Pages

Klik kat bawah ni, tawaran Menarik Tertarik Da Bomb!!!

Brownies

Cheese Cake

Cupcakes

Butter Cake

Friday, March 1, 2013

Alfalfa Complex vs Masalah Keputihan

Bismillahirrahmanirahim dan Assalamualaikum....Selamat pagi!! Post kali ni dibuat pada waktu pagi. Bukan curi tulang ok, tapi.......belum ada kerja yang masuk lagi. Alhamdulillah, hari ni hari Jumaat, hari yang penuh baraqah dan semoga perjalanan hari ni dan hari-hari seterusnya dirahmati dan diberkati Allah.

Ok, memulakan hari ini dengan Bismillah dan Alhamdulillah, entri hari ni berkaitan dengan keputihan. Ramai wanita yang mengalami masalah ni. Termasuk la saya sendiri. Sebelum tu, kita kena tau dulu apa sebenarnya maksud keputihan, bagaimana ia terjadi dan kesan kepada kepada keputihan tersebut.

Keputihan dikenali dengan istilah Leuccorhoe atau Fluor Albus. Keputihan sebenarnya adalah cairan yang keluar dari vagina. Terdapat 2 jenis keputihan iaitu normal dan abnormal yang sudah menjadi penyakit.

Keputihan Normal

  • Dalam keadaan normal, cairan yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal.
  • Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran tingkat kesuburan si gadis. Sekiranya cairan putih bening ini sepanjang 20cm, ini menandakan yang kamu sangat subur. Cairan ini juga dikenali dengan nama cairan ovulasi.
Keputihan Abnormal

  • Berupa cairan seperti susu, cairan yang likat dan liat berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.
  • Antara faktor penyebabnya adalah seperti tubuh terlalu penat, stres dan jangkitan bakteria.
Penyebab wanita tidak boleh hamil

  • Keputihan pada wanita bersifat asid yang cukup kuat menghakis dan menyebabkan susah berlaku persenyawaan akibat sperma tidak mampu bertahan dengan kandungan asid yang tinggi.
  • Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita ada pelbagai sifatnya yang berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.
  • Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan.
  • Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan. Jika berwarna kuning atau kehijau-hijauan, segeralah bertemu dengan doktor.
  • Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti susu basi atau berubah berbau hanyir atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.
  • Menurut Illinois Department of Public Health, bakteria atau kulat yang menyebabkan keputihan itu mampu 'menyerang' Tiub Fallapio dan Uterus seseorang wanita yang dijangkiti keputihan. Kesan daripada itu ia boleh membawa kepada kesukaran untuk seseorang wanita yang dijangkiti keputihan untuk hamil. Ia menjadikan sistem tubuh seseorang wanita itu tidak subur dan akan menyebabkan risiko Kehamilan Ektopok (Ectopic Pregnancy).
  • Dalam istilah perubatan, perkara sebegini adalah lebih dikenali sebagai "Pelvic Inflammatory Disease (PID)". Anda boleh bertanya dengan lebih lanjut PID ini kepada doktor yang merawat anda. Selain itu, bakteria atau kulat daripada jangkitan keputihan ini juga boleh akan menyebabkan kerosakan apda TIUB FALLOPIO.
  • Jika berlaku kerosakan begini, maka risiko untuk seseorang yang dijangkiti keputihan untuk hamil adalah sangat tipis sekali.
  • Antara langkah bijak yang perlu diambil segera adalah dengan menghalang keputihan ini daripada dijangkiti. Dan jika kita sudah dijangkiti keputihan, kita perlu merawatnya dengan kadar yang segera.
  • Jika sekarang ini anda masih belum lagi hamil walaupun telah berkahwin lebih dari 2 tahun, kemungkinan besar ia adalah disebabkan oleh masalah keputihan. Dengan adanya rawatan yang berkesan, saya pasti ia mampu menghilangkan keputihan dan meningkatkan semula peratusan anda untuk hamil.
Jika anda mempunyai masalah keputihan Alfalfa Complex merupakan pilihan terbaik sebagai langkah pencegahan serta membantu merawat selagi mana ianya tidak serius.

Jom baca testimoni di bawah:

Sumber kat atas ihsan: EniFatah

Testimoni Saya Sendiri:
Ok, dah baca testimoni pengguna lain. Sekarang testimoni sendiri pulak. Saya sendiri consume Alfalfa ni. Pada mulanya saya mengamalkan Alfalfa memang takde niat pun nak mengatasi masalah keputihan, sebab saya sendiri tak tahu pasal tu. Saya amik Alfalfa sebab niat nak kurus dan Alfalfa termasuk dalam Set Slimming yang saya amalkan sekarang bersama-sama Lecithin, Herb-Lax dan ESP. Saya akui saya memang ada masalah keputihan. Keputihan yang agak teruk, dan ciri-ciri Keputihan Abnormal seperti kat atas memang saya alami. Tapi, semenjak saya mengamalkan Alfalfa ni, saya baru perasan keputihan saya dah takde. Sebab selama ni, kalau selepas period ataupun lepas bersukan, keputihan saya akan melampau banyaknya dan mengeluarkan bau yang busuk. Saya pun jenis yang tak berapa suka pakai pantyliner, even ramai yang cakap bagus pakai pantyliner. Saya akan dapat rashes kalau pakai pantyliner ni. So, saya tanya kawan yang suggestkan saya makan Alfalfa dan daripada pembacaan dalam internet, rupanya Alfalfa ni juga untuk mengatasi masalah keputihan. Alhamdulillah saya dapat dua kebaikan dari pengamalan Alfalfa iaitu untuk kurus dan mengatasi masalah keputihan......

Mulakan Hari Anda Dengan Pengambilan Suplemen Untuk Kesihatan Sepanjang Hayat.

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...