Pages

Klik kat bawah ni, tawaran Menarik Tertarik Da Bomb!!!

Brownies

Cheese Cake

Cupcakes

Butter Cake

Saturday, March 30, 2013

Shaklee Untuk Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi adalah satu keadaan yang perlu pandang serious kerana ia boleh membawa kepada risiko penyakit jantung koronari, masalah jantung dan strok.

Tekanan Darah adalah tekanan pada dinding ateri darah. Tekanan ini disebabkan oleh aliran darah, hasil dari pengepaman jantung. Jika tekanan darah seseorang sering meningkat dan tidak menurun pada satu jangka masa yang lama, ia akan menyebabkan kerosakan pada jantung, salur darah, buah pinggang, dan lain-lain bahagian pada tubuh badan. Tidak ada simptom apabila kita mengalami tekanan darah tinggi, kita mungkin boleh mengalaminya selama bertahun tanpa disedari.


APA PUNCA?
Sebagai penyakit dalam diam, punca-punca darah tinggi ini jugak tidak diketahui walaupun selepas berjumpa doktor. Walau bagaimanapun, ia boleh disebabkan oleh:

  • Cara hidup tidak aktif
  • Umur melebihi 35 tahun
  • Tinggi paras kolestrol
  • Faktor keturunan / sejarah keluarga
  • Pengambilan garam yang tinggi
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Merokok
  • Ubatan seperti steroid, ubat anti radang bukan steriod
  • Penyakit buah pinggang
CARA MENGATASI
Tekanan darah tinggi boleh dikawal tanpa ubat-ubatan. Ubah cara hidup boleh mendatangkan kesan yang sangat baik:
  • Amalkan pemakanan sihat
  • Kurangkan pengambilan garam dan lemak
  • Amalkan senaman berkala
  • Dapatkan berat badan yang ideal jika berat badan sekarang berlebihan
  • Belajar cara mengatasi tekanan secara berkesan
  • Berhenti merokok

Walau bagaimanapun, terdapat vitamin Shaklee yang dicadangkan bagi membantu pesakit darah tinggi:
  • OmegaGuard - Melancarkan darah, menghalang pembekuan darah
  • Vita E - Defisiensi selenium berkait pada penyakit jantung
  • Lecithin - Mengemulsi lemak
  • Garlic - Merendahkan tekanan darah
  • ESP - Menurunkan tahap kolestrol & mengelak penyakit jantung
  • B-Complex - Menurunkan stress
  • OsteMatrix - Defisienci kalsium berkait dengan tekanan darah tinggi, regulasi jantung
  • Vita-C - Menghalang pembekuan darah
Bagi yang mempunyai masalah kekangan bajet untuk memiliki kesemua vitamin untuk darah tinggi, Rin mencadangkan untuk mengambil Set Asas Darah Tinggi terlebih dahulu iaitu:
  • OmegaGuard
  • Vita E
  • Lecithin
  • Garlic


Harga Set Penuh Darah Tinggi : RM742.25
Harga Set Asas Darah Tinggi : RM385

Aturan Makan:
OmegaGuard - 2 biji 3 kali sehari
Vita E - 1 biji 3 kali sehari
Lecithin - 4 biji 3 kali sehari
Garlic - 2 biji 2 kali sehari
ESP - 2 sudu besar 3 kali sehari
B Complex - 2 biji 3 kali sehari
OsteMatrix - 2 biji 3 kali sehari
Vita C - 1 biji 2 kali sehari


Mulakan Hari Anda Dengan Pengambilan Suplemen Untuk Kesihatan Sepanjang Hayat.


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Pemakanan Seimbang Kawal Risiko Diabetes

Diabetes atau kencing manis adalah salah satu penyakit yang popular di Malaysia. Ia telah dikategorikan sebagai IBU kepada segala penyakit. Ianya adalah penyakit kronik yang boleh menyebabkan masalah serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok, buta, kerosakan saraf dan gangrene kaki.

Penjagaan pesakit diabetes dalam program Diabetes Shaklee samasekali tidak bertujuan untuk menyembuhkan sakit diabetes ini, sebaliknya mengawal kandungan dalam darah, sekaligus mengawal diabetes dari menjadi lebih teruk.

