Sahur tadi makan oat+milo+susu+badam+gajus+kismis....sungguh healthy kan makanan bersahur...mudah-mudahan tahan hingga ke petang. Ramai orang cakap makan bijirin baik untuk pemakanan semasa sahur, sebab makanan jenis bijirin lambat hadam. Semalam pun makan oat+milo+susu jer...alhamdulillah tahan sampai ke petang..
Berbuka semalam lak, saya tak masak...housemate (kak bb & kak tini) yang masak..sungguh best..saya sangat suka...saya hanya membantu dalam menghabiskan makanan yang sedia ada. Diorang masak kuah kacang, mi goreng & ayam goreng...jangan tanya ada lagi ke tak...sudah semestinya ada lagi...haha...dah disimpan di dalam fridge tadi selepas sahur.
Hari ni plan tak tau lagi nak masak apa...tapi dalam fikiran nak buat popia sayur, requested by kak bb..suka sangat makan popia sayur goreng yang saya buat...jadi untuk tidak menghampa housemate tercinta, insyaAllah saya akan buatkan untuk dia petang ni..
Apa-apa pun, perjuangan puasa hari ini baru je bermula, awal sangat la nak pikir untuk berbuka...so selamat berpuasa!!
Tanpa Caj Transaksi! Kadar Pertukaran Rendah! Merchantrade Money Jadi
Aplikasi Wajib Milik Kaki Travel!
-
Jika korang kerap travel ke luar negara atau bercadang untuk melancong ke
luar negara, min nak perkenalkan satu aplikasi yang akan memudahkan urusan
pert...
1 hour ago