Pages

Klik kat bawah ni, tawaran Menarik Tertarik Da Bomb!!!

Brownies

Cheese Cake

Cupcakes

Butter Cake

Thursday, June 13, 2013

Bedak Tanaka Originally From Myanmar VS Tate By D.E.A


UPDATE: THIS ITEM IS OUT OF STOCK


Open for order...jualan BORONG dan RUNCIT untuk BEDAK TANAKA ORIGINAL from Myanmar...tau bedak TATE by D.E.A? Yang original adalah BEDAK TANAKA ORIGINAL ni..so apa bezanya?Bezanya adalah pada labelling sahaja...Bedak TATE tu pun dari Myanmar..nape harga bedak TATE lagi mahal?sebab label dari Nora Danish, sedangkan sama jer..takde yang fake ataupun tidak yer...jadi, jom order ramai-ramai dan order banyak-banyak untuk BEDAK TANAKA ORIGINAL dari Myanmar untuk kulit mulus dan licin seperti NORA DANISH...

BEDAK TANAKA ORIGINAL dari Myanmar diperbuat daripada kayu tanaka yang sangat berkesan untuk:

- Kecutkan jerawat
- Haluskan kulit
- Cerahkan kulit
- Hilangkan jeragat
- Lembutkan kulit
- Menyejukkan dan mengurangkan minyak di kulit muka
- Pelindung cahaya matahari
- Selesaikan masalah kulit bukan sahaja di muka tapi boleh digunakan satu badan
- Boleh dijadikan sebagai bedak sejuk dan foundation

Cara guna:
i) Untuk dijadikan sebagai foundation cuma sapukan bedak tate rata-rata ke muka guna tangan atau span muka.
ii) Untuk jadikan sebagai bedak sejuk cuma basahkan tangan atau campurkan bedak tate dengan jari dan sapukan ke muka. Lepas 30 minit boleh cuci atau nak pakai sepanjang malam pun boleh....siap boleh borak-borak lagi masa sapu, muka tak kedut macam pakai masker biasa tu...

Harga adalah harga terbaik dari ladang....semakin banyak beli, semakin murah anda dapat.. 

Berminat? Sila hubungi Rin terus di talian 0196756965...


* saiz yang available untuk BEDAK TANAKA ORIGINAL dari Myanmar ni ialah ±40gm, ±110gm dan ±200gm....



Wednesday, June 12, 2013

Premix Nara Delights

UPDATE: THIS ITEM IS OUT OF STOCK

Bismillah...Ok, hari ni post berkaitan benda lain...tak mampu berkata-kata, biar tulisan yang berbicara...chewah!! Bukan main lagi yer, bermadah-madah. Entah mana datangnya idea madah-madah gitu...Orait, straight to the point..hari ni post mengenai Premix Nara Delights. Nak tau ape tu Premix Nara Delights?

Meh sini Rin nak citer dan kongsikan pada semua yer....


Premix Nara Delights adalah tepung premix untuk memudahkan anda membuat kek yang lazat. Yelar, bayangkan berapa harga kek yang sehingga mencecah RM70-RM100, tapi anda boleh buat sendiri dengan senang dan mudah. Setiap arahan untuk membuat kek ada disertakan sekali...cuma tambah bahan seperti telur, susu, yogurt, minyak. Harga untuk satu pek premix ni juga sangat-sangat berbaloi yer.....

Harga setiap premix adalah seperti berikut:


Berminat? Sila hubungi Rin di talian 0196756965...boleh msg/wassup untuk mengetahui lebih lanjut...lagi satu, harga setiap premix tak termasuk postage tau. Postage bergantung kepada gram setiap premix yang anda nak order. So, jangan malu, jangan segan, hubungi Rin untuk dapatkan premix Nara Delights dengan harga yang berpatutan. Kalau nak COD, Rin boleh dalam kawasan Putrajaya, Cyberjaya, Kajang dan Bangi.

Tate By D.E.A (Danish Empire Association)

UPDATE: THIS ITEM IS OUT OF STOCK

Assalamualaikum...uish...lama giler kot tak update blog ni. Pastu update pulak dengan tajuk yang tak disangka-sangka....wasehmenn... Tate by D.E.A (Danish Emphire Association) ataupun lebih dikenali sebagai Tate by Nora.....fenomena dah sekarang ni dengan bedak sejuk ni...eh, bukan semata-mata bedak sejuk je tau, tapi boleh jadi masker, boleh jadi foundation...hebat tak hebat tu... tapi stok sangat-sangat limited... Oopsss!! sorry, out of topic untuk post kali ini. Bukannya apa, benda baik, kena la share dengan semua orang yang nak cantik dan ia sangat value for money. Lagipun, Nora Danish pakai jugak bedak ni, so apa yang kita kena nak was-was keberkesanannya.

Actually, bedak Tate ni asal dari Myanmar. Yelar, mak Nora Danish ni kan orang sana, so why not, dia gunakan apa yang terbaik dari negara jiran tersebut. Ok, nak citer sikit apa sebenarnya Bedak Tate By D.E.A (Danish Emphire Association).....




