Pages

Klik kat bawah ni, tawaran Menarik Tertarik Da Bomb!!!

Brownies

Cheese Cake

Cupcakes

Butter Cake

Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H / 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H. Saya berada di Bintulu, Sarawak. My kampung...oh so sweetnya berada di sini. Dengan udaranya yang berbeza dari KeyEll. Dengan orangnya yang dah kenal bertahun-tahun. Apatah lagi seronoknya berada disamping keluarga tersayang. Syukur Alhamdulillah......

Semalam touch down Bintulu Airport dalam pukul 7.05 malam. Mak ayah dah tunggu depan pintu balai ketibaan. Gembira hati tak terkira dapat melihat wajah kedua ibubapa yang dalam keadaan sihat walafiat hendaknya...syukur Ya Allah, kerana Engkau memberikan kesihatan yang baik kepada kedua ibubapaku. Semoga kesihatan yang baik ni akan berpanjangan hendaknya. Amin.

Perarakan Maulidur Rasul saya hanya dapat tonton dikaca televisyen sahaja. Tak dapat pun nak join. Sudah semestinya meriah. Kalau sambutan hari merdeka, tahun baru kita boleh meriahkan dengan suasana konsert, nyanyian, tarian....apa salahnya kira sambutan Maulidur Rasul, Hari Lahir Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya besar keberkatan dan rahmat kita berselawat keatas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Al-Fatihah untuk Nabi Muhammad s.a.w.

Credit Pic: Undomiel84
Sesungguhnya kami umatMu amat merinduiMu Ya Rasulullah.......semoga dipertemukan kita di akhirat kelak. Amin...

Wednesday, January 23, 2013

Balik Kampung aka Balik Bintulu

Yeaaa!!! Balik kampung!! Lupakan kisah sedih itu. Mulakan hidup baru. Chewah! Macam perit sangat kisah hidup ko tu...cet!! Just think positively, ok! Tak dapat sambung belajar bukan bermaksud kita tak dapat capai apa yang kita nak...mungkin ada orang lain yang lebih memerlukan. Ok..Ok...tak nak dah fikir dah. Perlu pandang ke hadapan...

Eh, hari ni saya balik Bintulu. Jumpa mak ayah, kaum keluarga, sahabat handai di sana...ooohhh seronoknya. Hati ni dah takde kat tempat kerja, walaupun hari ni kerja separuh hari sahaja. Lunch hour kang, blah la...hekhek...flight petang jam 5.05pm. Jadi, kena bersiap sedia lebih awal. Biasalah AirAsia tu, kalau lambat sampai airport nak check-in barang tu, makin lambat la kita dibuatnya. Buat hati panas jer...So pergi la awal untuk mengelak hati panas dan kelambatan untuk check-in. Hati berdebar-debar jer bila dah rasa pintu check-in tu nak tutup... 

Saya dah check-in, dua hari yang lepas. Takut tak sempat dan lupa untuk check-in online. Kalau tak check-in online, alamatnya sediakan RM10 untuk check-in di kaunter. Dah pernah kena dua kali, atas kelekaan dan kecuaian diri sendiri, kena keluarkan RM10 untuk check-in tu...

My Boarding Pass

Ole-ole??? Of course la ada....tak banyak tapiiiiiiiii beg tarik tu boleh cecah 20kg...entah apa-apa la diletak dalam beg tu. Tak termasuk yang kat tangan lagi, ish...ish...melampau-lampau..rasa rugi kalau tak bawak banyak barang kalau sesekali balik kampung ni.

Gardenia mesti punya bawak balik, kat Sarawak mana ada kilang Gardenia ni. Pastu Keropok Abah, special dari Johor. Takkan jumpa kat mana-mana....

Planet Popcorn (adik-adik suka makan ni, tu yang bawak), Garretts Popcorn (first time bawak balik, tak boleh bawak banyak-banyak, mahal tu)... Kerepek Pisang Manis (Ole-Ole dari Bandung) tapi beli kat Jalan TAR

Ok, dah siap sedia nak mem'blah'kan diri...jam sekarang dah pukul 12 tengahari. Nak g makan dulu, sambil tu ayah siap pesan belikan dia Satey Kajang..so nanti nak singgah jap membeli Satay tu...sampai Bintulu insyaAllah update lagi...assalamualaikum

Sedih!