Apakah suplemen asas Shaklee yang bersesuaian untuk membantu pesakit Diabetes?
  • B-Complex - Menukarkan gula kepada tenaga
  • Zinc Complex - Bantu tubuh hasilkan insulan dan pulihkan luka dengan cepat
  • Vita-Lea - Mengandungi imbangan vitamin dan mineral yang lengkap
Set Asas untuk Pesakit Diabetes
Untuk yang berkemampuan, pesakit Diabetes boleh menambahkan vitamin Shaklee berikut untuk hasil yang lebih baik:
  • OmegaGuard - Kaya dengan asid lemak omega 3, mencegah penyakit saluran darah dan strok
  • OsteMatrix - Kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi
  • Garlic - Membantu menstabilkan glukos di dalam tubuh
Apa-apa pun, jom kita baca serba sedikit mengenai Diabetes yang Rin petik dari Majalah Rapi.....

Tindakan mengawal paras glukosa dalam darah di samping diet dan senaman boleh mengurangkan risiko komplikasi kencing manis. Sebaik-baiknya, kandungan karbohidrat dalam pemakanan perlu diawasi.Kurangkan kalori dengan memilih makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi dan roti putih. Gantikan dengan roti gandum sekiranya perlu. Berjumpalah dengan pakar pemakanan untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam usaha mengubah tabiat pemakanan yang tidak sihat. Berikut adalah contoh makanan yang sesuai dimakan oleh pesakit diabetes.  

Susu
Kombinasi vitamin D dan kalsium sangat bagus untuk penderita diabetes. Kajian yang dilakukan ke atas wanita yang mengambil lebih daripada 1000 mg dan multivitamin D setiap hari kurang berisiko menghidap diabetes sebanyak 3% berbanding wanita yang tidak minum susu langsung. 

Salmon 
Salmon kaya dengan asid lemak omega-3. Jenis lemak sihat ini berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung, menurunkan berat badan, mengurangkan peradangan, serta memperbaiki perkembangan insulin. Selain itu, ikan ini juga mengandungi vitamin D.

Sereal atau Oatmeal
Sereal atau oatmeal merupakan sarapan sihat dan enak yang sangat digalakkan pengambilannya. Selain mengandungi serta tinggi, ia juga merupakan sumber  tenaga. Jadi, lengkapkan sarapan anda dengan sereal atau oatmeal. 

Blueberry
Pterostilbene yang terdapat di dalam blueberry menunjukkan kesan protein reseptor yang distimulasikan dalam sel, berperanan menurunkan kolesterol dan lemak.
Pterostilbene juga mungkin membantu melawan kanser dan diabetes. 

Brokoli 
Kajian mendapati brokoli memiliki zat penting yang mampu memperbaiki dan mengembalikan fungsi pembuluh darah yang rosak akibat kencing manis atau diabetes. Peneliti dari Universiti Warwick meyakini, zat sulforaphane yang terkandung di dalamnya membantu memulihkan pembuluh darah.

Bawang Putih
Bawang putih mengandungi galian tertentu yang terbukti bernilai dalam metabolisme karbohidrat. Bawang putih kaya dengan kalium, iaitu 529 mg bagi setiap 100 gm. Seseorang yang mendapat penyakit kencing manis mempunyai asid berlebihan (asidosis) dan ia bertindak mengambil kalium dari tubuh sehingga boleh berlaku keadaan tidak sedarkan diri atau koma. Selain kalium, bawang putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulfur dan ke semua galian ini berupaya merawat kencing manis.