Bedak Tate by D.E.A diperbuat daripada kayu tanaka yang sangat berkesan untuk:

  • Kecutkan jerawat
  • Haluskan kulit
  • Cerahkan kulit
  • Hilangkan jeragat
  • Lembutkan kulit
  • Menyejukkan dan mengurangkan minyak di kulit muka
  • Pelindung cahaya matahari
  • Selesaikan masalah kulit bukan sahaja di muka tapi boleh digunakan satu badan
  • Boleh dijadikan sebagai bedak sejuk dan foundation
Cara guna:
i) Untuk dijadikan sebagai foundation cuma sapukan bedak tate rata-rata ke muka guna tangan atau span muka.
ii) Untuk jadikan sebagai bedak sejuk cuma basahkan tangan atau campurkan bedak tate dengan jari dan sapukan ke muka. Lepas 30 minit boleh cuci atau nak pakai sepanjang malam pun boleh....siap boleh borak-borak lagi masa sapu, muka tak kedut macam pakai masker biasa tu...


So, camne, ada yang berminat? Nak tahu tak? Uhuk..uhuk...batuk jap...nak bagitau harga ni...
Harga RM20 tak termasuk postage...tapi SEKARANG TAKDE STOK....kalau nak borong, boleh...minimum 10 bekas...harga? msg/wassup Rin 0196756965...

** TATE takde stok, tapi BEDAK TANAKA ORIGINALLY FROM MYANMAR ada untuk diborong...mohon msg/wassup Rin untuk mengetahui lebih lanjut.... :)

Thursday, April 18, 2013

Koleksi Resepi ESP Dan MealShakes

Pagi-pagi camni, bagus untuk kita mengamalkan Energizing Soy Protein atau lebih dikenali sebagai ESP. Begitu jugak dengan MealShakes. Kadang-kadang boring gak kan, minum ESP secara kosong, maksudnya campur dengan air kosong je la. Sebenarnya banyak lagi cara-cara terbaik untuk kita menikmati ESP dan MealShakes ni. Hari ni Rin nak sharekan dengan anda semua apa yang kita boleh lakukan atau yang boleh kita nikmati bersama ESP dan MealShakes......

Resepi-resepi ni Rin sharekan dari Blog MamaFaiz:
  • ESP + Plain Water (Suam/Sejuk)
  • ESP + Fresh Milk
  • ESP + Fresh Milk + Kurma (Rendam kurma dalam susu...after few hours...blend/shake it and mix it with 1 sudu ESP...boleh add on almond or fruits. Bukan sahaja bertenaga, boost milk production, malah energized)
  • ESP + Susu Tepung (any brand)
  • ESP + Performance Drink Shaklee + MealShakes Shaklee
  • ESP + Nesvita 3 in 1
  • ESP + Jus Twister Tropicana
  • ESP + Yogurt Drink
  • ESP + Ribena
  • ESP + Any Fruit Juice (Tembikai, epal, lobak putih, peria, pegaga)
  • ESP + Milo/Horlicks
  • ESP + Sirap Bandung
  • ESP + Fresh Milk + Oat + Serbuk koko + Madu (ni resepi Dr Muhaya)
ESP ni bukan untuk ibu menyusu je yer...ia sesuai untuk seisi keluarga...antaranya ialah:
  1. Orang yang ingin kekal sihat...
  2. Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga.
  3. Kanak-kanak bersekolah.
  4. Ibu-ibu mengandung dan menyusu anak.
  5. Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
  6. Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik.
  7. Ahli sukan dan bina badan.
  8. Soya Protein ini adalah untuk semua orang yang ingin membina dan mengekalkan badan yang sihat....dan yang inginkan kulit yang cantik.
Resepi ni pulak, Rin kongsikan dari Blog KenariPutih9727. Dia cakap yang resepi ni macam aiskrim...so why not, cuba kan....

Resepi ESP Shaklee + Sunquick Tropika
1 sudu besar ESP Shaklee
2 sudu besar Sunquick Tropika
250 ml - 300 ml air suam/air sejuk
Then, kacau sampai sekata. InsyaAllah rasa macam aiskrim. Kalau tak rasa macam aiskrim, top up sunquick tropika lagi ok... 

Next resepi ihsan dari Blog Donia83. Jom try..

Smoothies ESP
1 gelas air masak (sejuk)
1 sudu besar ESP
1 sudu kecil susu pekat
1 biji pisang
3-4 biji strawberry
Semua bahan dikisar dengan menggunakan blender....n terus minum! Yummy!!

*Kalau nak lebih sedap lagi, tambah 1 scoop vanilla ice cream okeyh...

Orait, next recipe pulak, ihsan dari Blog MomsLurve..yang ni banyak sikit resepi smoothies yang sedap sangat-sangat untuk anda semua cuba dengan bahan utamanya iaitu ESP/MealShakes.

STRAWBERRY SMOOTHIES
Bahan-Bahan (1 orang jer):
2 biji strawberi
1/4 biji isi mangga yang masak
1/2 cup yogurt / lebih kurang 70gms
1 sb susu pekat
1 sb gula
1/2 gelas air
1 sudu MealShakes dan 1 sudu ESP atau salah satu :)
Ais ketul secukupnya (bagi ibu yang menyusu, tak payah la kot buh ais....)

Cara-cara:
Semua bahan disatukan dan blend hingga smooth. Tuangkan ke dalam gelas dan bolehlah dihias mengikut citarasa masing-masing. Gula dan susu boleh dikurangkan atau ditambah mengikut citarasa masing-masing.

