Pages

Klik kat bawah ni, tawaran Menarik Tertarik Da Bomb!!!

Brownies

Cheese Cake

Cupcakes

Butter Cake

Saturday, March 30, 2013

Pemakanan Seimbang Kawal Risiko Diabetes

Diabetes atau kencing manis adalah salah satu penyakit yang popular di Malaysia. Ia telah dikategorikan sebagai IBU kepada segala penyakit. Ianya adalah penyakit kronik yang boleh menyebabkan masalah serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok, buta, kerosakan saraf dan gangrene kaki.

Penjagaan pesakit diabetes dalam program Diabetes Shaklee samasekali tidak bertujuan untuk menyembuhkan sakit diabetes ini, sebaliknya mengawal kandungan dalam darah, sekaligus mengawal diabetes dari menjadi lebih teruk.

Apakah suplemen asas Shaklee yang bersesuaian untuk membantu pesakit Diabetes?
  • B-Complex - Menukarkan gula kepada tenaga
  • Zinc Complex - Bantu tubuh hasilkan insulan dan pulihkan luka dengan cepat
  • Vita-Lea - Mengandungi imbangan vitamin dan mineral yang lengkap
Set Asas untuk Pesakit Diabetes
Untuk yang berkemampuan, pesakit Diabetes boleh menambahkan vitamin Shaklee berikut untuk hasil yang lebih baik:
  • OmegaGuard - Kaya dengan asid lemak omega 3, mencegah penyakit saluran darah dan strok
  • OsteMatrix - Kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi
  • Garlic - Membantu menstabilkan glukos di dalam tubuh
Apa-apa pun, jom kita baca serba sedikit mengenai Diabetes yang Rin petik dari Majalah Rapi.....

Tindakan mengawal paras glukosa dalam darah di samping diet dan senaman boleh mengurangkan risiko komplikasi kencing manis. Sebaik-baiknya, kandungan karbohidrat dalam pemakanan perlu diawasi.Kurangkan kalori dengan memilih makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi dan roti putih. Gantikan dengan roti gandum sekiranya perlu. Berjumpalah dengan pakar pemakanan untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam usaha mengubah tabiat pemakanan yang tidak sihat. Berikut adalah contoh makanan yang sesuai dimakan oleh pesakit diabetes.  

Susu
Kombinasi vitamin D dan kalsium sangat bagus untuk penderita diabetes. Kajian yang dilakukan ke atas wanita yang mengambil lebih daripada 1000 mg dan multivitamin D setiap hari kurang berisiko menghidap diabetes sebanyak 3% berbanding wanita yang tidak minum susu langsung. 

Salmon 
Salmon kaya dengan asid lemak omega-3. Jenis lemak sihat ini berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung, menurunkan berat badan, mengurangkan peradangan, serta memperbaiki perkembangan insulin. Selain itu, ikan ini juga mengandungi vitamin D.

Sereal atau Oatmeal
Sereal atau oatmeal merupakan sarapan sihat dan enak yang sangat digalakkan pengambilannya. Selain mengandungi serta tinggi, ia juga merupakan sumber  tenaga. Jadi, lengkapkan sarapan anda dengan sereal atau oatmeal. 

Blueberry
Pterostilbene yang terdapat di dalam blueberry menunjukkan kesan protein reseptor yang distimulasikan dalam sel, berperanan menurunkan kolesterol dan lemak.
Pterostilbene juga mungkin membantu melawan kanser dan diabetes. 

Brokoli 
Kajian mendapati brokoli memiliki zat penting yang mampu memperbaiki dan mengembalikan fungsi pembuluh darah yang rosak akibat kencing manis atau diabetes. Peneliti dari Universiti Warwick meyakini, zat sulforaphane yang terkandung di dalamnya membantu memulihkan pembuluh darah.

Bawang Putih
Bawang putih mengandungi galian tertentu yang terbukti bernilai dalam metabolisme karbohidrat. Bawang putih kaya dengan kalium, iaitu 529 mg bagi setiap 100 gm. Seseorang yang mendapat penyakit kencing manis mempunyai asid berlebihan (asidosis) dan ia bertindak mengambil kalium dari tubuh sehingga boleh berlaku keadaan tidak sedarkan diri atau koma. Selain kalium, bawang putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulfur dan ke semua galian ini berupaya merawat kencing manis.

MAKANAN YANG BEBAS DIMAKAN PESAKIT DIABETES
  • Semua jenis sayuran seperti sawi, kangkung, bayam, kobis, kacang buncis, kacang panjang, bendi, tomato, terung dan sebagainya kecuali semua jenis ubi.
  • Semua cecair dan minuman tanpa gula seperti sup air, air kosong, teh, kopi kosong, kacang panjang, teh tanpa  gula, teh Cina, airlimau, air barli tanpa gula.
  • Perasa dan perencah seperti serbuk cili, kari, kunyit, rempah ratus, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan sebagainya. 
  • Semua daging/ayam tanpa lemak, tauhu, kuning telur (2-3 biji seminggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala dan perut. Hadkan makanan tinggi kolesterol seperti makanan laut (udang, sotong, ketam, kerang, siput) dan organ dalaman (hati, otak, perut, limpa). 
PANDUAN AM UNTUK PESAKIT DIABETES
Anda boleh menikmati tiga hidangan utama iaitu sarapan pagi, makan tengahari, makan malam pada selang masa yang tetap. 
  • Agihkan jumlah pengambilan makanan yang perlu disukat supaya tidak berlebihan pada satu masa tertentu. Makanan yang dihadkan adalah makanan  berkarbohidrat yang akan meningkatkan paras gula darah.
  • Tingkatkan pengambilan serat dalam diet. Ini dapat membantu mengawal paras gula darah dan mengelakkan sembelit. 
  • Sumber serat yang baik adalah bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran, kacang, kekacang dan biji-bijian. kurangkan pengunaan garam  dalam masakan dan elakkan makanan tinggi kandungan garam.
  • kurangkan jumlah pengambilan lemak atau minyak  terutamanya lemak tepu seperti krim, minyak kelapa, santan dan krim salad. 

Harga Set Asas Diabetes : RM176.25

Aturan Makan:
Zinc Complex - 1 biji sehari  (Breakfast)
B-Complex - 1 biji sehari (Breakfast)
Vita-Lea - 1 biji sehari (Lunch)


Mulakan Hari Anda Dengan Pengambilan Suplemen Untuk Kesihatan Sepanjang Hayat.


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...