Assalamualaikum..bertemu kita sekali lagi dalam rancangan penyusuan bayi....ececece...macam betul-betul jer ada buat rancangan kan..tapi best gak kalau betul... :)
Ok, back to the reality. Malam ni nak citer pasal penyusuan. Ada yang bertanya, "Kenapa saya makan suplemen tu, makan suplemen ni, tapi susu tak nak keluar..susu tak meriah pun..." Heppp! Itu tak betul la wahai kawan-kawan...suplemen ni bukan motif untuk bagi susu tu banyak tanpa usaha. Tapi, suplemen MEMBANTU untuk memperbanyakkan susu dengan usaha, tawakal dan istiqamah serta menjadikan susu ibu lebih berkualiti. Suplemen, khususnya Shaklee dapat buat bayi cepat kenyang dan tak mudah meragam bila lapar..
Untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi dan juga bakal menimang cahaya mata, boleh baca tips-tips menjayakan penyusuan bayi kat bawah ni..insyaAllah dengan tips-tips ni dan pengambilan suplemen yang betul, anda akan dapat memberikan susu terbaik untuk anak anda.
1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
- Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
- Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerahan susu.
- Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
- Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.
2. Jangan Tunggu Payudara Penuh
- Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Ini salah!
- Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
- Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Minum Banyak Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.
4. Fikir Bayi Fikir Susu
- Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
- Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...
5. Berdisiplin
Berdispin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila hujung minggu jangan ponteng mengepam....masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tips no.6 dan no.7.
6. Tendum Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.
7. Teknik Marmet
Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajin kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuba 60-70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalau dengan menggunakan pump 3.5oz sebelah payudara, buat Marmet boleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampak sikit, tapi ada beza tuh....ni based on pengalaman MommaMia yer.
8. Menyusu / Mengepam Lebih Lama
- Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
- Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dalam 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi/selepas memerah bagi merangsang otak menghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
- Mengepam lebih lama juga boleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + Disiplin + Istiqamah
9. Penyusuan Malam
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu.
10. Urutan
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.
11. Pengambilan Suplemen
Dibolehkan....Antaranya...ESP (Energizing Protein Shaklee)
Kredit tu MommyMia atas perkongsian tips ini. Jadi, kawan-kawan semua...jangan abaikan tips-tips ni tau. Disamping suplemen yang kita makan iaitu B-Complex, Vita-C, Vita-Lea dan Alfalfa, tips-tips ni perlu juga diamalkan. Oh yer, jangan lupa ESP tau...Esp ni sangat-sangat membantu jugak...
Antara Testimoni Pengguna Yang Berjaya Dengan Set Penyusuan Bayi + ESP |
Mulakan Hari Anda Dengan Pengambilan Suplemen Untuk Kesihatan Sepanjang Hayat.
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
No comments:
Post a Comment