Pages

Klik kat bawah ni, tawaran Menarik Tertarik Da Bomb!!!

Brownies

Cheese Cake

Cupcakes

Butter Cake

Sunday, February 10, 2013

Lindungi Hati Dengan DTX Complex

Ok, yang ni bukan ubat untuk sakit hati ke, hati tercalar ke, busuk hati ke.....tapi ini adalah formulasi unik bagi menyokong kesihatan hati. Kesihatan organ dalaman perlu diambil berat semakin usia meningkat.

Hati ialah organ terbesar dalam tubuh badan manusia. Ia boleh memperbaiki organnya sendiri. Tetapi, pengambilan alkohol boleh merosakkan hati. Hati boleh dianggap sebagai Industri Pemprosesan dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritikan untuk membaiki.

Jom, kita baca dan fahami apa sebenarnya DTX Complex



Perbezaan DTX Complex Shaklee
  • Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam DTX Complex Shakle; ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati.
  • DTX Complex Shaklee mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin.
  • Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan sintifik, ekstrak daripada Schizandra dan Cendawan Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)
Formulasi yang dipatenkan untuk DTX Complex

1. Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel (Milk Thistle Seed)
  • Proses ekstrak ini mendapatkan 80% silymarin - kaya dengan bahan antioksida
  • Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia
  • Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
  • Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
  • Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
  • Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema
2. Articok (Artichoke)
  • Membina semula sel-sel hati
  • Merangsang pengaliran hempedu
3. Dandelion
  • Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakkan hati (hepatitis) dan jaundice
  • Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu; membantu mencegah batu karang
  • Membantu merawat endometriosis. Bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit
  • Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi - melawan anemia
  • Melawan tumor dan kanser
  • Merendahkan paras gula dalam darah. Baik juga untuk masalah kekembungan dan lebihan air
4. Kunyit
  • Mengandungi Curcumin : bahan anti-oksida
  • Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan
  • Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV
5. Cendawan Reishi (Ling Zhi)
  • Membina imun - membantu dalam mencegah atau merawat kanser
  • Mengurangkan masalah bronkitis, sinusitis
  • Merawat sindrom keletihan yang kronik
  • Membantu mencegah penyakit jantung
6. Schizandra
  • Ekstrak biji benih dari Schizandra ini mengandungi bahan anti-oksida
  • Ia juga berkait dalam merangsang sintesis protein, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi, memperlahankan pembentukan toksin
Fungsi Hati Manusia ialah:

1. Rembesan Hempedu
  • Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman
  • Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak, ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecik (small globule)
  • Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, A, D, E, K dan membantu mengasimilasikan kalsium
  • Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A
2. Bertindak sebagai Detoksifikasi
  • Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati
  • Hati mengawal metabolisme protein
  • Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik
  • Bahan-bahan ini kemudaiannya dikumuhkan dari buah pinggang
  • Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul
3. Mengawal Paras Gula Dalam Darah
  • Dengan menukarkan tiroksina - hormon tiroid, ke dalam bantu yang lebih aktif
  • Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme
  • Hati mewujudkan GTF (Faktor Toleransi Glukosa) dari kromium dan glutation
  • GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul
  • Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga
  • Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen, adrenalin dan insulin
4. Penting Untuk Metabolisme Lemak
  • Penting dalam sintesi asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolestrol, lipoprotein dan phospolipid dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga
  • Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan
 Panjang lebar sungguh penjelasan mengenai hati dan mengenai DTX Complex. Seperti biasa, produk Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, warna-warna atau bahan pengawet tambahan. Berminat?


Mulakan Hari Anda Dengan Pengambilan Suplemen Untuk Kesihatan Sepanjang Hayat.

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Sumber: Shaklee Malaysiaumminiena.wordpress.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...