MAKANAN YANG BEBAS DIMAKAN PESAKIT DIABETES
  • Semua jenis sayuran seperti sawi, kangkung, bayam, kobis, kacang buncis, kacang panjang, bendi, tomato, terung dan sebagainya kecuali semua jenis ubi.
  • Semua cecair dan minuman tanpa gula seperti sup air, air kosong, teh, kopi kosong, kacang panjang, teh tanpa  gula, teh Cina, airlimau, air barli tanpa gula.
  • Perasa dan perencah seperti serbuk cili, kari, kunyit, rempah ratus, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan sebagainya. 
  • Semua daging/ayam tanpa lemak, tauhu, kuning telur (2-3 biji seminggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala dan perut. Hadkan makanan tinggi kolesterol seperti makanan laut (udang, sotong, ketam, kerang, siput) dan organ dalaman (hati, otak, perut, limpa). 
PANDUAN AM UNTUK PESAKIT DIABETES
Anda boleh menikmati tiga hidangan utama iaitu sarapan pagi, makan tengahari, makan malam pada selang masa yang tetap. 
  • Agihkan jumlah pengambilan makanan yang perlu disukat supaya tidak berlebihan pada satu masa tertentu. Makanan yang dihadkan adalah makanan  berkarbohidrat yang akan meningkatkan paras gula darah.
  • Tingkatkan pengambilan serat dalam diet. Ini dapat membantu mengawal paras gula darah dan mengelakkan sembelit. 
  • Sumber serat yang baik adalah bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran, kacang, kekacang dan biji-bijian. kurangkan pengunaan garam  dalam masakan dan elakkan makanan tinggi kandungan garam.
  • kurangkan jumlah pengambilan lemak atau minyak  terutamanya lemak tepu seperti krim, minyak kelapa, santan dan krim salad. 

Harga Set Asas Diabetes : RM176.25

Aturan Makan:
Zinc Complex - 1 biji sehari  (Breakfast)
B-Complex - 1 biji sehari (Breakfast)
Vita-Lea - 1 biji sehari (Lunch)


Mulakan Hari Anda Dengan Pengambilan Suplemen Untuk Kesihatan Sepanjang Hayat.


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Wednesday, March 27, 2013

Special Info Untuk Yang Gemar Minum Air Ais


Orang-orang tua cakap, tak elok amal minum air sejuk/batu/peti. Ye takkk? Hee. Sebab ape eh? Mari kita siasat dan tengok sendiri kesan minum air batu pada paru-paru. Jom buat eksperimen: 

1) Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. 

2) Biarkan di atas meja untuk tempoh beberapa minit. 

3) Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar gelas.

Sooooo, ape yang kite nampak? Ye, ade titisan air di permukaan luar gelas kan. Haa tulah peluh² air batu tadi. Jadi, kite boleh simpulkan, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air. Cewahhh, belajar sains pulak. Hee. :)

Begitu juge halnya dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran itu terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity) tau. 

Contohnye, bile seseorang minum air batu seperti jus apple atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk danalveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain. Paham ke tuh? :p


Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul, maka ini akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. 

Haa, itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila buat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak cukuppp! Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindakbalas iaitu tapak tangan lembap dan basah.

Cube pantang minum ais setahun. Tengoklah sendiri, anda akan jimat bape KG. Hee.. (maafkan hamba kalo salah info yer… ^_^)


Mulakan Hari Anda Dengan Pengambilan Suplemen Untuk Kesihatan Sepanjang Hayat.



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Sumber: Vitamins2U

Mulakan Hari Anda Dengan ESP

Setiap pagi sebelum keluar rumah untuk mencari sesuap nasi, Rin pastikan perut saya diisi dengan minuman ESP iaitu Energizing Soy Protein.


Minuman ni boleh buat perut kita rasa selesa sepanjang hari. Kenyang tau minum ESP ni. Selain itu, ESP ni boleh buat kulit muka kita lembut jer... Rin sendiri yang mengamalkannya, jadi Rin tak ragu-ragu untuk perkenalkan ESP ni dengan kawan-kawan. ESP ni memang terbaik dan hot seller antara produk-produk lain dalam Shaklee. Sebab itulah, ESP ni ada dalam Set D (Set Kecantikan Kulit) dan boleh dijadikan sebagai agen untuk memeriahkan susu badan bagi kaum ibu.


1. ESP tu apa ya?
2. ESP dengan Alfalfa mana bagus untuk banyakkan susu?
3. Berapakah harga ESP?
4. Berapa lama tahan harga satu canister ESP?
5. Siapa yang tidak boleh amik ESP?
6. Apakah rasa ESP?
7. Bila saya boleh dapat jika order hari ini?
8. Jika dah amik alfalfa masih perlu protein ke?


Dengan senang hati inginRin kongsikan jawapan kepada persoalan di atas ini agar segala kemusykilan bagi yang baru mengenali ESP Shaklee akan terjawab...