Maaf, permohonan anda tidak berjaya. Ini jawapan bagi penyemakan status saya untuk melanjutkan pelajaran ke UiTM. Sedihnya....berharap sangat rasanya, tapi nak buat camne. Takde rezeki. Mungkin ada rezeki lain yang menunggu saya selain dari yang itu. InsyaAllah....

Muka sedih yang tak mampu nak cakap apa-apa bila dapat tahu keputusan tersebut....
Redha jer la....percayalah ada yang terbaik insyaAllah menunggu dihadapan........

Tuesday, January 22, 2013

Air Kosong @ Sky Juice

Yes, ini yang terpenting antara yang paling penting dalam supplement dan diet kita seharian. Dah makan banyak-banyak jenis supplement kita makan, confirm la minum air kosong pun kena banyak. Sekurang-kurangnya minum air kosong ni dalam 3-4 liter sehari untuk menyokong pemakanan supplement yang kita makan tu. Tak makan ubat-ubatan pun, minum air kosong pun kena banyak tau. Air kosong tu boleh membantu untuk meningkatkan metabolisme dalam tubuh badan kita. Metabolisme tu pulak adalah bertujuan untuk membantu kita membakar lemak dalam tubuh kita. Lagipun, minum air banyak tu boleh membuang toksin-toksin yang dah lama bersarang dalam badan.


Saya banyak baca tentang kebaikan air kosong ni dan antara faktor utama dalam proses pengurangan berat badan adalah dengan meminum air kosong dengan banyak dan mencukupi. Kalau boleh, dalam proses diet tu elakkan la minum minuman yang bergula...(kalau boleh la)..contoh minuman bergula, air tin (ramai dah tahu ni), air kopi susu, air teh tarik.....semua ada gula. Yelar, kalau boleh elakkan la minum minuman yang bergula ni yer supaya proses diet kita tak terbantut. Air kosong ni sedap apa....yummyyyyy!!

That's all for now..nanti update kan tentang benda lain pulak. Suka pulak menulis blog ni...macam-macam idea yang boleh diterjemahkan dalam penulisan. Dulu bercita-cita nak jadi pengacara..so boleh la bercakap macam-macam topik., tapi dah takde rezeki ke arah tu..nak wat camne..

*Eh, esok balik kampung...yeaaa!! Seronoknyaaaaa....balik kampung...ho ho ho balik kampung.....

Losyen Sejuta Khasiat Anugerah

Losyen Sejuta Khasiat Anugerah..losyen ni telah dibacakan 30 Juzuk Al-Quran. Jangan dilangkah losyen ni tau. Losyen ni ada 3 bauan, Green Apple, Aqua Fresh dan Sweet Floral. Saya suka Sweet Floral dan Green Apple. Bau Aqua Fresh bau lelaki sikit. Jadi tak berapa nak gemar. Kalau lelaki pakai ok la agaknya. Bau Green Apple pulak, bau hijau epal tu. Sedap tau bau dia. Then, bau Sweet Floral, bau manis-manis bunga camtu.

Sweet Floral (ini saya punya)

Green Apple

Aqua Fresh
Losyen Sejuta Khasiat Anugerah:
  • Mukjizat Keajaiban Al-Quran
  • Khasiat 7 Herba Tradisional
  • Tekstur Halus, Lembut Dan Tidak Melekit
Losyen ni takde la panas sangat. Tapi kan, bila kita keluar jogging atau pun buat senaman, korang pasti rasa kehangatannya. Dah la wangi, hangat lak tu. Jadi sesuai la kalau kita nak pakai kat opis atau keluar berjalan-jalan. Bukan sahaja losyen ni untuk 'kurus', tapi losyen ni jugak boleh pakai untuk sakit-sakit badan. Mana-mana tempat kat badan kita ni kalau rasa sakit-sakit tu, sapu jer. Dalam kita sapu tu, kita selawat la. InsyaAllah, tempat kita yang sakit tu akan ok. InsyaAllah....kita hanya berusaha, selebihnya kita serah pada Allah swt.

