Pages

Klik kat bawah ni, tawaran Menarik Tertarik Da Bomb!!!

Brownies

Cheese Cake

Cupcakes

Butter Cake

Wednesday, January 23, 2013

Balik Kampung aka Balik Bintulu

Yeaaa!!! Balik kampung!! Lupakan kisah sedih itu. Mulakan hidup baru. Chewah! Macam perit sangat kisah hidup ko tu...cet!! Just think positively, ok! Tak dapat sambung belajar bukan bermaksud kita tak dapat capai apa yang kita nak...mungkin ada orang lain yang lebih memerlukan. Ok..Ok...tak nak dah fikir dah. Perlu pandang ke hadapan...

Eh, hari ni saya balik Bintulu. Jumpa mak ayah, kaum keluarga, sahabat handai di sana...ooohhh seronoknya. Hati ni dah takde kat tempat kerja, walaupun hari ni kerja separuh hari sahaja. Lunch hour kang, blah la...hekhek...flight petang jam 5.05pm. Jadi, kena bersiap sedia lebih awal. Biasalah AirAsia tu, kalau lambat sampai airport nak check-in barang tu, makin lambat la kita dibuatnya. Buat hati panas jer...So pergi la awal untuk mengelak hati panas dan kelambatan untuk check-in. Hati berdebar-debar jer bila dah rasa pintu check-in tu nak tutup... 

Saya dah check-in, dua hari yang lepas. Takut tak sempat dan lupa untuk check-in online. Kalau tak check-in online, alamatnya sediakan RM10 untuk check-in di kaunter. Dah pernah kena dua kali, atas kelekaan dan kecuaian diri sendiri, kena keluarkan RM10 untuk check-in tu...

My Boarding Pass

Ole-ole??? Of course la ada....tak banyak tapiiiiiiiii beg tarik tu boleh cecah 20kg...entah apa-apa la diletak dalam beg tu. Tak termasuk yang kat tangan lagi, ish...ish...melampau-lampau..rasa rugi kalau tak bawak banyak barang kalau sesekali balik kampung ni.

Gardenia mesti punya bawak balik, kat Sarawak mana ada kilang Gardenia ni. Pastu Keropok Abah, special dari Johor. Takkan jumpa kat mana-mana....

Planet Popcorn (adik-adik suka makan ni, tu yang bawak), Garretts Popcorn (first time bawak balik, tak boleh bawak banyak-banyak, mahal tu)... Kerepek Pisang Manis (Ole-Ole dari Bandung) tapi beli kat Jalan TAR

Ok, dah siap sedia nak mem'blah'kan diri...jam sekarang dah pukul 12 tengahari. Nak g makan dulu, sambil tu ayah siap pesan belikan dia Satey Kajang..so nanti nak singgah jap membeli Satay tu...sampai Bintulu insyaAllah update lagi...assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...