WATERMELON SMOOTHIES
Bahan-bahan (4-5 orang):
500g tembikai
200ml susu segar
100ml plain yogurt
3 sudu besar gula
1 sudu besar Meal Shakes
1 sudu besar ESP
Sedikit hirisan tembikai untuk hiasan
Sedikit Chocolate Chips untuk hiasan
Daun Pudina untuk hiasan

Cara-cara:
Potong dadu tembikai selebih kurang saiz ais kiub dan buang bijinya. Frozen tembikai tadi lebih kurang 4-5 jam. Masukkan tembikai yang dah difrozen ke dalam mixer/blender. Masukkan juga susu segar, yogurt dan juga gula. Kisar sehingga jadi bentuk smoothie. Tuangkan ke dalam gelas yang sesuai dan hias dengan hirisan tembikai, chocolate chips dan juga daun pudina. Sedia untuk diminum.

LYCHEE SMOOTHIES
Bahan-bahan:
15 buah laici dalam tin (laici fresh pun okey)
250ml susu segar
100ml susu cair
1.5 sb susu pekat
200ml air laici dalam tin
1 sb MealShakes
1 sb ESP
Ketulan Ais

Cara-cara:
Masukkan semua bahan ke dalam blender. Blend hingga halus. Tuang ke dalam gelas dan tambah ketulan ais. Sedia untuk diminum!! Bagi yang nak smoothie kurang manis, boleh kurangkan susu pekat.

MIX SMOOTHIES
Bahan A:
2 biji lobak merah, dikupas dan dihiris
200ml susu rendah lemak
2 biji oren, dikupas dan dipotong
1 biji epal hijau, kupas dan dibuang bahagian tengah, dipotong kasar
1 biji mangga, kupas dan buang biji
1 sudu besar MealShakes
1 sudu besar ESP

Bahan B:
150ml yogurt asli
Kiub Ais

Cara-cara:
Masukkan bahan-bahan A ke dalam pengisar dan kisar hingga lembut. Kemudian tuang yogurt asli dan masukkan kiub ais. Kisar sehingga campuran pekat dan berkrim.


MASA PENGAMBILAN ESP
  • Ikut keselesaan anda
  • Pagi boleh
  • Diantara waktu selepas sarapan nak ke makan tengahari
  • Petang
  • Malam sebelum tidur 
  • Tengah malam ketika terjaga dan rasa lapar
  • Ketika bersahur atau berbuka puasa
  • Bagi ibu menyusu ~ Sebelum atau selepas mengepam
NOTA PENTING:
  • JANGAN BANCUH protein dengan Air Panas kerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi.
  • JANGAN ambil lebih dari 3 sudu besar sehari. (Berat buah pinggang untuk proses protein yang berlebihan)
Ok, nak tau lebih lanjut mengenai SHAKLEE atau cara pemakanan yang betul, boleh tanya Rin...konsultansi percuma diberikan....harga istimewa sesiapa sahaja yang betul-betul berminat....

Trial Pack Set disediakan untuk consume selama sebulan, harga dari RM50 - RM130...hubungi Rin untuk mengetahui lebih lanjut. 

Mulakan Hari Anda Dengan Pengambilan Suplemen Untuk Kesihatan Sepanjang Hayat.


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Wednesday, April 17, 2013

Trip Jakarta (4 Hari 3 Malam)

Assalamualaikum...lamanya tak update blog ni..maafkan Rin yer..

Minggu lepas Rin berkesempatan pergi ke Jakarta. Nak holiday la katakan. Ooppss! Sebelum tu, nak off topic dulu...entry ni bukan pasal Shaklee tau..Entri nak banyak berkenaan pengalaman Rin di Jakarta, Indonesia. Rin nak kongsikan dengan semua pembaca blog Rin ni itinerary Rin sepanjang 4 hari 3 malam Rin berada di Kota Metropolitan Jakarta.......

10/4/2013 (Rabu)
Touch down Jakarta dalam jam 11am. Keluar dari airport dalam jam 12 tengahari. Sampai hotel kira-kira 2pm. Agak macet jugak la hari tu. Oh ya, hotel penginapan Rin ialah Hotel Amaris Thamrin City. Hotel ini bagi Rin, sangat comfort. Dengan orang-orang disekeliling sangat baik dan peramah. Dah dapat kunci bilik, terus ke bilik, letak bag semua, solat...rehat kejap..lepas tu keluar terus jalan-jalan di Thamrin City dan makan kat DCost. Malam tu kitorang pergi jalan kaki ke Grand Indonesia. Sebelah Thamrin City jer. Jalan-jalan, rembat purse kat situ, memang aim nak beli purse. Alhamdulillah dapat. Harga ok, sebab dah less 50%. Banyak sales masa tu. Nak pergi Plaza Indonesia tak sempat pulak sebab nak jumpa orang yang kitorang dah deal dari Malaysia (bisnes la ni...heee). Malam tu jugak, kitorang pergi Pasar Senen. Tengok kuih-kuih/kek-kek yang cantik. Beli jugak la brownies kat situ. Brownies tu kat atas coklat rice dan hirisan cheese. Rasanya not bad. Tak kemana-mana lepas tu, tapi rasa sangat lapar. Kedai makan banyak tutup, jadi ambik keputusan beli Dominos Pizza kat bawah hotel tu jer. Nak tau, lagi sedap Dominos Pizza Malaysia. Lepas beli pizza, terus balik bilik nak rehatkan badan sebab keesokkannya adalah hari yang agak sangat padat.