1. ESP tu apa ya?
ESP ialah singkatan bagi Energizing Soy Protein. Ia adalah protein soya yang sangat berkualiti. Ia didatangkan dalam bentuk serbuk. Boleh diminum begitu sahaja atau pengambilan bersama minuman lain seperti susu, milo atau jus dengan suhu air tidak terlalu panas agar tidak merosakkan enzim protein itu sendiri.

2. ESP dengan Alfalfa mana bagus untuk banyakkan susu?
Protein sangat perlu untuk pembentukkan sel. Kandungan susuibu mengandungi protein dan pengambilan protein menggalakkan lagi penghasilan susuibu. Alfalfa turut mengandungi protein namun ada kadar yang minimum.
Kedua-dua bagus untuk membanyakkan penghasilan susu namun balik kepada budget masing-masing. Ada yang mengambil kedua-duanya, tidak kurang yang mengambil salah satu sahaja.

3. Berapakah harga ESP?
Harga ESP bagi semenanjung termasuk postage ialah RM150 ~ sms/email Rin bagi mendapatkan harga istimewa

4. Berapa lama tahan harga satu canister ESP?
Jika si ibu mengambil 2 sudu besar sehari , ia boleh bertahan antara 1.5 -2 bulan untuk satu canister.

5. Siapa yang tidak boleh amik ESP?
Individu yang mempunyai masalah diabetes tidak digalakkan mengambil ESP ini.

6. Apakah perasa ESP?
ESP Shaklee berperasa Soya.

7. Bila saya boleh dapat jika order hari ini?
 InsyaAllah jika tiada aral yang melintang, penghantaran adalah 1-2 hari bekerja.

8. Jika dah amik alfalfa masih perlu protein ke?
Boleh mengambil kedua2nya jika berkemampuan. Jika tidak boleh memilih salah satu mengikut budget individu.





Harga ESP (Energizing Soy Protein) : RM150.00

Aturan Makan:
2-3 sudu makan setiap hari (Sebaiknya sebelum breakfast, masa perut tengah kosong)

Mulakan Hari Anda Dengan Pengambilan Suplemen Untuk Kesihatan Sepanjang Hayat.


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Sunday, March 24, 2013

Senaman Khusus Ibu Hamil


Cuba kita perhatikan pergerakan wanita mengandung. Pernah anda lihat mereka berjoging, melakukan senaman di gim atau melakukan senaman berat? Tentu  sekali tidak, bukan? Tetapi, perlu diingat, ibu mengandung juga harus melakukan senaman ringan untuk kebaikan mereka. Jadi bagaimana agaknya bersenam k ketika mengandung? 

Jika anda mengamalkan senaman ketika hamil, ia adalah sesuatu yang harus dibanggakan. Walaupun begitu, elakkan memaksa diri untuk bersenam. Jika isyarat tubuh telah memberi tanda yang anda keletihan, hentikan senaman buat seketika. Senaman terbaik adalah secara berbaring. Jauhi senaman yang mempunyai  risiko  tinggi membuatkan anda akan terjatuh. Untuk pengetahuan anda, senaman ketika mengandung boleh membantu melegakan sakit belakang dan sembelit yang mana biasa dirasai oleh wanita mengandung. Terdapat senaman tertentu untuk memastikan pengaliran darah beroksigen  ke tempat yang memerlukan di  samping keperluan janin. Bayangkan seorang perempuan menampung beban berlebihan selama 9 bulan 10 hari untuk peranakan normal. Tekanan berlebihan akan dirasakan di bahagian pinggang, lebih-lebih lagi untuk mereka yang memiliki berat badan berlebihan.

Mengapa Senaman Bagus Untuk Ibu Mengandung?
Di dalam tubuh badan kita terdapat satu hormon yang dipanggil sebagai endorfin, yang akan dikeluarkan oleh tubuh badan apabila anda melakukan senaman.  hormon ini akan membuatkan anda berasa lebih bersemangat. Dengan melakukan senaman rutin, ia dapat membantu anda mengurangkan rasa sakit di pinggang, kekejangan kaki, sembelit dan juga kekurangan oksigen untuk bernafas sekaligus memberi anda lebih banyak tenaga untuk menampung berat badan anda yang  semakin bertambah.

