Pages

Klik kat bawah ni, tawaran Menarik Tertarik Da Bomb!!!

Brownies

Cheese Cake

Cupcakes

Butter Cake

Saturday, February 23, 2013

Set Kecantikan Kulit Shaklee

"Jerawat!!! Oh tidak!!" Pasti setiap wanita ada dialog tersebut kalau tengok pagi-pagi bangun tidur, wajah ditumbuhi jerawat. Banyak penyebab kepada wajah berjerawat ni...antaranya ialah:
  • Kurang minum air kosong
  • Gemar makan makanan yang berminyak/bergoreng
  • Jarang cuci muka/Cuci muka tak bersih
  • Persekitaran yang kurang bersih
  • Pencuci muka yang tak sesuai
  • Kulit wajah yang sensitif
Jerawat ni boleh dirawat jika kita minum air kosong banyak (sekurang-kurangnya 2-3liter sehari), penjagaan wajah yang sempurna (cuci muka dengan bersih dan gunakan pencuci muka yang sesuai) dan pemakanan suplemen yang perlu untuk kulit wajah yang cantik.

Jika kulit sensitif dan mudah dihinggapi jerawat, adalah penting untuk kita mengamalkan suplemen secara Istiqamah supaya kita mendapat hasil yang optimum dan maksimum.


Antara suplemen dari Shaklee yang kita boleh amalkan ialah B Complex, Vita-C dan Vita-E Complex. Dan ia lebih dikenali sebagai SET D. Jom kita lihat satu-persatu fungsi vitamin tersebut.

B COMPLEX
Menyebabkan kulit wajah nampak glowing dan cantik berseri

SUSTAINED RELEASE VITA-C
Memberikan kolagen kepada kulit anda untuk kulit yang sihat dan ketegangan kulit. Kulit wajah akan nampak lebih cerah dengan pengamalan Vita-C secara konsisten.

VITA-E COMPLEX
Vitamin yang paling penting untuk kulit. Memperbaiki struktur asas kulit, mengatasi kulit berjerawat, kulit kering, kulit berminyak dan kulit berparut.


** Selain daripada itu, jika bajet anda lebih, anda boleh menambahkan dua lagi produk dari Shaklee untuk diamalkan bersama-sama Set D ni, iaitu Herb-Lax dan ESP. Sekarang, kita lihat apa pula fungsi kedua-dua produk ini untuk kesihatan kulit yang cantik.

HERB-LAX
Ia berfungsi sebagai detoks untuk tubuh badan. Kebanyakan punca utama jerawat dan masalah kulit yang lain ialah disebabkan tubuh badan kita banyak toksin. Jadi, untuk membuang toksin dalam badan, cadangan adalah dengan mengamalkan Herb-Lax. Dah kurangkan toksin dari badan, barulah senang untuk vitamin lain menyerap masuk dalam kulit kita.
ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
Suplemen asas untuk bina sel. Bila sel tumbuh baru dengan baik dan sempurna, ini dapat menyingkirkan sel mati pada wajah. Pengambilan ESP ni sangat-sangat membantu dalam mendapatkan kesan yang lebih cepat dan menakjubkan.


Mulakan Hari Anda Dengan Pengambilan Suplemen Untuk Kesihatan Sepanjang Hayat.

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...