Pages

Klik kat bawah ni, tawaran Menarik Tertarik Da Bomb!!!

Brownies

Cheese Cake

Cupcakes

Butter Cake

Monday, February 11, 2013

Sumber Serat Semulajadi: Fiber Plan Unflavoured


Fiber? Apa yang kita pasal Fiber ni? Mesti ramai yang fikir fiber ni hanya untuk kurus sahaja kan? Ohhh....tidak....banyak lagi fungsi Fiber untuk tubuh badan kita ni. Yang penting kita kena rajin usaha untuk mengetahuinya. Sebenarnya Fiber menyokong kesihatan jantung dan fungsi usus yang sihat.



Kenapa Fiber Plan Unflavoured jadi pilihan utama? - Sumber
Ia serbuk serat semulajadi yang tidak berperisa dan sangat kaya dengan Vitamin C. Ia sesuai dibancuh dengan jus buah-buahan, susu dan minuman yang lain.
  • Mengandungi satu campuran proprietari empat serat larut semulajadi
  • Setiap hidangan mengandungi 4g serat larut air
  • Dirumuskan dengan sekam benih psilisium yang menyekat dan menyingkirkan kolestrol
  • Mudah larut dalam air dan kekal sebati
  • Menggalakkan jantung yang sihat dan menyokong fungsi kesihatan kolon
Sekarang kita tengok pula apa kebaikan dan fungsi Fiber Plan Unflavoured ni... (Credit Info: Live Better)

1. Membantu detoks dan juga membantu bowel movement (mudah lawas)
  • Bowel movement ni penting untuk kesihatan usus dalam badan. Tahukah anda jika diet harian anda rendah fiber, bahan-bahan makanan yang melekat di dinding rektum tu akan berada di situ lebih kurang dalam 3 hari dan ada juga yang sehingga 14 hari, dan kotoran itulah menyebabkan toksik tinggu dalam badan dan seterusnya menyebabkan banyak sebab-sebab penyakit seperti perut kembung, sembelit, jerawat, bau mulut, naik berat badan, lesu dan sebagainya.
  • Sebab itu, pengambilan makanan tinggi fiber penting untuk memendekkan masa kotoran itu berada dalam badan.
  • Bagaimana? Fiber akan serap, sedut (macam sponge) pelbagai jenis toksik dan seterusnya menyingkirkan kotoran itu dengan segera dari dalam badan.
2. Memerangi Kanser
  • Pengambilan diet harian yang tinggi fiber juga membantu dalam menggalakkan bakteria yang baik dalam isi perut, mengurangkan bahan-bahan yang menyebabkan kanser. 
  • Pakar-pakar bersetuju bahawa badan mudah mendapat kanser jika epidermin badan kita terdedah terlalu lama dengan bahan menyebabkan kanser. Sebab itu, fiber ini membantu secara tak langsung dalam memerangi kanser (pendek kata berbaloi-baloi harga yang dilaburkan untuk membeli Fiber ni)
3. Mengurangkan kolestrol
  • Untuk mengelakkan kolestrol menyerap kedalam darah, anda memerlukan sekurang-kurangnya 3g serat larut sehari untuk mengurangkan risiko serangan jantung.
4. Mengawal Paras Gula
  • Water Soluble Fibre menghentikan secara langsung kenaikan paras gula/glukos, mengurangkan perlunya insulin dan seterusnya membantu pesakit-pesakit diabetis
5. Mengawal asid urik dalam badan
  • Fiber sangan penting bagi pesakit gout dan arthritis dimana penyakit-penyakit tu berpunca daripada asid urik yang berlebihan
6. Mengurangkan Berat
  • Secara teorinya, fiber ini berfungsi menyerap cecair (macam sponge) yang banyak dalam badan.
  • Fiber juga memberi rasa kenyang lebih cepat dan kenyang lebih lama seterusnya mengurangkan selera makan.
7. Menggalakkan Jantung Yang Sihat
  • Bila dah takde kolestrol, jantung pun akan sihat. Sebab tu, Fiber ni penting dalam menjaga jantung supaya sihat.
Teruja betul bila mendapat khasiat Fiber Plan Unflavoured keluaran Shaklee ni. Bukan sahaja untuk kurus, tapi untuk kesihatan dalaman. Jadi jangan salah ertikan bahawa Fiber hanya untuk sesiapa yang nak kurus sahaja.

Mulakan Hari Anda Dengan Pengambilan Suplemen Untuk Kesihatan Sepanjang Hayat.


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...