Pages

Klik kat bawah ni, tawaran Menarik Tertarik Da Bomb!!!

Brownies

Cheese Cake

Cupcakes

Butter Cake

Friday, August 12, 2011

Story Sahur

Sahur tadi makan oat+milo+susu+badam+gajus+kismis....sungguh healthy kan makanan bersahur...mudah-mudahan tahan hingga ke petang. Ramai orang cakap makan bijirin baik untuk pemakanan semasa sahur, sebab makanan jenis bijirin lambat hadam. Semalam pun makan oat+milo+susu jer...alhamdulillah tahan sampai ke petang..

Berbuka semalam lak, saya tak masak...housemate (kak bb & kak tini) yang masak..sungguh best..saya sangat suka...saya hanya membantu dalam menghabiskan makanan yang sedia ada. Diorang masak kuah kacang, mi goreng & ayam goreng...jangan tanya ada lagi ke tak...sudah semestinya ada lagi...haha...dah disimpan di dalam fridge tadi selepas sahur.

Hari ni plan tak tau lagi nak masak apa...tapi dalam fikiran nak buat popia sayur, requested by kak bb..suka sangat makan popia sayur goreng yang saya buat...jadi untuk tidak menghampa housemate tercinta, insyaAllah saya akan buatkan untuk dia petang ni..

Apa-apa pun, perjuangan puasa hari ini baru je bermula, awal sangat la nak pikir untuk berbuka...so selamat berpuasa!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...