11/4/2013 (Khamis)
Bangun jam 5am. Lepas solat subuh semua, tanpa mandi, tapi cuci muka, berus gigi, terus pergi ke Pasar Tasek kat Lantai 5 tu jer. Itu yang best duk Hotel Amaris Thamrin City tu. Senang jer...Pasar Tasek bukak jam 4am. Banyak gak borong kat situ, dapat halfmoon, dapat inner neck best, dapat brooch...lepas tu dalam jam 9 camtu, balik hotel, siap-siap nak pergi Tanah Abang naik bajaj...oh! Sungguh best pergi Tanah Abang, dapat borong telekung. Murah gler telekung cantik-cantik. Telekung travel dapat harga bawah RM10 satu, beli kodi untuk souvenir buat kawan-kawan di Malaysia. Telekung biasa tu pulak, macam-macam harga ikut kualiti. Rin dah tak borong sangat telekung, sebab dah pernah pergi sebelum ni. Selalunya yang kali kedua pergi tak la nak memborong telekung lagi. Beli apa yang dipesan kawan-kawan jer. makan pulak kat food court Tanah Abang. Makan Nasi Timbel Ikan Gurame. Suka sangat! Sedap ok....Dalam jam 2 camtu, keluar dari Tanah Abang, naik bajaj gak sebab pening teksi takde. Pak bajaj caj 25000 rupiah, belasah jer la, barang-barang pun banyak gak....ok la....

Petang tu lepas rehat-rehat, terus g Mangga Dua naik teksi. Macet sungguh. Sempat tidur dalam taksi. Sabae aje la. Beli beg kat situ, beli tshirt. Beg tu harga IDR50,000...dalam belas-belas RM jer. Balik dari Mangga 2 dalam jam 5 rasanya...tak ingat...terus naik teksi menghala ke Plaza Indonesia. Kat Plaza Indonesia pulak, terembat pulak perfume..aiseh....redha je la ek...lepas tu masuk kedai LV, Gucci...masuk jer, tak beli ape pun..pakai pun selipar jepun jer...hehehe...

Makan pulak kat Restoran Sederhana Nasi Padang kat depan Thamrin City. Alpukat juice kat situ sedap. Sebab minum kat DCost, Alpukat tu tak berapa ummpphh...tapi kat Restoran Sederhana tu sedap bangat!! Lepas kenyang, balik hotel, mandi-manda, kemas, solat dan terus tidur dengan penatnya....

12/4/2013 (Jumaat)
Bangun pagi lambat sikit, sebab tak rushing nak ke mana-mana. So kitorang kuar hotel dalam jam 10am, lepas breakfast semua, kitorang  g Pasar baru. Dapat la kain yang agak meriah dengan manik ala-ala untuk nikah. Rin tak beli sebab Rin bukan pakai sangat pun baju-baju kain cenggitu. Nanti membazir je beli walaupun murah. Kawan Rin dapat harga IDR100k 1 meter bersamaan dengan RM32 semeter (ikut rate RM masa tu). Kain tu sangat cantik, agak-agak kat Malaysia harga kain tu boleh cecah RM100 semeter. Jalan-jalan masuk kat dalam kedai Matahari rembat la tshirt dan baju blouse. Takde tempat makan best kat situ, jadi kitorang kuar dari Pasar Baru dalam jam 2pm camtu. Perut lapar...so planning awal, nak balik hotel...tapi pak drebar teksi tu bilang ada shopping mall besar kat Jakarta. Kitorang tertanya-tanya, ingatkan Grand Indonesia tu dah kira besar, rupanya ada lagi yang lebih besar iaitu Taman Anggerik. Memang besar mall tu. Kawan Rin rembat tshirt Polo kat situ. Kawan Rin gtau kat KL tshirt Polo tu harga RM129, tapi kat Taman Anggerik harga hanya RM70 camtu jer. Apalagi dengan sukahatinya dia beli. Kawan Rin dapat jugak beli sandal kat situ. Rin beli apa? Rin beli roti kat bakery dalam tu. Rin dah lapar kan...roti tu sangat sedap...ergghh!! teringat lagi. Dah abis meninjau dalam Taman Anggerik tu, kitorang balik terus hotel...dah penat sangat rasanya berjalan dengan perut hanya diisi dengan roti sahaja. Terus amik keputusan makan kat DCost Thamrin City...nak makan banyak sikit sebab esoknya dah nak balik Malaysia.

Makan kat DCost sangat puas hati, macam-macam kitorang makan, kira dah penuh meja tu. Dengan air tambahan untuk bawa balik bilik lagi...harga hanya dalam RM70 sahaja. Nak tau apa yang kitorang makan? Sotong goreng tepung, tomyam seafood, ikan gurame kecap, kerabu mangga, tauhu kipas, sayur kacang buncis, pepahat sos padang, ayam masak lada hitam, smoothies strawberry, jus durian belanda, lemonade, nasi putih dua, mihun seafood...banyak tak banyak tu...puas hati!!

