Pages

Klik kat bawah ni, tawaran Menarik Tertarik Da Bomb!!!

Brownies

Cheese Cake

Cupcakes

Butter Cake

Sunday, March 24, 2013

Jangan Ada Alasan Untuk Menyusukan Bayi

Wah! Cuba baca betul-betul tajuk post untuk kali ini. Gerun tak?? Yelar..Rin selalu dengar macam-macam alasan ibu-ibu yang melahirkan bayi untuk tidak mahu menyusukan bayi mereka...antaranya ialah:
  • Susu tak keluar
  • Susu takde
  • Bayi tak reti nak hisap
  • Malas nak pam (kadang-kadang lebih rela membuang susu daripada pam untuk simpanan)
  • Sibuk
  • Tiada masa......etc....(banyak lagi alasan sebenarnya, tapi cukup la untuk beberapa alasan ini)
Rin sebenarnya sangat menyokong ibu-ibu memberikan susu ibu sebagai makanan utama untuk bayi terutamanya kepada bayi yang berumur 6 bulan ke bawah. Dalam zaman yang serba canggih sekarang ini, tiada alasan untuk ibu berkerjaya untuk memberikan susu ibu walaupun sesibuk mana sekalipun mereka. Rin respek dan kagum dengan ibu-ibu yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi untuk anak mereka mendapatkan khasiat susu ibu yang tiada dalam mana-mana susu formula yang ada di pasaran sekarang.

Bagi ibu-ibu yang berkerjaya, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk membekalkan atau membuat simpanan susu ibu di rumah untuk bekalan bayi mereka apabila mereka keluar bekerja. Antara tips yang boleh dijadikan amalan untuk ibu-ibu berkerjaya ialah:
  • Semangat kena kuat. Emosi seorang ibu boleh mempengaruhi jumlah susu yang dihasilkan.
  • Jangan kedekut yer nak beli breastpump. Itu adalah investment jangka masa panjang. Kalau henbeg branded kita boleh beli, takkan breastpump untuk bayi kita pun kedekut nak beli.
  • Belajar marmet (satu cara pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata-mata tanpa menggunakan sebarang alatan lain terutamanya pam)...sangat membantu dalam keadaan yang tertentu.
  • Wajib ada pump session...supaya penghasilan susu badan lebih teratur dan konsisten.
  • Memaksimumkan Direct Feeding...bila dah kat umah tu, kalau boleh terus bagi susu kepada bayi tanpa transfer ke mana-mana dah. Selain daripada kita rasa bonding antara anak dan ibu, kita boleh rasa yang breast betul-betul kosong.
  • Jangan lupa minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari untuk kelancaran susu yang diberikan kepada anak.
  • Makan vitamin untuk kecergasan diri dan membekalkan susu yang berkhasiat untuk bayi. Bukan sahaja ibu mendapat manfaat dari pemakanan vitamin tersebut, tetapi anak turut mendapat manfaat yang sama.
Ok, jom kita baca testimonial ibu-ibu berkerjaya yang telah berjaya dalam membekalkan susu ibu untuk bayi mereka sementara mereka keluar bekerja. Semuanya atas usaha sendiri dalam meningkatkan jumlah penghasilan bayi dan juga pemakanan vitamin demi menjamin susu yang dihasilkan lebih berkhasiat.





 Alhamdulillah......Vitamin Shaklee sangat membantu ibu-ibu memberikan makanan terbaik untuk anak-anak mereka. Antara yang boleh diamalkan dalam set Shaklee ialah Set B iaitu Set Penyusuan Asas yang terdiri daripada B Complex, VitaLea, Vita-C dan Alfalfa, dan juga Set C iaitu Set Berpantang yang terdiri daripada B Complex, Vita-C, VitaLea dan Zinc. Set C juga sangat sesuai bagi ibu yang bersalin secara pembedahan. Untuk nak tambah lebih ummpph pada susu ibu yang dihasilkan, boleh tambahkan ESP dalam set-set berkenaan. Pasti puas hati!


Harga Runcit SET B : RM288.75 (B Complex, Vita-C, Vitalea, Alfalfa)
Harga Runcit SET C : RM268.75 (B Complex, Vita-C, Vitalea, Zinc)

Aturan Makan:
VitaLea 1 Tab / Lunch
B Complex 1 Tab / Lunch
Alfalfa 3 Tab/ Lunch
Vita-C 1 Tab / Breakfast
Zinc 1 Tab / Breakfast


Mulakan Hari Anda Dengan Pengambilan Suplemen Untuk Kesihatan Sepanjang Hayat.



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...