Pages

Klik kat bawah ni, tawaran Menarik Tertarik Da Bomb!!!

Brownies

Cheese Cake

Cupcakes

Butter Cake

Sunday, March 20, 2011

Sekitar 3rd Putrajaya International Hot Air Baloon Fiesta 2011


Hari ini 20 Mac 2011, saya meronda-ronda di sekitar Belon Panas kat Presint 2 Putrajaya. Sangat la sesak masa tu, yelar dengan jem + mentega kat situ, dengan panas g, memang kaw-kaw la jalan-jalan masa tu. Masa dalam kereta, terperangkap dengan kesesakan lalu lintas, sempat la jugak tengok belon panas yang cantik-cantik, tapi malangnya, bila dah dapat parking, nak g snap pic, tengok-tengok tinggal satu belon panas je. Belon yang cantik-cantik tu dah diturunkan. Jadi tak sempat la nak snap pic belon panas yang lain. Hanya tinggal satu belon yang nyaris-nyaris lima minit g akan diturunkan juga. Sempat la amik pic belon panas tu diturunkan dan dijatuhkan ke tanah..ok ler tu kan, dari takde langsung..


Banyak gak booth yang dibuka untuk orang ramai, antaranya booth memanah ni...seronok gak tengok orang ramai mencuba untuk memanah. Tapi saya tak join pun, saya hanya pemerhati yang setia....thewww!! hehe..



Suasana kat fiesta tu memang sangat sesak. Orang ramai seawal 7 pagi dah berpusu-pusu untuk merasai ke'best'an Hot Air Baloon ni..


Banyak booth jualan pakaian gak. Antara yang menarik perhatian saya ialah booth baju wanita seperti kat gambar bawah ni. Semuanya baju bundle dan harga yang ditawarkan sangat-sangat la berpatutan, serendah RM5 untuk singlet, dan cardigan hanya RM15...cantik-cantik dan berbaloi-baloi... :)




Booth makanan pun tak dilupakan. Booth-booth ni la penarik utama kalau pergi mana-mana karnival, fiesta, etc.....pelbagai makanan boleh dapat kat sini..harga pun boleh tahan menariknya.


Ini adalah satu-satunya booth yang menjual tanam-tanaman seperti anak pokok cili, anak pokok limau kasturi dan macam-macam lagi. Saya pun dah tak ingat anak pokok apa lagi yang dijual lagi selain dua anak pokok tu sebab kedua-dua anak pokok cili dan limau kasturi tu saja yang menarik perhatian saya....


Yang ni booth untuk permainan, macam funfair punye game la ek..


Ni pulak booth kereta control...bukan kereta je tau, tapi bot control pun ada. Kereta control tu harganya RM46 satu....tapi, bot control tu tak nampak pulak untuk dijual tadi....





That's all for now...live telecast from 3rd Putrajaya International Hot Air Baloon Fiesta 2011
17 - 20 March 2011



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...