang jejaka dari Terengganu...chewah..macam nak buat pantun pulak...hehe..perkenalan mereka kalau tak silap adalah semasa Sukan Perbendaharaan yang berlangsung di Terengganu. Kalau silap, mintak maaf banyak-banyak ye Puan Siti...hakhak.. Rasa kekok lak panggil dia Puan Siti. Lepas tu, perjalanan cinta Ct dan suaminya itu, tak la hamba tahu sangat. Saya mengenali Ct pun tak sampai 2 tahun. Tapi sebelum dia berkahwin dengan jejaka Terengganu ni, saya tahu mereka dah bercinta 2 tahun. Best laa....jeles ni...jeles...hukhuk...


Begitulah tadi telah saya paparkan kisah-kisah kegembiraan sahabat-sahabat saya yang saya sayangi...ish, macam pemberita untuk rancangan Bersamamu je, sedangkan ini kisah gembira...hahaha...seronok tengok muka pengantin ni...yang empunya blog ni tak tahu lagi bila..doa-doakanlah ye...aminn....

3 comments:

  1. Salam sahabat baik ku nun disana....... hehehe.. nang bagus gamba nok 1st ya mini.. i likeeee......... hehe.... hmmm... member2 dh byk dh kahwin dh.. untuk ko, aku doakan semoga cepat2 dpt jodoh yg terbaik antara yg terbaik.... amin yarabbal alamin...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. hekhek....tq..pok..amin..amin...suk la nangga pic dirikmpun ya...hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...