Pages

Klik kat bawah ni, tawaran Menarik Tertarik Da Bomb!!!

Brownies

Cheese Cake

Cupcakes

Butter Cake

Saturday, February 9, 2013

Meningkatkan Daya Ingatan Dengan Zinc Complex


Zink? Macam atap rumah jer kan...terus terbayang zink rumah...hehehe...

Bukan nak cerita pasal zink rumah, tapi nak cerita pasal salah satu lagi produk Shaklee..banyak betul produk Shaklee ni kan..yup! Memang betul Shaklee memang banyak produk yang terbaik. Belum Cuba Belum Tahu! Kalau Dah Cuba, Baru Tahu! Macam pantun dua kerat pulakkan? Ok..ok...straight to the point. Kita tengok apa kelebihan daripada pengambilan suplemen Zinc Complex ni.

Kelebihan Zinc Complex

  • Meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan
  • Penting untuk daya tahan tubuh
  • Menghilangkan jerawat, mengatasi dan mencegah rambut gugur
  • Mengurangkan masalah rabun
  • Sebagai antioksidan dapat membantu mengurangi kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas
  • Membantu sistem pencernaan untuk memproses karbohidrat, lemak dan protein
  • Mengaktifkan berbagai enzim dan hormon dalam tubuh
  • Membantu mempercepatkan penyembuhan luka pada kulit
  • Mengurangkan penempelan kolestrol
  • Mengurangkan kekerapan demam dan mencegah serta mengatasi flu
  • Meningkatkan tahap kesuburan
  • Mengelakkan masalah prostat
  • Membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunkvitis
  • Menyediakan kalsium untuk kesihatan tulang
  • Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi dan anak-anak agar lebih optimum kecerdasannya.
Kesan kekurangan Zink
  • Rabun Malam
  • Kulit berjerawat
  • Rambut Gugur
  • Kurang nafsu makan
  • Luka lambat sembuh
  • Wanita lambat datang bulan
  • Bayi lahir tidak normal
  • Pertumbuhan dan perkembangan bayi lambat
  • Postur tubuh kecil dan pendek bagi bayi
  • Daya tahan tubuh menurun
Siapa yang perlukan suplemen Zink?
Semua orang perlukan suplemen Zink ni seperti wanita, lelaki, wanita mengandung, wanita menyusu, anak-anak, pelajar, bayi dan sebagainya. Dengan cara apa sekalipun ia tetap diperlukan dalam kesihatan seharian. Selain daripada pilihan tablet, Zink juga boleh didapati daripada makanan mentah seperti makanan laut, daging merah, biji-bijian, kekacang, gandum, nasi, susu dan banyak lagi. Tapi, dengan kekangan masa yang ada dengan kesibukan bekerja adalah digalakkan untuk mengambil tablet sahaja disamping pemakanan seharian.

Mulakan Hari Anda Dengan Pengambilan Suplemen Untuk Kesihatan Sepanjang Hayat.


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...