Then, lepas makan baru balik bilik, tidur dengan keadaan yang sangat kenyang...kemas barang jugak sebab esok dah nak balik Malaysia.

13/4/2013 (Sabtu)
Bangun dalam jam 7 camtu, sebab ingat nak repeat g Pasar Tasek. Sebab diketahui Pasar Tasek bukak hari Isnin dan Sabtu...tapi malangnya, kitorang turun g Lantai 5, Pasar Tasek tak semeriah yang kitorang pergi hari Khamis yang lepas. Frust....rupa-rupanya Pasar Tasek hari Sabtu bukak lambat dari hari Isnin dan Khamis. Dapat jugak la rembat sikit bawal kosong kat situ, murah je kan...beli ajer..pastu terus g balik bilik. Breakfast jap dan dapat jugak terlelap kejap. Dalam jam 9, turun lagi ke Pasar Tasek sebab tak puas hati tadi, aim nak beli halfmoon n innerneck lagi n brooch jugak...alhamdulillah dapat...lepas tu terus ke Lantai Dasar Thamrin City, shopping sikit-sikit lagi. Nak perabih rupiah la katakan...dapat la baju jubah selai IDR120k, cantik, banyak batu-batu..hehe...dapat blouse lagi...lepas tu makan kat es teller...minum es teller dan mi ayam kat situ...sedap...Es teller tu memang terbaik!

Dah dalam jam 11 camtu, balik bilik...kemas-kemas, mandi..sebenarnya tak mandi pun g jalan-jalan tadi tu...hehehe...selamber je kan...bukannye orang tau pun, kita-kita je tau...ahakz! Kol 12 tengahari check-out dari hotel terus ke bandara...tertidur dalam teksi, tak jem pun....siap Rin tanye, "Pak, ngak macet ya...mau tidur lagi"..terus pak drebar teksi gelak...sampai bandara, terus drop luggage dan rileks dan tunggu untuk penerbangan ke Malaysia petang..Flight delay 45 minit...sabar aje laaaa.....

Ok, itulah pengalaman serba sedikit 4 hari 3 malam Rin dan rakan-rakan di Jakarta...tak puas, nak pergi lagi. Oh ya, takde pic yer sebab tak berapa nak amik gambar pun, takut orang sekeliling tau kita ni tourist..... :)

Friday, April 5, 2013

Manfaat NutriFeron

"Alamak! Demam la...makan panadol la..." Itulah yang selalu kita fikirkan bila kita rasa kita demam...betul tak? Yelar, selain daripada ke klinik atau hospital, cara paling cepat untuk settlekan masalah demam ialah makan Panadol. Tapi, tahukah anda.....Panadol boleh merosakkan buah pinggang....oh! bahayanya....

Ok, untuk alternatif lain, jom kita berkenalan dengan NUTRIFERON. Nutriferon bukan sahaja melegakan sakit tapi dapat meningkatkan sistem imun badan.




Penemuan terhebat dalam bidang Immunologi

Interferon ditemui oleh Dr Yasuhiko Kojima pada tahun 1954. Beliau telah membuat kajian selama 40 tahun dan telah membuat semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba untuk mendapatkan formula untuk sistem imun. Akhirnya, Dr Kojima telah berjaya memformulasi satu-satunya interferon semulajadi di dunia iaitu NutriFeron.

NutriFeron adalah satu formula istimewa dan dipaten oleh Shaklee. Ia tidak dijual di farmasi atau kedai ubat mahupun HOSPITAL!!

Formulasi NutriFeron

NutriFeron merupakan satu formulasi untuk sistem imun yang menggunakan bahan semulajadi. Antara bahan-bahan yang terkandung dalam NutriFeron ialah ekstrak dari 4 tumbuhan.


1) Bji Labu : Berfungsi untuk merangsang pengeluaran interferon semulajadi di dalam tubuh dan menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser.
2) Biji Plantago Asiatica : Mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun.
3) Honeysuckle : Menentang virus dan kuman.
4) Bunga Safflower : Menghasilkan dan memperkuatkan keupayaan makrofaj memusnahkan virus dan kuman.

Kebaikan NutriFeron

~ Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari. Kajian menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan sistem imun tubuh secara keseluruhan dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh : T-cells, B-cell dan Makrofag.

~Melawan kanser dan tumor. InterFeron semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser. Ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi.

~ Melindungi dari influenza. Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob termasuk selsema, flu, alergi, inflamsi dan influenza.

~ Melambatkan penuaan. Formula NutriFeron merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Justeru, sel-sel akan menjadi lebih sihat.

~ Mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C. Keberkesanan NutriFeron dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan seperti kembung perut, rasa mual, muntah kepada pesakit-pesakit hepatitis B dan C.

~ Membantu mengurangkan PMS. Ia terbukti secara klinikal mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endoktrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing.


Sekarang, jom kita baca testimonial pengguna yang telah mengamalkan NUTRIFERON...



Best tak baca testimonial-testimonial ni....seperti kata penggunanya, Nutriferon ni umpama First Aid yang perlu ada kat setiap rumah. Gantikan dengan Panadol yang berbahaya tu yer...

