Uhh..lama sungguh tak update apa-apa dalam blog ni...seriously saya sangat sibuk dengan rutin harian. Baru ni jer berkesempatan nak update. Beberapa hari yang lepas pergi Pulau Pinang. Bukan nak bercuti semata-mata, tetapi ada hal yang perlu saya selesaikan.
Oh ya, untuk memulakan hari yang indah ni, saya nak bercerita mengenai Set Slimming/Pelangsingan dari Shaklee. Untuk yang pertama kalinya, saya nak bagitau Set Asas untuk Set Pelangsingan ni.
Set asas untuk pelangsingan ni hanya ada tiga, iaitu:
Detoks [Alfalfa Complex or Herb-Lax] + Protein [Cinch Shake or Energizing Soy Protein (ESP)] + Lecithin or OmegaGuard
First of all, pasti ada yang tertanya kenapa Detoks, Protein dan Lecithin ni perlu untuk pelangsingan...
1. Detoks....Kenapa kita perlu detoks?
- Ok, detoks ni adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendit yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.
- Tahukah anda: Kunci asas untuk kurus adalah detoks dulu ok... :)
2. Protein...Kenapa perlu protein? Kenapa tak karbohidrat (nasi, mee)....
- Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak.
- Berbanding karbohidrat, tempoh jangka masa kekenyangan protein adalah lebih lama dari karbohidrat, tetapi protein jika dimakan dengan banyak tidak akan ada kesan seperti makan karbohidrat dengan banyak.
- Tahukan anda: Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sehingga 35%.
3. Lecithin/OmegaGuard.....Kenapa perlu Lecithin/OmegaGuard?
- Lecithin/OmegaGuard berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak.
- Lecithin dinamakan "Pengemulsi Semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat di lemak, dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat di dinding membrane.
- Asid Lemak Omega-3 memberikan kesan positif pada metabolisme dan keupayaan badan untuk membakar lemak, selain itu ia juga turut memberi kesan kepada penghasilan pelbagai hormon termasuk leptin (Hormon yang memberi kesan kepada selera makan).
- Tahukah anda: Lecithin tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan. Manakala asid lemak Omega-3 membantu mereka yang sedang berdiet atau berhasrat untuk mengekalkan hatta menurunkan berat badan kerana kesannya dalam mengurangkan selera makan dengan meningkatkan hormon leptin yang mengawal tahap kelaparan disamping ia sendiri berupaya untuk membakar lemak.
Mulakan Hari Anda Dengan Pengambilan Suplemen Untuk Kesihatan Sepanjang Hayat.
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sumber: MamaFaiz
No comments:
Post a Comment