Pages

Klik kat bawah ni, tawaran Menarik Tertarik Da Bomb!!!

Brownies

Cheese Cake

Cupcakes

Butter Cake

Saturday, March 16, 2013

Set Kesuburan Shaklee

Anak-anak adalah amanah yang diberikan oleh Allah untuk menguji sejauhmana kita bertanggungjawab atas amanah tersebut. Beruntunglah kepada pasangan yang senang mendapatkan zuriat, tetapi bagi pasangan yang belum ada zuriatnya, bersabarlah. Kerana Allah sedang menguji anda. Pasti ada hikmah disebaliknya. Kita sebagai hambaNya hanya mampu berusaha, berdoa, tawakal dan seterusnya berserah kepada Yang Maha Esa.

Ok, hari ni Rin nak kongsikan kepada anda semua tentang Set Kesuburan Shaklee. Seperti yang Rin bagitau tadi, kita hanya berusaha...yang menentukan hanya Allah swt.

Set Kesuburan yang Rin kongsikan bersama anda terdiri daripada Vita-E, Vita-C, B-Complex, Zinc Complex, GLA Complex, Alfalfa Complex dan Vita-Lea. Set ini boleh dikongsikan dan diamalkan oleh suami dan isteri. Vitamin-vitamin tersebut adalah cadangan untuk mendapatkan hasil yang optimum. Jika berkemampuan, bolehlah menambahkan ESP dalam set berkenaan.

Vitamin untuk Isteri ialah Vita-C, Vita-E, B-Complex, GLA Complex, Alfalfa Complex dan Vita-Lea. Manakala vitamin untuk Suami pula ialah Vita-C, Vita-E, B-Complex, Zinc Complex dan Vita-Lea.


Fungsi setiap vitamin untuk Set Kesuburan:

1) Vita-E Complex : Dilengkapi dengan Selenium, salah satu unsur penting untuk meningkatkan kuantiti sperma pada lelaki dan mengurangkan risiko kecacatan pada bayi. Ia juga merupakan sejenis antioksida yang mampu meningkatkan kesuburan.

2) Vita-C : Bagi Lelaki, vitamin C membantu mencegah penggumpalan sperma dan menjadikannya lebih bergerak aktif (sesuai untuk perokok). Manakala bagi Wanita, ia membantu mengawal keseimbangan hormon, menguatkan sistem imunisasi dan meningkatkan kesuburan.

3) B-Complex : Vitamin B12 dapat menambah dan meningkatkan kualiti sperma dan vitamin B6 dapat meningkatkan kesuburan wanita. Ia mengandungi Asid Folik dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon. Pengambilan Asid Folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

4) Zinc Complex : Membantu menjaga fungsi organ seksual dan penghasilan hormon testosterone. Kekurangan Zinc pada lelaki akan menjejaskan bilangan, pergerakan dan kesihatan sperma. Ia juga membantu meningkatkan kesuburan bagi wanita. Ia membantu hormon oestrogen dan progesterone berfungsi dengan baik dan membantu menghasilkan telur yang matang dan berkualiti untuk proses persenyawaan.

5) Vita-Lea :  Mengandungi 28 jenis multivitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh kita. Masalah kesuburan boleh berpunca dari kekurangan nutrien dalam badan. Cara terbaik untuk memastikan tubuh kita dilengkapi dengan nutrien yang diperlukan ialah pengambilan multivitamin dan mineral setiap hari, kerana ia dapat menampung mana-mana kekurangan vitamin dalam badan.

6) GLA Complex : Suplemen wajib untuk wanita yang sedang mencuba untuk hamil. Ia mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama untuk menggalakkan kesuburan. Ia juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan. GLS Complex membantu menghasilkan 'Cecair Kesuburan'. 'Cecair Kesuburan' ini memberi 'ruang' untuk sperma terus hidup hingga 5 hari.

7) Alfalfa Complex : Membantu mengatasi rasa "sakit ketika bersama". Ia juga membantu masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah)



Mulakan Hari Anda Dengan Pengambilan Suplemen Untuk Kesihatan Sepanjang Hayat.


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...