Harga Nutriferon : RM181.25 (30Sachet)
Harga Istimewa  : Msg/Wassup Rin ok... ;)

Ok, nak tau lebih lanjut mengenai SHAKLEE atau cara pemakanan yang betul, boleh tanya Rin...konsultansi percuma diberikan....harga istimewa sesiapa sahaja yang betul-betul berminat....

Trial Pack Set disediakan untuk consume selama sebulan, harga dari RM50 - RM130...hubungi Rin untuk mengetahui lebih lanjut. 

Mulakan Hari Anda Dengan Pengambilan Suplemen Untuk Kesihatan Sepanjang Hayat.


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Sumber : SihatHijau247

Monday, April 1, 2013

Promo April 2013 - NUTRIFERON

Assalamualaikum...

Hari dah masuk April 2013. Begitu cepat masa berlalu, kita dah masuk suku kedua dalam tahun 2013. Bermulanya bulan baru bermaksud bermulanya Promo terbaru Shaklee. Untuk bulan April ni, Shaklee menawarkan dengan pembelian 6 kotak Nutriferon percuma 1 kotak Nutriferon yang mana dalam setiap kotak ada 30 sachet. 

Jom kita tengok testimonial pengguna yang telah mengamalkan Nutriferon....


Mulakan Hari Anda Dengan Pengambilan Suplemen Untuk Kesihatan Sepanjang Hayat.


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Saturday, March 30, 2013

Shaklee Untuk Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi adalah satu keadaan yang perlu pandang serious kerana ia boleh membawa kepada risiko penyakit jantung koronari, masalah jantung dan strok.

Tekanan Darah adalah tekanan pada dinding ateri darah. Tekanan ini disebabkan oleh aliran darah, hasil dari pengepaman jantung. Jika tekanan darah seseorang sering meningkat dan tidak menurun pada satu jangka masa yang lama, ia akan menyebabkan kerosakan pada jantung, salur darah, buah pinggang, dan lain-lain bahagian pada tubuh badan. Tidak ada simptom apabila kita mengalami tekanan darah tinggi, kita mungkin boleh mengalaminya selama bertahun tanpa disedari.


APA PUNCA?
Sebagai penyakit dalam diam, punca-punca darah tinggi ini jugak tidak diketahui walaupun selepas berjumpa doktor. Walau bagaimanapun, ia boleh disebabkan oleh:

  • Cara hidup tidak aktif
  • Umur melebihi 35 tahun
  • Tinggi paras kolestrol
  • Faktor keturunan / sejarah keluarga
  • Pengambilan garam yang tinggi
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Merokok
  • Ubatan seperti steroid, ubat anti radang bukan steriod
  • Penyakit buah pinggang
CARA MENGATASI
Tekanan darah tinggi boleh dikawal tanpa ubat-ubatan. Ubah cara hidup boleh mendatangkan kesan yang sangat baik:
  • Amalkan pemakanan sihat
  • Kurangkan pengambilan garam dan lemak
  • Amalkan senaman berkala
  • Dapatkan berat badan yang ideal jika berat badan sekarang berlebihan
  • Belajar cara mengatasi tekanan secara berkesan
  • Berhenti merokok

Walau bagaimanapun, terdapat vitamin Shaklee yang dicadangkan bagi membantu pesakit darah tinggi:
  • OmegaGuard - Melancarkan darah, menghalang pembekuan darah
  • Vita E - Defisiensi selenium berkait pada penyakit jantung
  • Lecithin - Mengemulsi lemak
  • Garlic - Merendahkan tekanan darah
  • ESP - Menurunkan tahap kolestrol & mengelak penyakit jantung
  • B-Complex - Menurunkan stress
  • OsteMatrix - Defisienci kalsium berkait dengan tekanan darah tinggi, regulasi jantung
  • Vita-C - Menghalang pembekuan darah
Bagi yang mempunyai masalah kekangan bajet untuk memiliki kesemua vitamin untuk darah tinggi, Rin mencadangkan untuk mengambil Set Asas Darah Tinggi terlebih dahulu iaitu:
  • OmegaGuard
  • Vita E
  • Lecithin
  • Garlic


Harga Set Penuh Darah Tinggi : RM742.25
Harga Set Asas Darah Tinggi : RM385

Aturan Makan:
OmegaGuard - 2 biji 3 kali sehari
Vita E - 1 biji 3 kali sehari
Lecithin - 4 biji 3 kali sehari
Garlic - 2 biji 2 kali sehari
ESP - 2 sudu besar 3 kali sehari
B Complex - 2 biji 3 kali sehari
OsteMatrix - 2 biji 3 kali sehari
Vita C - 1 biji 2 kali sehari


Mulakan Hari Anda Dengan Pengambilan Suplemen Untuk Kesihatan Sepanjang Hayat.


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Pemakanan Seimbang Kawal Risiko Diabetes

Diabetes atau kencing manis adalah salah satu penyakit yang popular di Malaysia. Ia telah dikategorikan sebagai IBU kepada segala penyakit. Ianya adalah penyakit kronik yang boleh menyebabkan masalah serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok, buta, kerosakan saraf dan gangrene kaki.

Penjagaan pesakit diabetes dalam program Diabetes Shaklee samasekali tidak bertujuan untuk menyembuhkan sakit diabetes ini, sebaliknya mengawal kandungan dalam darah, sekaligus mengawal diabetes dari menjadi lebih teruk.