Monday, January 21, 2013

Tabita Skin Care

Penjagaan wajah saya ialah Tabita Skin Care. Skincare yang berasal dari Indonesia. Saya ambik stok pun dari Indonesia. Atleast, dapat gak untuk buat jual-jual sesape yang nak produk Tabita ni. Alhamdulillah semenjak saya pakai Tabita ni, jerawat kat muka saya dah takde. Kalau dulu, penuh je muka ni ngan jerawat halus (ada orang panggil jerawat pasir gak ni)..nak kena pakai foundation tebal-tebal baru muka tak nampak jerawat tu. Ish...malunya. Pastu orang asyik tegur jer muka ni...dah besar panjang tapi tak reti nak jaga..tapi sekarang, siap ada orang puji dan tanya saya pakai produk apa sampai kulit jadi begitu gebu dan halus. Dah la makan Vitamin C, pakai lagi Tabita...memang hasil berganda-ganda la kan... *blushing*

Ok, Tabita Skincare ni ada 2 set jer k. Kalau ada yang jual trial tu, bukan la palsu...tapi dorang repack dalam bekas-bekas kecik..tu jer...tapi saya syorkan baiklah kiranya beli jer set terus. Set yang Tabita ada ialah Set Regular dan Set Eksklusif. Perbezaan set-set ini ialah pada krim siang dan krim malam nya. Krim siang dan krim malam Set Eksklusif lebih besar dan lebih banyak daripada Set Regular. Set Regular boleh bertahan dalam 3 bulan. Manakala Set Eksklusif bertahan dalam 5-6 bulan. Semuanya bergantung berapa besar muka kita ni yer...heee...saya pakai yang Set Regular. Yup, memang boleh tahan sampai 3 bulan. Ngam-ngam 3 bulan yer. Dalam kedua-dua set tu ada Pencuci Muka, Toner (Smooth Lotion), Krim Siang dan Krim Malam.


Pengalaman Sendiri: Mula-mula pakai Tabita adalah sangat teruja yer. Hari pertama pakai ok lagi..tak nampak perubahan. Hari kedua pun sama gak, tapi dah rasa tegang sikit. Hari ketiga dah mula rasa dah pedihnya. Proses pengelupasan la tu kot. Oh yer, semenjak dari hari pertama pakai tabita ni sehingga minggu kedua pakai tabita, saya tak pakai bedak langsung. Kalau pergi kerja, muka kosong hanya krim siang, eyeliner dan lipstik sahaja. 2 minggu saya bertahan begitu.

Pengelupasan tu dalam seminggu jer rasanya..minggu kedua proses healing. Proses pembaikan. Memang ada rasa pedih. Bulan pertama memang muka akan merah-merah macam kena bakar. Tahan la telinga orang asyik tanya, apsal muka merah, apsal macam hangus...kebalkan diri dan mental. Tapi sekarang, alhamdulillah bulan ketiga saya pakai Tabita ni, muka saya dah takde dah merah-merah tu lagi. Dah neutral balik macam dulu-dulu. For now, saya hanya maintain jer la pakai produk tu. So, pada sesape yang baru nak try Tabita, siapkan mental yer...dari pertanyaan, pedih bila time ngelupas, pedih bila tengah cuci, pedih bila pakai toner dia. Jangan give-up, bertahan sampai produk tu habis. InsyaAllah hasil berbaloi-baloi.

Nak order Tabita Skincare dengan harga terbaik, silalah emel saya misz_minie@yahoo.com. Tapi, tak bukak order sekarang. Sekarang close order, sebab barang takde lagi. Akan buka order Tabita bulan Mac 2013. InsyaAllah.

