Pages

Klik kat bawah ni, tawaran Menarik Tertarik Da Bomb!!!

Brownies

Cheese Cake

Cupcakes

Butter Cake

Sunday, March 3, 2013

Set Ibu Mengandung

Set menyusu dah...set kesihatan dah...set slimming pun dah....apa lagi yang belum ek...

Haaa......set semasa hamil takde ke? Eh, ada laaa.....oh ya...saya hampir terlupa...Ok..Ok...hari ni nak cerita la pasal set semasa hamil...hamil ni ada istimewa sikit...sebab ia melibatkan trimester yang pertama, trimester yang kedua dan trimester yang ketiga.

Trimester yang pertama adalah tempoh perkembangan mingguan bayi paling utama bagi janin anda. Perkembangan mingguan bayi dalam trimester pertama adalah meliputi setiap perkembangan bayi dari minggu pertama sehingga minggu ke-13 sejak kehamilan. Di mana badan anda akan mengalami perubahan mental dan emosi yang dramatik.

Trimester yang kedua sering dianggap sebagai tempoh kehamilan yang paling aman dan selesa. Anda mungkin akan mendapati bahawa gejala tanda awal kehamilan telah mula hilang. Anda mula mengalami perasaan umum kepuasan dan kesejahteraan terutamanya anda boleh merasa tendangan pertama bayi anda. Bukan itu sahaja, anda belum lagi mengalami berat bayi yang memberi tekanan pada badan anda.

Pada Trimester yang ketiga, anda mungkin berasa keseronokan dan tidak sabar menunggu saat bersalin untuk mengalu-alukan kedatangan bayi anda ke dunia ini. Peningkatan berat badan anda termasuk pembesaran bayi, pembesaran rahim sebanyak 50g, plasenta dan kira-kira 1 liter cecair amnion boleh membawa ketidakselesaan sepanjang kehamilan trimester terakhir anda.

Dalam semua trimester (sepanjang kehamilan), anda perlulah menitikberatkan pemakanan yang seimbang, selain daripada mengamalkan vitamin-vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi dalam kandungan. Pemakanan yang seimbang dan pengamalan vitamin yang betul dapat mengekalkan kesihatan badan dan kesejahteraan bayi dalam kandungan.

Dalam produk Shaklee, ada dua set yang boleh anda cuba untuk sepanjang tempoh kehamilan iaitu Set Kehamilan Trimester Pertama dan Set Kehamilan Trimester Kedua & Ketiga.

Set Kehamilan Trimester Pertama:
  1. B-Complex - Mengandungi 8 Vitamin B termasuk Asid Folik. Asid Folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400mcg. Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.
  2. Vita-Lea - Multivitamin terbaik dengan zat besi. Membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah. Iron sangat penting bagi ibu yang mengandung dan menyusukan anaknya. Kekurangan Iron boleh menyebabkan si ibu lemah, mudah nak pitam atau pengsan, hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu. Jika ibu mengambil Vita-Lea, obimin tak perlu ambil lagi yer...
  3. Sustained Release Vita-C - Sebiji vitamin C bersamaan dengan 7 setengah biji buah oren dan memenuhi keperluan minima vitamin C tubuh kita iaitu 500mg. Membantu sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.
  4. OsteMatrix - Lebih dikenali sebagai Kalsium. Sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi. Pengambilan kalsium membantu mengurangkan sakit belakang dan kebas-kebas yang lazimnya yang dialami oleh ibu mengandung. Ia juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Set Kehamilan Trimester Kedua & Ketiga:
  1. B-Complex
  2. Vita-Lea
  3. Sustained Release Vita-C
  4. OsteMatrix
  5. OmegaGuard - Ianya sangat penting dalam pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. Ianya juga membantu memecahkan lemak di dalam tubuh kita. Secara tidak langsung, ia membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung.
NOTA PENTING:
SEKIRANYA ANDA TELAH MENGAMBIL SET-SET DIATAS, OBIMIN DAN ASID FOLIC YANG DIBEKALKAN OLEH DOKTOR, TAK PERLU AMBIL LAGI YER...

Pasti ada yang tertanya-tanya, selamatkah set-set diatas untuk ibu mengandung? Yelar kan, sepanjang tempoh mengandung perlulah menjaga pemakanan dengan baik untuk menjamin kesihatan ibu dan bayi yang dikandung. Jom, kita tengok apa kata doktor setelah salah seorang pengguna set diatas bertanyakan hal tersebut.


Sekarang, kita tengok pulak testimoni pengguna yang telah mengamalkan set-set diatas.



Mulakan Hari Anda Dengan Pengambilan Suplemen Untuk Kesihatan Sepanjang Hayat.

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Sumber: Bayi.Ibu.ComMommyMiasaraMommyIskandar



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...