Pages

Klik kat bawah ni, tawaran Menarik Tertarik Da Bomb!!!

Brownies

Cheese Cake

Cupcakes

Butter Cake

Monday, January 14, 2013

Rahsiaku: Supplement dan Diet

"Eh, apa yang ko makan ni? nampak slim jer aku tengok...muka pun nampak glowing semacam jer..nak kawen ek?"....hahaha....itulah soalan orang tanya kat saya. Jawapan saya ialah "mana ada, pandai jer ko ni...aku makan supplement la...jaga pemakanan..minum air kosong banyak-banyak dannnnnn kena ada exercise sikit-sikit"...

Pastu, sipulan bertanya lagi...."ko makan supplement apa?? story la ckit.." Dalam hati berkata-kata, Hepp!! ada hati jugak dia ni....hahaha....yelar, saya story satu-satu ok!

Nak tau apa saya makan dan apa yang saya pakai untuk muka glowing, kulit cantik dan badan slim. Meh, nak citer sikit. Dengar baik-baik tau...eh salah, baca dengan teliti tau....

Ada 5 produk untuk saya menjadi seperti apa yang sipulan katakan tadi. Produk tersebut ialah Shaklee, Felinna,  Tabita, Anugerah  dan AIR KOSONG (kena highlight, bold dan caps lock menandakan ia adalah yang paling penting dalam proses diet yang kita lakukan). Ok, maybe ada yang mengatakan "eleh, kalau dah exercise dan jaga pemakanan, memang la kurus.." Yer, memang begitu yer. Tetapi, Supplement tu adalah sebenarnya membantu mempercepatkan pembakaran lemak dan pembuangan kalori dalam badan kita. Sebagai contohnya, macam minyak pelincir la untuk kereta. Gitu la rupanya.

Now, nak story satu-satu tentang produk tersebut. Mana tau ada yang dapat inspirasi melalui penceritaan saya ni..hekhek (macam ada orang nak baca je ko melalut sorang-sorang ni..)

1. Shaklee


Shaklee ni adalah makanan supplement terbaik yang pernah saya makan. Untuk Dietary Supplement saya amalkan ESP (Soy Protein Isolate Powder), Lecithin, Alfalfa Complex dan Cinch Shake Mix. Harga untuk semua ni dalam lingkungan tak lebih dari RM350. Harga memang kaw untuk set permulaan, tapi nak buat camne..nak turun berat badan kena la labur sikit. "Eh, nak kena spend RM300 sebulan untuk benda ni, mahal la.." Yer, memang mahal.. Tapi kannnn....jangan risau, semua ni kita tak spend setiap bulan. Sebab ada yang tahan lebih dari sebulan. Dan tak semua produk ni kena beli. Semuanya ikut bajet masing-masing. Kalau tak nak Cinch Shake tu takpe. Its ok..boleh jer amik 3 produk yang lain tu. Semua bergantung dengan keperluan dan yang paling penting duit masing-masing.

2. Felinna

Ok, Felinna...produk yang sangat-sangat hot sekarang ok! Serius HOT! Macam unggun api..thewww! Tapi memang betul, memang sangat panas sekarang ni. Seriusli, saya memang tak percaya pada mulanya, tapi lepas saya sendiri pakai inch loss lotion dan memakan vitamin-c Felinna, saya terus terpesona dengan hasilnya. Bukan cakap kosong yer, kena cuba baru tau. Saya tak bohong. Yang penting ialah kena disiplin dan pemakaian yang teratur. Bukan kejap sapu, kejap tak sapu, kejap makan, kejap tak makan. Kalau gitu la caranya, memang sampai bila-bila dan pakai apa pun takkan ada perubahan. Saya dah boleh pakai baju kurung moden yang dulunya saya pakai ketat kat punggung, tapi sekarang dah tak ketat. Saya dah pakai inch loss lotion Felinna tak sampai sebulan pun lagi. Vitamin C Felinna pulak saya baru makan 2 minggu, dah nampak perubahan yang ketara, wajah saya semakin glowing..."ko putih, memang la nampak glow"..itu orang cakap...eh, itu tanggapan salah yer...putih tak semestinya glow...glowing ni ala-ala bercahaya gitu..

