1. Energizing Soy Protein (ESP)
Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.
Shaklee ESP:
• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada
keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian
menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* PENGALAMAN SENDIRI: Rasa ESP ni ok, boleh masuk tekak saya. Rasa ala-ala susu soya tu. Mula-mula minum dulu, saya suka campurkan ESP ni dengan milo. Tapi tak banyak la. Dalam satu sudu kecil tu. Tapi sekarang, dah tak perlu dah nak campur milo or apa-apa je untuk menambahkan rasa. Saya hanya campur air suam dan ESP ni, lepas tu shake it. Then, terus minum. Lagi satu, bila minum ni akan rasa kenyang. Betul ni, saya tak tipu. Sebab tu, kalau dinner saya tak makan malam, saya hanya minum ESP ni jer. Sebab aim nak turunkan berat badan, jadi saya rasa sangat ok!
2. Soy Lecithin
Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.
Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* PENGALAMAN SENDIRI: Bentuk dia macam gel kapsul gitu. Bau agak kurang menyenangkan. Tapi bila dah masuk dalam mulut, rasa manis pulak. Makan 6 biji sehari, 2 biji pagi, 2 biji tengahari dan 2 biji malam. Lecithin ni untuk membakar lemak dalam badan kita. Itu fungsi yang saya paling ingat dan kebanyakan saya baca dalam blog-blog. Kan nak turunkan berat badan, mestilah itu yang paling diingati...
3. Alfalfa Complex
Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besiAlfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
• Sumber semulajadi alfalfa.
• Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air
sebagai minuman herba semulajadi.
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* PENGALAMAN SENDIRI: Pil alfalfa ni halus jer. Senang nak telan, bau ala-ala herba camtu. Warna hijau. Lepas tu, kalau kita tak minum air dengan mencukupi, kemungkinan besar, bila kita buang air kecil, air buangan kita tu akan menjadi warna kehijau-hijauan. Jadi, silalah minum air kosong dengan secukupnya supaya air kecil kita tu menjadi warna yang neutral. Saya makan 3 biji sahaja sehari. 2 biji pagi, 1 biji malam. Pil alfalfa ni untuk detox, buang apa yang tak patut dalam badan kita. Sebab tu la, kalau makan lecithin, makan la jugak alfalfa ni. Lecithin tu untuk membakar lemak, pastu untuk membuang apa yang tak patut dalam badan, makan la alfalfa.
4. Cinch Mix Shake
Campuran Proprietari Protein dengan Leusina
• Bebas Laktos• Rendah glisemik
• Soya Bukan-GMO
Cinch™ Shakes sangat enak dan merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat badan.
• Diperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa
anda menurunkan berat badan
• Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang
dan puas
• Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
* PENGALAMAN SENDIRI: Rasa air ni, sedap la....saya ambik Cinch Shake Mix perisa Coklat. Sedap! Tapi harga agak berapi la untuk Cinch Mix Shake ni. Tapi kan, rasa dia sedap. Saya tak campur pun dengan susu ke, juice ke..saya campurkan air suam jer, lepas tu shake la sekuat hati sampai terjadinya buih-buih tu. Buih-buih lepas shake tu yang buat sedap tu. Kalau takde bebuih tu, saya rasa macam tak best je nak minum. Nama pun shake kannnn...eh, satu lagi, Cinch Shake Mix ni minum sekali sehari jer, 2 scope jer untuk sehari. Perut dah rasa kenyang. Saya suka minum Cinch Shake Mix ni sebelum saya bersukan (jogging or futsal). Perut memang rasa selesa. Apa-apapun saya suka Cinch Shake Mix!!
Itu sahaja buat masa sekarang, esok-esok saya cerita lagi tentang supplement lain yang saya amalkan. Orait...bubye!
Credit: Shaklee Malaysia
No comments:
Post a Comment