Felinna Inch Loss Lotion & Felinna Vitamin C Plus Pure Collagen

Felinna? Kenal tak? Siapa dia? Eh..eh...bukan..bukan...sebenarnya dia pengasas kepada losyen yang saya pakai sekarang ni. Felinna Inch Loss Lotion, siapa yang tak tau. Losyen ni dah glamour tahap gaban. Sekarang pun saya dah jual jugak losyen ni atas sebab keberkesanan losyen tersebut. Losyen ni tak la panas sangat, rasanya hangat-hangat dingin jer. Badan lebih rasa ringan lepas pakai losyen ni. Inci kat badan ni pun dah makin berkurang. Dulu perut saya agak 'buncit'...erghhh..malunya nak cakap...sekarang Alhamdulillah, tak 'buncit' sangat dah...syukur sangat-sangat. Lepas tu kan, peha saya pun nampak kecik dari dulu. Seluar jeans dulu yang saya tak boleh nak masuk, ketat sesangat, sekarang dah ok.. dah boleh masuk...dah nampak shape kaki tu..best kan???!!

Ok, kepada sesape yang tengah mengandung ke, tengah menyusukan anak, boleh jer pakai losyen Felinna ni. Tapi, dengan syarat......jangan sapu kat perut or kat pinggang ye...carik nahas la namanya tu..kalau nak pakai, sapu la kat peha ke....lengan ke...betis ke...asalkan jangan kat perut or pinggang ok...

By the way, kalau nak order or nak cuba losyen ni, cer kontek saya misz_minie@yahoo.com. InsyaAllah saya bagi harga terbaik dari ladang k...


Oh yer, testimoni pasal Vitamin C Plus Pure Collagen pulak. Alhamdulillah, kulit makin cerah menawan. Yer, saya memang dah cerah dan putih sedia ada, di wajah la. Kat badan hanya diri ni je yang tahu. Vitamin C ni bukan untuk kulit muka je tau, tapi untuk seluruh badan. Lagi satu, dia ada Pure Collagen. So, tak payah nak masak sendiri collagen yang original tu, buat air ke apa ke...yang ni memang terus dalam kapsul tu. Kita telan je la..sepatutnya ikut dia punya instructions makan 2 biji sehari, tapi saya makan 1 biji jer sehari. Kulit saya pun bukannya bermasalah sangat, lain la kalau kulit tu memang ada masalah yang agak teruk, kena la makan 2 biji sehari untuk dapat hasil yang memuaskan. Ada kawan saya yang makan 2 biji sehari tau. Kulit dia sebelum ni agak kusam dan ada eyebag...tapi setelah sebulan tak jumpa, then baru-baru ni jumpa dia lepas makan Vitamin C tu, sungguh terkejut tengok muka dia agak berbeza dari dulu. Kulit dia cantik, eyebag pun dah takde. Dah la dia memang kulit cerah, hari tu jumpa makin cerah saya tengok.

Jadi, sesape nak try Felinna Vitamin C Plus Pure Collagen..cubalah try...nak dapatkan dari saya pun boleh...emel je misz_minie@yahoo.com.

Peringatan: Kalau dah pakai macam-macam ni, silalah jaga juga pemakanan anda. Kalau tak jaga makan, pakai apa pun takkan jadi. Minum air kosong kena banyak tau. Itu jer....

Ok, done for Testimonial for Felinna Beauty. Will update soon with other products!

Thursday, January 17, 2013

Shaklee Dietary Supplement

Ok, post hari ini nak citer seperti apa yang dijanjikan. Saya mulakan dengan produk Shaklee. Saya amik 4 produk Shaklee, iaitu..... Energizing Soy Protein (ESP), Soy Lecithin, Alfalfa Complex dan Cinch Shake Mix.

1. Energizing Soy Protein (ESP)
Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
      rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada
      keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian
      menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
      kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
      Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
      di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
      proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


* PENGALAMAN SENDIRI: Rasa ESP ni ok, boleh masuk tekak saya. Rasa ala-ala susu soya tu. Mula-mula minum dulu, saya suka campurkan ESP ni dengan milo. Tapi tak banyak la. Dalam satu sudu kecil tu. Tapi sekarang, dah tak perlu dah nak campur milo or apa-apa je untuk menambahkan rasa. Saya hanya campur air suam dan ESP ni, lepas tu shake it. Then, terus minum. Lagi satu, bila minum ni akan rasa kenyang. Betul ni, saya tak tipu. Sebab tu, kalau dinner saya tak makan malam, saya hanya minum ESP ni jer. Sebab aim nak turunkan berat badan, jadi saya rasa sangat ok! 