*eh, ada yang nak try Felinna tak?

3. Tabita

Tabita Skin Care. Asal dari Indonesia. Ya mbak-mbak sekalian, mari la cobain Tabita.. edehh....macam pandai cakap Indonesia jer, tapi haram tak reti. Ini pun skincare terbaik dari Indonesia. Tabita ni buat muka kita cerah dan kurang dihinggap jerawat (eh, betul ke ayat ni), belasah jer la...Muka saya jenis yang berjerawat pasir, pastu kalau time nak naik bendera merah, memang bermaharajalela la jerawat ni di wajah ni. Tapi, lepas pakai tabita, alhamdulillah syukur wajah dah takde jerawat. Nak tengok gambar? kat tepi tu kan ada..gambar sebelum takde, sebab dulu suka pakai foundation tebal-tebal supaya tak nampak jerawat halus kat muka. Tapi sekarang, dah pakai nipis je compact powder..Oh! Happynyaaaa!!!! Bulan pertama pakai memang nampak muka merah-merah dan mengelupas memang tak boleh nak elak. Asyik kena tanya "apsal muka ko merah, ko pegi berjemur kat mana semalam?"...haha...saya jawab, "aah, aku g pantai supaya kulit jadi lebih gelap..." cet, apa jadahnya nak gelapkan kulit yang sedia ada putih ni..alhamdulillah..

*oh yer, sape-sape nak order Tabita ni direct dari Indonesia, boleh contact saya..harga special sape yang pre-order...tapi tunggu bulan April 2013 la ek...saya g Jakarta time tu nak amik stok untuk diri sendiri...hehe...

4. Anugerah


Lotion Sejuta Khasiat Anugerah. Lotion yang telah dibaca 30 Juzuk Al-Quran. Jangan dilangkah ok. Itulah pesanan apabila beli lotion ni. Lotion ni sebenarnya ada 3 warna packaging nya...Biru (Aqua Fresh), Pink (Sweet Floral) dan Hijau (Green Apple). Saya punya pink kaler. Sebab? saya suka kaler pink...hahaha...jawapan standard. Bau dia pun sweet jugak la...dia tak la sepanas lotion mustajab, tapi boleh jadi panas bila kita keluar joging, or buat kerja-kerja rumah. Time tu, memang akan terasa kehangatannya. Harga? murah jer..untuk Hijau, harganya (SM: RM26, SS: RM32), untuk Pink dan Biru, harganya (SM: RM28, SS: RM34).

* Nak harga lebih murah?? contact saya ok...

5. Air Kosong

Haaaa!!! Ini supplement yang paling murah...AIR KOSONG. Apa-apapun supplement yang kita makan atau amalkan, yang paling penting ialah Air Kosong. At least kena minum setiap hari ialah 3 Liter. Jadi jangan lupakan air kosong yang banyak sangat membantu untuk meningkatkan metabolisme dan menjadi agen pembakaran lemak bila kita bersukan. Dulu saya memang jarang dan tak suka minum air kosong, tapi sekarang alhamdulillah saya dah semakin meminati dan mencintai air kosong. Tanpa air kosong, kosong jua lah hidup ini...aiseymennnn.....tapi diingat, bukan air kosong sejuk yer....air kosong yang suhunya biasa-biasa jer...air panas ok, asal jangan air sejuk.

Orait, penat dah tangan ni menaip. Harap dengan info ni, bolehlah membantu sesiapa sahaja untuk men'diet'kan diri. So, sesiapa jer yang ada soalan mengenai supplement-supplement yang saya makan ni, silalah merajinkan diri meng'emel ke diri ini di misz_minie@yahoo.com. Kalau ada yang saya boleh bantu, saya akan bantu dengan sedaya upaya saya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...