Pages

Klik kat bawah ni, tawaran Menarik Tertarik Da Bomb!!!

Brownies

Cheese Cake

Cupcakes

Butter Cake

Thursday, March 24, 2011

Zizan Raja Lawak ft. Dina - Selamat Tinggal HD Music Video

BEST!! Itu yang mampu saya ucapkan untuk klip video ni.....suka sangat tengok video clip ni...sampai menitiskan airmata tu...yelar, dapat rasa macam mana kehilangan orang yang disayangi...sedihnya....uuwaaaaa!!!!! ape-ape pun, tengok la sendiri video clip ni, layan la lirik lagu yang dititipkan sekali ni....tapi, sediakan tisu ek bagi yang sensitif macam saya....





Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Ok dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini

Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan

Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi

Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua iniKenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini

Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmuSentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)

Walau ku pergi sayangku ( usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal

Tuesday, March 22, 2011

Kahwin

Entry yang agak menarik perhatianku...ntah la, sejak kebelakangan ni saya asyik fikirkan perkahwinan. Perlu ke kawen? Of course la perlu kan....tapi nak bertemu suami ni amat la payahnya. Ini bagi saya le ek. Bercinta bagai nak rak, tapi kahwinnya tak jugak. Habis duit, habis masa untuk bercinta, tapi tak sampai ke mana. Bosan tol. Siyes sangat bosan, bila bercinta dan bila kita rasa dia lah segalanya, dia lah kehidupan masa depan kita, dia lah cinta hati kita yang kita akan hidup bersama seumur hidup, tapi sebenarnya TIDAK. Ya, "TIDAK, DIA BUKAN JODOH KITA". Urghh...rasa meluat untuk bercinta lagi. Tapi, apakan daya. Saya tak nak kesunyian. Saya tak nak hidup keseorangan sepanjang hayat. Saya nak ada keluarga seperti orang lain. Macam desperado je kan..huhu...ini lah hakikatnya. Never say NO TO MARRIAGE. I want to get married. Bosan bercinta bila tak sampai ke hujungnya. Allah Maha Mengetahui, apa yang terbaik untuk umatnya. Kalau dah jodoh tak kemana...tu je yang menjadi kekuatan selama ni......

Sunday, March 20, 2011

Sekitar 3rd Putrajaya International Hot Air Baloon Fiesta 2011


Hari ini 20 Mac 2011, saya meronda-ronda di sekitar Belon Panas kat Presint 2 Putrajaya. Sangat la sesak masa tu, yelar dengan jem + mentega kat situ, dengan panas g, memang kaw-kaw la jalan-jalan masa tu. Masa dalam kereta, terperangkap dengan kesesakan lalu lintas, sempat la jugak tengok belon panas yang cantik-cantik, tapi malangnya, bila dah dapat parking, nak g snap pic, tengok-tengok tinggal satu belon panas je. Belon yang cantik-cantik tu dah diturunkan. Jadi tak sempat la nak snap pic belon panas yang lain. Hanya tinggal satu belon yang nyaris-nyaris lima minit g akan diturunkan juga. Sempat la amik pic belon panas tu diturunkan dan dijatuhkan ke tanah..ok ler tu kan, dari takde langsung..


Banyak gak booth yang dibuka untuk orang ramai, antaranya booth memanah ni...seronok gak tengok orang ramai mencuba untuk memanah. Tapi saya tak join pun, saya hanya pemerhati yang setia....thewww!! hehe..



Suasana kat fiesta tu memang sangat sesak. Orang ramai seawal 7 pagi dah berpusu-pusu untuk merasai ke'best'an Hot Air Baloon ni..


Banyak booth jualan pakaian gak. Antara yang menarik perhatian saya ialah booth baju wanita seperti kat gambar bawah ni. Semuanya baju bundle dan harga yang ditawarkan sangat-sangat la berpatutan, serendah RM5 untuk singlet, dan cardigan hanya RM15...cantik-cantik dan berbaloi-baloi... :)




Booth makanan pun tak dilupakan. Booth-booth ni la penarik utama kalau pergi mana-mana karnival, fiesta, etc.....pelbagai makanan boleh dapat kat sini..harga pun boleh tahan menariknya.