2. Soy Lecithin


Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf.  Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.

Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi  daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* PENGALAMAN SENDIRI: Bentuk dia macam gel kapsul gitu. Bau agak kurang menyenangkan. Tapi bila dah masuk dalam mulut, rasa manis pulak. Makan 6 biji sehari, 2 biji pagi, 2 biji tengahari dan 2 biji malam. Lecithin ni untuk membakar lemak dalam badan kita. Itu fungsi yang saya paling ingat dan kebanyakan saya baca dalam blog-blog. Kan nak turunkan berat badan, mestilah itu yang paling diingati...

3. Alfalfa Complex

Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil 
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
•    Sumber semulajadi alfalfa.
•    Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air 
      sebagai minuman herba semulajadi.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


* PENGALAMAN SENDIRI: Pil alfalfa ni halus jer. Senang nak telan, bau ala-ala herba camtu. Warna hijau. Lepas tu, kalau kita tak minum air dengan mencukupi, kemungkinan besar, bila kita buang air kecil, air buangan kita tu akan menjadi warna kehijau-hijauan. Jadi, silalah minum air kosong dengan secukupnya supaya air kecil kita tu menjadi warna yang neutral. Saya makan 3 biji sahaja sehari. 2 biji pagi, 1 biji malam. Pil alfalfa ni untuk detox, buang apa yang tak patut dalam badan kita. Sebab tu la, kalau makan lecithin, makan la jugak alfalfa ni. Lecithin tu untuk membakar lemak, pastu untuk membuang apa yang tak patut dalam badan, makan la alfalfa. 

4. Cinch Mix Shake


Campuran Proprietari Protein dengan Leusina
•    Bebas Laktos
•    Rendah glisemik
•    Soya Bukan-GMO 

Cinch™ Shakes sangat enak dan merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat badan. 
•    Diperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa
      anda menurunkan berat badan
•    Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang 
      dan puas
•    Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

* PENGALAMAN SENDIRI: Rasa air ni, sedap la....saya ambik Cinch Shake Mix perisa Coklat. Sedap! Tapi harga agak berapi la untuk Cinch Mix Shake ni. Tapi kan, rasa dia sedap. Saya tak campur pun dengan susu ke, juice ke..saya campurkan air suam jer, lepas tu shake la sekuat hati sampai terjadinya buih-buih tu. Buih-buih lepas shake tu yang buat sedap tu. Kalau takde bebuih tu, saya rasa macam tak best je nak minum. Nama pun shake kannnn...eh, satu lagi, Cinch Shake Mix ni minum sekali sehari jer, 2 scope jer untuk sehari. Perut dah rasa kenyang. Saya suka minum Cinch Shake Mix ni sebelum saya bersukan (jogging or futsal). Perut memang rasa selesa. Apa-apapun saya suka Cinch Shake Mix!!

Itu sahaja buat masa sekarang, esok-esok saya cerita lagi tentang supplement lain yang saya amalkan. Orait...bubye!


Wednesday, January 16, 2013

Buat Muka KIUT!

Fesyen takde kerja. Marilah kita bergambar dengan wajah yang agak tak senonohnya dan perasan kiutnya. Siapa yang meluat, maafkan saya. Layan jer la......




Berat Badan Saya Telah Menurun Lagi

Wah! Title post tak boleh blah. Eh, betul la..pagi ni saya timbang berat badan, dan saya sangat happy, berat badan saya telah menurun sebanyak 1kg....dari 61kg ke 60kg. Alhamdulillah...disebabkan rasa happy ni sampai melompat-lompat keriangan, terus saya mengupdate blog tanpa segan silu nya. Ada orang cakap, 1kg jer ponnnnnnyeeeerrr....eh, nak turun 1kg tu bagi insan bernama MARINI FAIRUZ adalah sesuatu yang sangat sukar yer walaupun kontrol pemakanan, sebab saya memang susah sangat nak turun berat badan.

