Yes, ini yang terpenting antara yang paling penting dalam supplement dan diet kita seharian. Dah makan banyak-banyak jenis supplement kita makan, confirm la minum air kosong pun kena banyak. Sekurang-kurangnya minum air kosong ni dalam 3-4 liter sehari untuk menyokong pemakanan supplement yang kita makan tu. Tak makan ubat-ubatan pun, minum air kosong pun kena banyak tau. Air kosong tu boleh membantu untuk meningkatkan metabolisme dalam tubuh badan kita. Metabolisme tu pulak adalah bertujuan untuk membantu kita membakar lemak dalam tubuh kita. Lagipun, minum air banyak tu boleh membuang toksin-toksin yang dah lama bersarang dalam badan.
Saya banyak baca tentang kebaikan air kosong ni dan antara faktor utama dalam proses pengurangan berat badan adalah dengan meminum air kosong dengan banyak dan mencukupi. Kalau boleh, dalam proses diet tu elakkan la minum minuman yang bergula...(kalau boleh la)..contoh minuman bergula, air tin (ramai dah tahu ni), air kopi susu, air teh tarik.....semua ada gula. Yelar, kalau boleh elakkan la minum minuman yang bergula ni yer supaya proses diet kita tak terbantut. Air kosong ni sedap apa....yummyyyyy!!
That's all for now..nanti update kan tentang benda lain pulak. Suka pulak menulis blog ni...macam-macam idea yang boleh diterjemahkan dalam penulisan. Dulu bercita-cita nak jadi pengacara..so boleh la bercakap macam-macam topik., tapi dah takde rezeki ke arah tu..nak wat camne..
*Eh, esok balik kampung...yeaaa!! Seronoknyaaaaa....balik kampung...ho ho ho balik kampung.....
“Terima Kasih ‘Vin Diesel’ Malaysia” – Lelaki Bangsa Cina Tempatan Dipuji
Berani Tegur Individu Makan Daging Khinzir & Bawa Anjing Di RNR Simpang
Pulai
-
Tindakan seorang lelaki tempatan berbangsa Cina menegur seorang individu
yang dipercayai warga China kerana didakwa makan daging khinzir serta
membawa an...
12 hours ago

No comments:
Post a Comment