Apakah suplemen asas Shaklee yang bersesuaian untuk membantu pesakit Diabetes?
  • B-Complex - Menukarkan gula kepada tenaga
  • Zinc Complex - Bantu tubuh hasilkan insulan dan pulihkan luka dengan cepat
  • Vita-Lea - Mengandungi imbangan vitamin dan mineral yang lengkap
Set Asas untuk Pesakit Diabetes
Untuk yang berkemampuan, pesakit Diabetes boleh menambahkan vitamin Shaklee berikut untuk hasil yang lebih baik:
  • OmegaGuard - Kaya dengan asid lemak omega 3, mencegah penyakit saluran darah dan strok
  • OsteMatrix - Kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi
  • Garlic - Membantu menstabilkan glukos di dalam tubuh
Apa-apa pun, jom kita baca serba sedikit mengenai Diabetes yang Rin petik dari Majalah Rapi.....

Tindakan mengawal paras glukosa dalam darah di samping diet dan senaman boleh mengurangkan risiko komplikasi kencing manis. Sebaik-baiknya, kandungan karbohidrat dalam pemakanan perlu diawasi.Kurangkan kalori dengan memilih makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi dan roti putih. Gantikan dengan roti gandum sekiranya perlu. Berjumpalah dengan pakar pemakanan untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam usaha mengubah tabiat pemakanan yang tidak sihat. Berikut adalah contoh makanan yang sesuai dimakan oleh pesakit diabetes.  

Susu
Kombinasi vitamin D dan kalsium sangat bagus untuk penderita diabetes. Kajian yang dilakukan ke atas wanita yang mengambil lebih daripada 1000 mg dan multivitamin D setiap hari kurang berisiko menghidap diabetes sebanyak 3% berbanding wanita yang tidak minum susu langsung. 

Salmon 
Salmon kaya dengan asid lemak omega-3. Jenis lemak sihat ini berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung, menurunkan berat badan, mengurangkan peradangan, serta memperbaiki perkembangan insulin. Selain itu, ikan ini juga mengandungi vitamin D.

Sereal atau Oatmeal
Sereal atau oatmeal merupakan sarapan sihat dan enak yang sangat digalakkan pengambilannya. Selain mengandungi serta tinggi, ia juga merupakan sumber  tenaga. Jadi, lengkapkan sarapan anda dengan sereal atau oatmeal. 

Blueberry
Pterostilbene yang terdapat di dalam blueberry menunjukkan kesan protein reseptor yang distimulasikan dalam sel, berperanan menurunkan kolesterol dan lemak.
Pterostilbene juga mungkin membantu melawan kanser dan diabetes. 

Brokoli 
Kajian mendapati brokoli memiliki zat penting yang mampu memperbaiki dan mengembalikan fungsi pembuluh darah yang rosak akibat kencing manis atau diabetes. Peneliti dari Universiti Warwick meyakini, zat sulforaphane yang terkandung di dalamnya membantu memulihkan pembuluh darah.

Bawang Putih
Bawang putih mengandungi galian tertentu yang terbukti bernilai dalam metabolisme karbohidrat. Bawang putih kaya dengan kalium, iaitu 529 mg bagi setiap 100 gm. Seseorang yang mendapat penyakit kencing manis mempunyai asid berlebihan (asidosis) dan ia bertindak mengambil kalium dari tubuh sehingga boleh berlaku keadaan tidak sedarkan diri atau koma. Selain kalium, bawang putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulfur dan ke semua galian ini berupaya merawat kencing manis.

MAKANAN YANG BEBAS DIMAKAN PESAKIT DIABETES
  • Semua jenis sayuran seperti sawi, kangkung, bayam, kobis, kacang buncis, kacang panjang, bendi, tomato, terung dan sebagainya kecuali semua jenis ubi.
  • Semua cecair dan minuman tanpa gula seperti sup air, air kosong, teh, kopi kosong, kacang panjang, teh tanpa  gula, teh Cina, airlimau, air barli tanpa gula.
  • Perasa dan perencah seperti serbuk cili, kari, kunyit, rempah ratus, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan sebagainya. 
  • Semua daging/ayam tanpa lemak, tauhu, kuning telur (2-3 biji seminggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala dan perut. Hadkan makanan tinggi kolesterol seperti makanan laut (udang, sotong, ketam, kerang, siput) dan organ dalaman (hati, otak, perut, limpa). 
PANDUAN AM UNTUK PESAKIT DIABETES
Anda boleh menikmati tiga hidangan utama iaitu sarapan pagi, makan tengahari, makan malam pada selang masa yang tetap. 
  • Agihkan jumlah pengambilan makanan yang perlu disukat supaya tidak berlebihan pada satu masa tertentu. Makanan yang dihadkan adalah makanan  berkarbohidrat yang akan meningkatkan paras gula darah.
  • Tingkatkan pengambilan serat dalam diet. Ini dapat membantu mengawal paras gula darah dan mengelakkan sembelit. 
  • Sumber serat yang baik adalah bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran, kacang, kekacang dan biji-bijian. kurangkan pengunaan garam  dalam masakan dan elakkan makanan tinggi kandungan garam.
  • kurangkan jumlah pengambilan lemak atau minyak  terutamanya lemak tepu seperti krim, minyak kelapa, santan dan krim salad. 