Jadi, lepas ni teruskan supplement, minum air dengan banyak atleast 3 liter dannnnnnn untuk kesan lebih cepat, jangan lupa senaman atleast 20minit 3 kali seminggu. Tapi disebabkan saya jenis susah nak turun berat badan, saya joging or futsal lebih kurang 45 minit sehari, 3-4 kali seminggu.

Turun berat badan tu biar selamat walaupun sangat slowwww...dari ada orang ckp ikut diet ni, makan benda ni, turun 5kg seminggu. Tu memang bohong lerrrr....diet tak sihat or maybe orang tu tak makan langsung, minum air jer. Mana nak datang khasiat lain. Yang datang hanya penyakit. Fikir-fikirkanlah...

*eh, janji nak post tentang supplement yang saya makan satu-satu...maaf yer, excited terlebih, so kita dulukan apa yang sepatutnya. Oh! Happynyaaaa!!

Tuesday, January 15, 2013

Air Asia Free Seat Lagi!!!

Free Seat Air Asia 2013

Ok, Air Asia dah buat sekali lagi promosi Free Seat. Jom ramai-ramai serbu dan membuatkan website tu terus 'hang' or 'jammed'....hahaa...pagi tadi saya bukak website ni, smooth jer. Takde sangkut-sangkut. Dan kebanyakan seat masih lagi free. Seperti yang diketahui, seat sahaja yang free yer. Tax & bahan api masih lagi kena ditanggung oleh sesiapa yang duduk dalam seat tersebut. Tadi macam nak beli jer tiket ke Bandung, tapi mengenangkan diri ini tak tau dapat pergi ke tak, jadi tangguhkan la dulu pembelian tiket tersebut. Oh ruginya!! Masa mula-mula pilih tadi dalam pukul 8-9 pagi, memang ngam masa yang dipilih tu. Ngam dari segi tarikh dan ongkosnya. Tapi, bila dah check balik dalam pukul 11 pagi, tarikh dan ongkos yang saya pilih mula-mula tadi terus tak jadi ngam. Harga naik mendadak berkali-kali ganda. Takpe la, nak wat camne, memang dah gitu Air Asia punya stail.

*Next post nak citer pasal supplement yang saya makan dan pakai satu-satu yer.

Monday, January 14, 2013

Rahsiaku: Supplement dan Diet

"Eh, apa yang ko makan ni? nampak slim jer aku tengok...muka pun nampak glowing semacam jer..nak kawen ek?"....hahaha....itulah soalan orang tanya kat saya. Jawapan saya ialah "mana ada, pandai jer ko ni...aku makan supplement la...jaga pemakanan..minum air kosong banyak-banyak dannnnnn kena ada exercise sikit-sikit"...

Pastu, sipulan bertanya lagi...."ko makan supplement apa?? story la ckit.." Dalam hati berkata-kata, Hepp!! ada hati jugak dia ni....hahaha....yelar, saya story satu-satu ok!

Nak tau apa saya makan dan apa yang saya pakai untuk muka glowing, kulit cantik dan badan slim. Meh, nak citer sikit. Dengar baik-baik tau...eh salah, baca dengan teliti tau....

Ada 5 produk untuk saya menjadi seperti apa yang sipulan katakan tadi. Produk tersebut ialah Shaklee, Felinna,  Tabita, Anugerah  dan AIR KOSONG (kena highlight, bold dan caps lock menandakan ia adalah yang paling penting dalam proses diet yang kita lakukan). Ok, maybe ada yang mengatakan "eleh, kalau dah exercise dan jaga pemakanan, memang la kurus.." Yer, memang begitu yer. Tetapi, Supplement tu adalah sebenarnya membantu mempercepatkan pembakaran lemak dan pembuangan kalori dalam badan kita. Sebagai contohnya, macam minyak pelincir la untuk kereta. Gitu la rupanya.

Now, nak story satu-satu tentang produk tersebut. Mana tau ada yang dapat inspirasi melalui penceritaan saya ni..hekhek (macam ada orang nak baca je ko melalut sorang-sorang ni..)

