Pages

Klik kat bawah ni, tawaran Menarik Tertarik Da Bomb!!!

Brownies

Cheese Cake

Cupcakes

Butter Cake

Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H / 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H. Saya berada di Bintulu, Sarawak. My kampung...oh so sweetnya berada di sini. Dengan udaranya yang berbeza dari KeyEll. Dengan orangnya yang dah kenal bertahun-tahun. Apatah lagi seronoknya berada disamping keluarga tersayang. Syukur Alhamdulillah......

Semalam touch down Bintulu Airport dalam pukul 7.05 malam. Mak ayah dah tunggu depan pintu balai ketibaan. Gembira hati tak terkira dapat melihat wajah kedua ibubapa yang dalam keadaan sihat walafiat hendaknya...syukur Ya Allah, kerana Engkau memberikan kesihatan yang baik kepada kedua ibubapaku. Semoga kesihatan yang baik ni akan berpanjangan hendaknya. Amin.

Perarakan Maulidur Rasul saya hanya dapat tonton dikaca televisyen sahaja. Tak dapat pun nak join. Sudah semestinya meriah. Kalau sambutan hari merdeka, tahun baru kita boleh meriahkan dengan suasana konsert, nyanyian, tarian....apa salahnya kira sambutan Maulidur Rasul, Hari Lahir Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya besar keberkatan dan rahmat kita berselawat keatas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Al-Fatihah untuk Nabi Muhammad s.a.w.

Credit Pic: Undomiel84
Sesungguhnya kami umatMu amat merinduiMu Ya Rasulullah.......semoga dipertemukan kita di akhirat kelak. Amin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...