Tadi masa lunch hour, saya keluar dari opis untuk menikmati keindahan Putrajaya (poyo je kan ayat ni, sebenarnya nak pergi pejabat pos), ternampak satu banner yang amat menarik perhatian...rupa-rupanya ada TESCO Walk for Kids 2011, kat Presint 6 (Putrajaya Water Sport Complex), hari Ahad ni, 13 Mac 2011 pada jam 6 pagi....masa amik gambar ni, saya kat traffic light yang berwarna hijau masa tu...nasib baik takde kereta kat belakang. Kalau tak, mesti dah kena hon....hehe...
Sedikit info tentang event ini adalah bagi mengumpul dana untuk Rumah Nur Salam iaitu pusat aktiviti kanak-kanak 24 jam, berumur di bawah 12 tahun. Pusat ini bertanggungjawab membela nasib kanak-kanak yang tidak bernasib baik. Ia beroperasi di Jalan Chow Kit.
InsyaAllah saya akan buat review untuk event dan snap beberapa gambar untuk blog saya ni...tapi tak janji, takut tak terpergi lak kang... :)
*update 15.03.2011 : memang tak pergi pun ari tu masa event, tak boleh nak wat review...hehe.. :)
No comments:
Post a Comment