1. Shaklee


Shaklee ni adalah makanan supplement terbaik yang pernah saya makan. Untuk Dietary Supplement saya amalkan ESP (Soy Protein Isolate Powder), Lecithin, Alfalfa Complex dan Cinch Shake Mix. Harga untuk semua ni dalam lingkungan tak lebih dari RM350. Harga memang kaw untuk set permulaan, tapi nak buat camne..nak turun berat badan kena la labur sikit. "Eh, nak kena spend RM300 sebulan untuk benda ni, mahal la.." Yer, memang mahal.. Tapi kannnn....jangan risau, semua ni kita tak spend setiap bulan. Sebab ada yang tahan lebih dari sebulan. Dan tak semua produk ni kena beli. Semuanya ikut bajet masing-masing. Kalau tak nak Cinch Shake tu takpe. Its ok..boleh jer amik 3 produk yang lain tu. Semua bergantung dengan keperluan dan yang paling penting duit masing-masing.

2. Felinna

Ok, Felinna...produk yang sangat-sangat hot sekarang ok! Serius HOT! Macam unggun api..thewww! Tapi memang betul, memang sangat panas sekarang ni. Seriusli, saya memang tak percaya pada mulanya, tapi lepas saya sendiri pakai inch loss lotion dan memakan vitamin-c Felinna, saya terus terpesona dengan hasilnya. Bukan cakap kosong yer, kena cuba baru tau. Saya tak bohong. Yang penting ialah kena disiplin dan pemakaian yang teratur. Bukan kejap sapu, kejap tak sapu, kejap makan, kejap tak makan. Kalau gitu la caranya, memang sampai bila-bila dan pakai apa pun takkan ada perubahan. Saya dah boleh pakai baju kurung moden yang dulunya saya pakai ketat kat punggung, tapi sekarang dah tak ketat. Saya dah pakai inch loss lotion Felinna tak sampai sebulan pun lagi. Vitamin C Felinna pulak saya baru makan 2 minggu, dah nampak perubahan yang ketara, wajah saya semakin glowing..."ko putih, memang la nampak glow"..itu orang cakap...eh, itu tanggapan salah yer...putih tak semestinya glow...glowing ni ala-ala bercahaya gitu..

*eh, ada yang nak try Felinna tak?

3. Tabita

Tabita Skin Care. Asal dari Indonesia. Ya mbak-mbak sekalian, mari la cobain Tabita.. edehh....macam pandai cakap Indonesia jer, tapi haram tak reti. Ini pun skincare terbaik dari Indonesia. Tabita ni buat muka kita cerah dan kurang dihinggap jerawat (eh, betul ke ayat ni), belasah jer la...Muka saya jenis yang berjerawat pasir, pastu kalau time nak naik bendera merah, memang bermaharajalela la jerawat ni di wajah ni. Tapi, lepas pakai tabita, alhamdulillah syukur wajah dah takde jerawat. Nak tengok gambar? kat tepi tu kan ada..gambar sebelum takde, sebab dulu suka pakai foundation tebal-tebal supaya tak nampak jerawat halus kat muka. Tapi sekarang, dah pakai nipis je compact powder..Oh! Happynyaaaa!!!! Bulan pertama pakai memang nampak muka merah-merah dan mengelupas memang tak boleh nak elak. Asyik kena tanya "apsal muka ko merah, ko pegi berjemur kat mana semalam?"...haha...saya jawab, "aah, aku g pantai supaya kulit jadi lebih gelap..." cet, apa jadahnya nak gelapkan kulit yang sedia ada putih ni..alhamdulillah..

*oh yer, sape-sape nak order Tabita ni direct dari Indonesia, boleh contact saya..harga special sape yang pre-order...tapi tunggu bulan April 2013 la ek...saya g Jakarta time tu nak amik stok untuk diri sendiri...hehe...

