Pages

Klik kat bawah ni, tawaran Menarik Tertarik Da Bomb!!!

Brownies

Cheese Cake

Cupcakes

Butter Cake

Tuesday, February 26, 2013

SET C - Set Berpantang / Confinement Set

Di zaman serba moden ni, ramai ibu yang baru melahirkan anak memilih gaya hidup moden termasuklah cara berpantang. Semua adalah untuk kebaikan ibu dan anak yang baru dilahirkan. Dengan amalan berpantang yang teratur, bukan sahaja ibu yang mendapat kesihatan terbaik, malahan memberikan kesihatan optimum kepada bayi. Banyak pilihan untuk ibu-ibu bila mengambil kira set berpantang. Terpulang kepada ibu itu sendiri untuk memilih yang mana satu terbaik untuk dirinya dan bayi. Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera.


Set Shaklee untuk berpantang ialah SET C. Set C terdiri dari Vita-Lea, B Complex, Sustained Release Vita-C dan Zinc Complex. Set bersalin dan berpantang ini, khas untuk ibu-ibu yang mementingkan kecergasan untuk menguruskan bayi, mengelakkan meroyan, memulihkan luka serta sesuai untuk penyusuan.

Ibu lepas bersalin bukan sahaja memerlukan khasiat vitamin dan mineral secukupnya, malah air yang mencukupi untuk menjalankan sistem tubuh yang unggul. Set Berpantang Shaklee membantu ibu relaks, membekalkan keperluan vitamin dan mineral asas, mempercepatkan penyembuhan luka dan pastinya tidak memudaratkan bayi yang menyusu.

Mari kita lihat pula satu-persatu fungsi vitamin-vitamin dalam Set C Shaklee (Set Berpantang/Confinement Set)

B Complex
  • Berfungsi sebagai penenang (anti stres), mengelakkan kemurungan (meroyan) dan menstabilkan hormon.
  • Terdiri daripada 8 vitamin B dan asid asid folik
  • Mengurangkan depresi, menambahkan metabolisme dan pembinaan sel darah merah.
Sustained Release Vita-C
  • Penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.
  • Pelepasan vitamin C yang perlahan sesuai untuk bekalan vitamin C sepanjang hari.
Zinc Complex
  • Membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalam (rahim).
  • Mengurangkan masalah rambut gugur.
  • Sesuai bagi anda yang tidak makan ikan haruan, ataupun pati ikan haruan kerana Zinc Complex adalah yang terbaik untuk anda.
  • Membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.
  • Mengelakkan kelesuan dan menjaga kesihatan sel.
Vita-Lea
  • Ia lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). 
  • Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.
Apa yang saya dapat simpulkan disini ialah Set C Shaklee ni bukan sahaja untuk ibu-ibu yang dalam proses berpantang, tetapi sangat sesuai bagi sesiapa yang baru lepas buat pembedahan dan juga kepada yang keguguran rambut.

Jika ibu sihat, insyaAllah anak juga sihat seperti ibunya kerana pemakanan utama bayi ialah susu dari ibunya sendiri.


Ok, nak tau lebih lanjut atau cara pemakanan yang betul, boleh tanya saya...konsultansi percuma diberikan....harga istimewa sesiapa sahaja yang betul-betul berminat....

Trial Pack disediakan untuk consume selama sebulan, harga dari RM50 - RM130...hubungi Rin untuk mengetahui lebih lanjut.

Mulakan Hari Anda Dengan Pengambilan Suplemen Untuk Kesihatan Sepanjang Hayat.

Nak order/pertanyaan:
~ Marini Fairuz 
~ ID 913599 
~ Putrajaya 
~ wassup/msg 0196756965 
~ emel: misz_minie@yahoo.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Sumber: Shaklee Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...