Harga Set Asas Diabetes : RM176.25

Aturan Makan:
Zinc Complex - 1 biji sehari  (Breakfast)
B-Complex - 1 biji sehari (Breakfast)
Vita-Lea - 1 biji sehari (Lunch)


Mulakan Hari Anda Dengan Pengambilan Suplemen Untuk Kesihatan Sepanjang Hayat.


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Wednesday, March 27, 2013

Special Info Untuk Yang Gemar Minum Air Ais


Orang-orang tua cakap, tak elok amal minum air sejuk/batu/peti. Ye takkk? Hee. Sebab ape eh? Mari kita siasat dan tengok sendiri kesan minum air batu pada paru-paru. Jom buat eksperimen: 

1) Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. 

2) Biarkan di atas meja untuk tempoh beberapa minit. 

3) Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar gelas.

Sooooo, ape yang kite nampak? Ye, ade titisan air di permukaan luar gelas kan. Haa tulah peluh² air batu tadi. Jadi, kite boleh simpulkan, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air. Cewahhh, belajar sains pulak. Hee. :)

Begitu juge halnya dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran itu terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity) tau. 

Contohnye, bile seseorang minum air batu seperti jus apple atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk danalveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain. Paham ke tuh? :p


Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul, maka ini akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. 

Haa, itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila buat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak cukuppp! Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindakbalas iaitu tapak tangan lembap dan basah.

Cube pantang minum ais setahun. Tengoklah sendiri, anda akan jimat bape KG. Hee.. (maafkan hamba kalo salah info yer… ^_^)


Mulakan Hari Anda Dengan Pengambilan Suplemen Untuk Kesihatan Sepanjang Hayat.



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Sumber: Vitamins2U

Mulakan Hari Anda Dengan ESP

Setiap pagi sebelum keluar rumah untuk mencari sesuap nasi, Rin pastikan perut saya diisi dengan minuman ESP iaitu Energizing Soy Protein.


Minuman ni boleh buat perut kita rasa selesa sepanjang hari. Kenyang tau minum ESP ni. Selain itu, ESP ni boleh buat kulit muka kita lembut jer... Rin sendiri yang mengamalkannya, jadi Rin tak ragu-ragu untuk perkenalkan ESP ni dengan kawan-kawan. ESP ni memang terbaik dan hot seller antara produk-produk lain dalam Shaklee. Sebab itulah, ESP ni ada dalam Set D (Set Kecantikan Kulit) dan boleh dijadikan sebagai agen untuk memeriahkan susu badan bagi kaum ibu.


1. ESP tu apa ya?
2. ESP dengan Alfalfa mana bagus untuk banyakkan susu?
3. Berapakah harga ESP?
4. Berapa lama tahan harga satu canister ESP?
5. Siapa yang tidak boleh amik ESP?
6. Apakah rasa ESP?
7. Bila saya boleh dapat jika order hari ini?
8. Jika dah amik alfalfa masih perlu protein ke?


Dengan senang hati inginRin kongsikan jawapan kepada persoalan di atas ini agar segala kemusykilan bagi yang baru mengenali ESP Shaklee akan terjawab...


1. ESP tu apa ya?
ESP ialah singkatan bagi Energizing Soy Protein. Ia adalah protein soya yang sangat berkualiti. Ia didatangkan dalam bentuk serbuk. Boleh diminum begitu sahaja atau pengambilan bersama minuman lain seperti susu, milo atau jus dengan suhu air tidak terlalu panas agar tidak merosakkan enzim protein itu sendiri.

2. ESP dengan Alfalfa mana bagus untuk banyakkan susu?
Protein sangat perlu untuk pembentukkan sel. Kandungan susuibu mengandungi protein dan pengambilan protein menggalakkan lagi penghasilan susuibu. Alfalfa turut mengandungi protein namun ada kadar yang minimum.
Kedua-dua bagus untuk membanyakkan penghasilan susu namun balik kepada budget masing-masing. Ada yang mengambil kedua-duanya, tidak kurang yang mengambil salah satu sahaja.

3. Berapakah harga ESP?
Harga ESP bagi semenanjung termasuk postage ialah RM150 ~ sms/email Rin bagi mendapatkan harga istimewa

4. Berapa lama tahan harga satu canister ESP?
Jika si ibu mengambil 2 sudu besar sehari , ia boleh bertahan antara 1.5 -2 bulan untuk satu canister.

5. Siapa yang tidak boleh amik ESP?
Individu yang mempunyai masalah diabetes tidak digalakkan mengambil ESP ini.

6. Apakah perasa ESP?
ESP Shaklee berperasa Soya.

7. Bila saya boleh dapat jika order hari ini?
 InsyaAllah jika tiada aral yang melintang, penghantaran adalah 1-2 hari bekerja.

8. Jika dah amik alfalfa masih perlu protein ke?
Boleh mengambil kedua2nya jika berkemampuan. Jika tidak boleh memilih salah satu mengikut budget individu.





Harga ESP (Energizing Soy Protein) : RM150.00

Aturan Makan:
2-3 sudu makan setiap hari (Sebaiknya sebelum breakfast, masa perut tengah kosong)

Mulakan Hari Anda Dengan Pengambilan Suplemen Untuk Kesihatan Sepanjang Hayat.


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...