Ini adalah satu-satunya booth yang menjual tanam-tanaman seperti anak pokok cili, anak pokok limau kasturi dan macam-macam lagi. Saya pun dah tak ingat anak pokok apa lagi yang dijual lagi selain dua anak pokok tu sebab kedua-dua anak pokok cili dan limau kasturi tu saja yang menarik perhatian saya....


Yang ni booth untuk permainan, macam funfair punye game la ek..


Ni pulak booth kereta control...bukan kereta je tau, tapi bot control pun ada. Kereta control tu harganya RM46 satu....tapi, bot control tu tak nampak pulak untuk dijual tadi....





That's all for now...live telecast from 3rd Putrajaya International Hot Air Baloon Fiesta 2011
17 - 20 March 2011



Tuesday, March 15, 2011

Perpisahan Ini (1st Edition Feat Aizat Amdan)

Pertama kali dengar lagu ni, buat hati tertanya-tanya siapakah gerangan yang menyanyikan lagu...lagu ni best...siyes best...mungkin sebab lirik dan lagu yang mendayu-dayu tu kot...ermm..ape2 je la....yang penting lagu ni tetap best!!

PERPISAHAN INI
(1ST EDITION FEAT AIZAT AMDAN)
Disini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis ditangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua
Hanya sementara

KORUS
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Inginku miliki lebih darimu
Mungkinkah ini yang tertulis ditangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Thursday, March 10, 2011

TESCO Walk for Kids 2011

Tadi masa lunch hour, saya keluar dari opis untuk menikmati keindahan Putrajaya (poyo je kan ayat ni, sebenarnya nak pergi pejabat pos), ternampak satu banner yang amat menarik perhatian...rupa-rupanya ada TESCO Walk for Kids 2011, kat Presint 6 (Putrajaya Water Sport Complex), hari Ahad ni, 13 Mac 2011 pada jam 6 pagi....masa amik gambar ni, saya kat traffic light yang berwarna hijau masa tu...nasib baik takde kereta kat belakang. Kalau tak, mesti dah kena hon....hehe...


Sedikit info tentang event ini adalah bagi mengumpul dana untuk Rumah Nur Salam iaitu pusat aktiviti kanak-kanak 24 jam, berumur di bawah 12 tahun. Pusat ini bertanggungjawab membela nasib kanak-kanak yang tidak bernasib baik. Ia beroperasi di Jalan Chow Kit.

InsyaAllah saya akan buat review untuk event dan snap beberapa gambar untuk blog saya ni...tapi tak janji, takut tak terpergi lak kang... :)
*update 15.03.2011 : memang tak pergi pun ari tu masa event, tak boleh nak wat review...hehe.. :)

Saturday, March 5, 2011

Projek: Kuih Siput

Hai u'olls...hari ni terlebih rajin la pulak....bukan apa, buat kuih siput....di ulang sekali lagi, kuih siput yer...penat bukan main lagi nak menggentel satu persatu kuih tu. Nak makan la katakan, try la buat...ok la, untuk buat pertama kalinya termasin pulak...tapi, housemate cakap ok je...alhamdulillah...boleh la untuk jadi kudapan pada waktu lapar tak hengat...kalau tengok pada gambar, memang nampak sedap....siyes...sedap...dalam gambar je la...maybe next time boleh try wat lagi....buat sampai sedap dan boleh jual....wah!! berangan tu...tak salah berangan kan....ok, ni pic nya:::::


Nampak sedap tak? tapi, terlebih masin ler...huhu...

Wednesday, March 2, 2011

It's been a year!!

OMG!! its been a year aku tinggalkan blog ni....rindu nak menulis lagi, tapi apa nak aku tulis? itu yang buat kepala aku pening, pusing sampai berapi-api...ok, hari ini 2 Mac 2011 aku akan mula menulis kembali....argghhhh!!! Mulai hari ini, kembali menulis yer Rini...jangan malas-malas.... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...