Pages

Klik kat bawah ni, tawaran Menarik Tertarik Da Bomb!!!

Brownies

Cheese Cake

Cupcakes

Butter Cake

Friday, January 2, 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015!!

SELAMAT TAHUN BARU 2015
HAPPY NEW YEAR 2015
SAEHAE BOK MANHI BADUSEYO (Tetiba ada bahasa hangul aka korea kat sini..hee..amik mood konon)

Anyway, tahun baru, harus la ada azam baru...azam? azam tahun lepas, alhamdulillah ada yang dah tercapai..tahun ni...nak buat lagi baik dari tahun lepas la...apa lagi nak diperkatakan...blog ni pun dah lama berhabuk, dengan sarang labah-labah di mana2...nasib baik tak jadi spiderman je lelabah kat sini...eh, banyak mengarut pulak....

Ok, first entry for 2015...so, saya nak listkan dulu azam 2015..insyaAllah untuk jadi peringatan kepada diri sendiri dan kuatkan usaha supaya azam tu tercapai dengan sempurnanya...insyaAllah...

Azam-azam beta ialah:

1) Nak kembangkan produk Minie's Dessert. Minies's Dessert ni tak sampai setahun lagi pun. Mula-mula buat secara suka-suka, now masih suka-suka lagi...heee...kadang-kadang kekangan masa dengan kerja hakiki lagi, tak terlayannya Minie's Dessert beta ni...im sorry sayang...but don' worry, I still love u n saya akan cari lagi idea untuk memajukan dirimu dan diri ini...insyaAllah

2) Melanjutkan pelajaran. Ok, ini adalah impian dari dulu sehingga kini belum dapat dicapai lagi. Rindu sangan zaman belajar, zaman mentelaah, zaman ujian, zaman study sampai larut malam, zaman pegi library...dan banyak lagi la....tapi, harus diingatkan, sila lulus dengan cemerlang exam MUET ya. MUET alhamdulillah dah daftar bulan November yang lepas. So, now tunggu surat untuk tarikh exam tu nanti. Dah amik MUET, baru boleh apply untuk ke Universiti balik....midah-mudahan dapat kali ini. Seriuli, saya memang nak sambung belajar lagi.

3) Melancong ke tempat yang saya tak penah pergi lagi. Asyik tengok citer n variety show dia jer. Kemanakah itu? Will be update soon...

4) BERNIKAH! (Setiap tahun pun azam yang ini, tapi belum tercapai selagi belum jumpa empunya tulang rusuk yang ada dalam diriku ini)

Ok, that's it...untuk 2015...insyaAllah...doa-doakan semua berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah.

Untuk reference bersama, me dah tepekkan kalendar 2015 untuk kita kira tarikh yang ada di tahun 2015.

Comel kan? Ihsan: En. Gugel aka Google....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...