4. Anugerah


Lotion Sejuta Khasiat Anugerah. Lotion yang telah dibaca 30 Juzuk Al-Quran. Jangan dilangkah ok. Itulah pesanan apabila beli lotion ni. Lotion ni sebenarnya ada 3 warna packaging nya...Biru (Aqua Fresh), Pink (Sweet Floral) dan Hijau (Green Apple). Saya punya pink kaler. Sebab? saya suka kaler pink...hahaha...jawapan standard. Bau dia pun sweet jugak la...dia tak la sepanas lotion mustajab, tapi boleh jadi panas bila kita keluar joging, or buat kerja-kerja rumah. Time tu, memang akan terasa kehangatannya. Harga? murah jer..untuk Hijau, harganya (SM: RM26, SS: RM32), untuk Pink dan Biru, harganya (SM: RM28, SS: RM34).

* Nak harga lebih murah?? contact saya ok...

5. Air Kosong

Haaaa!!! Ini supplement yang paling murah...AIR KOSONG. Apa-apapun supplement yang kita makan atau amalkan, yang paling penting ialah Air Kosong. At least kena minum setiap hari ialah 3 Liter. Jadi jangan lupakan air kosong yang banyak sangat membantu untuk meningkatkan metabolisme dan menjadi agen pembakaran lemak bila kita bersukan. Dulu saya memang jarang dan tak suka minum air kosong, tapi sekarang alhamdulillah saya dah semakin meminati dan mencintai air kosong. Tanpa air kosong, kosong jua lah hidup ini...aiseymennnn.....tapi diingat, bukan air kosong sejuk yer....air kosong yang suhunya biasa-biasa jer...air panas ok, asal jangan air sejuk.

Orait, penat dah tangan ni menaip. Harap dengan info ni, bolehlah membantu sesiapa sahaja untuk men'diet'kan diri. So, sesiapa jer yang ada soalan mengenai supplement-supplement yang saya makan ni, silalah merajinkan diri meng'emel ke diri ini di misz_minie@yahoo.com. Kalau ada yang saya boleh bantu, saya akan bantu dengan sedaya upaya saya.

Wednesday, January 9, 2013

Air Asia FREE SEAT

Terlepas sudah FREE SEAT untuk air asia kali ni...uhh!! peras! bukan peras ugut k..tapi FRUST daaa....takde rezeki la agaknya tu. Bagi FREE SEAT pun hanya 10,000 jer. Untuk menampung seluruh warganegara Malaysia yang suka travelling ke sana ke mari memang tak mampu dan tak cukup la...Takpe, next time mesti ada lagi tu. Sabar je la menunggu. Lagipun, lagi 2 minggu saya nak balik Bintulu....yipppiieee!! hip hip horray....oh! sungguh tak sabarnya..siyes..siyes tak sabar ok! haha..

Ini haa poster or banner untuk FREE SEAT yang dah terlepas.. bukan terlepas tapi tak mampu nak support penduduk Malaysia.


Ok, sesape yang tak usha lagi, sila la usha..mana tau dapat lagi yang dalam rangkuman 10,000 seat tu...memang bertuah la sape yang dapat seat tu yer...

Tuesday, January 8, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013 @ HAPPY NEW YEAR 2013

2013, ada perbezaan tak dengan 2012? Itu pertanyaan yang perlu ada setiap tahun. Azam? ermmm...pikir dulu nak azam apa...kalau azam sahaja, tanpa usaha..memang takde gunanya azam awal tahun. Masuk tahun baru, azam baru...masuk tahun baru hijrah pun ada azam gak...nasib baik masuk tahun baru cina takde azam. Kalau tak, azam hanya tinggal azam dan kenangan....

Azam saya hanya nak kurangkan berat badan...berat sekarang 61 kg...berbanding dengan berat pada bulan Disember 2012 ialah 64kg..Alhamdulillah dengan kawalan pemakanan seharian, lepas tu pemakanan supplement dan jangan lupa senaman aka exercise itulah penyebab kekurangan berat badan tersebut. Dulu main bedal jer nak makan apa, tapi sekarang semua kena kontrol, kena tengok jumlah karbo berapa dan yang paling penting tengok kalori setiap makanan yang kita makan. Target untuk berat badan ialah 55kg

Jadi, buat la sehabis baik supaya mendapat target yang diinginkan. Ingat ok, 55kg mesti dapat tahun 2013. Biar lambat asal selamat!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...