Senaman yang paling selamat dan bagus untuk anda ialah berenang, yoga dan berjalan kaki. Senaman yang tidak digalakkan untuk ibu mengandung ialah joging, melakukan sit-up, bermain badminton dan pelbagai lagi jenis senaman yang berat. Senaman ketika mengandung mampu untuk  meningkatkan stamina bakal ibu. Banyak kajian menunjukkan senaman membantu memudahkan proses bersalin kerana wanita ada tenaga kuat untuk meneran dan menolak bayi keluar. Apabila bersenam, aliran darah menjadi lebih lancar. Wanita hamil boleh melakukan senaman pada bila-bila masa mengikut kesesuaian jadual sama ada pagi, tengah hari atau petang.

Senaman pagi dan tengah hari boleh dilakukan selama 15 hingga 30 minit mengikut kemampuan. Kadar denyutan nadi pula jangan lebih dari 120 hingga 140 seminit (normal 100 hingga 110 denyutan seminit). Jenis senaman harus bersifat lembut dan sederhana seperti yoga, pilates, senaman keseimbangan badan, tai chi, berjalan dan berenang. Ia bukan sahaja lembut, tetapi turut memberi penekanan kepada teknik pernafasan yang sangat penting, khususnya kepada wanita hamil. Perkara asas senaman ketika hamil ialah secara sederhana. Jangan bersenam melebihi 45 minit dan berhenti jika terasa tidak selesa untuk mengelak masalah kepanasan berlebihan. Kepanasan berlebihan menjejaskan aliran darah ke rahim dan meningkatkan risiko kekuranganair dalam badan. Jadi wanita perlu minum banyak air ketika dan selepas bersenam.

Bila boleh mula bersenam?
Tiga atau empat minggu kehamilan, dimulakan dengan kadar perlahan, terutama bagi wanita yang tidak pernah bersenam sebelum hamil. Jika anda menyertai  program senaman, jurulatih akan merangka jenis senaman yang sesuai dengan keperluan setiap individu supaya senaman lebih berkesan, mengelak kecederaan atau boleh membahayakan kandungan. Bersenam selepas bersalin juga penting untuk meningkatkan tenaga, mempercepatkan penyembuhan luka dan mengembalikan bentuk badan asal. Senaman boleh dilakukan enam minggu selepas bersalin (bagi yang bersalin normal). Jika bersalin secara pembedahan, pastikan luka bedah benar-benar sembuh (biasanya antara empat hingga enam bulan) dan paling penting dapatkan nasihat doktor terlebih dulu

Faedah bersenam ketika mengandung
  • Meningkatkan pemulihan selepas bersalin. Mereka yang tidak bersenam mungkin memerlukan masa sekitar dua bulan untuk pulih, mereka  yang bersenam mungkin kurang dari sebulan. Mengurangkan kekejangan yang sering berlaku semasa mengandung. Mengurangkan risiko penambahan berat badan selepas bersalin.   
  • Mengurangkan risiko perlu pembedahan semasa proses melahirkan. 
  • Memudahkan proses melahirkan anak.

10 langkah senaman yang betul


1. Tingkatkan masa rehat untuk memastikan suhu badan normal dan kadar denyutan jantung di bawah 140

2. Elakkan kegagalan otot semasa latihan. 

3. Elakkan senaman yang memerlukan anda baring secara menyeluruh seperti dumbbell press kerana posisi ini akan mengurangkan aliran darah ke uterus.

4. Elakkan senaman yang memerlukan kestabilan seperti lunges dan squat. Boleh gantikan dengan senaman isolasi termasuk leg extension dan leg curl. 

5. Semasa mengandung, sendi akan terasa longgar. Jadi senaman dengan ulangan tidak digalakkan kerana ia akan mengetatkan bahagian sendi.

6. Elakkan senaman yang memerlukan anda baring menghadap bawah seperti leg curl baring. 

7. Elakkan senaman perut seperti crunches biasa dan yang sejenis dengannya. 

8. Antara senaman perut yang boleh dibuat termasuk abdominal contraction (dengan menggunakan fitball, tahan perut dengan tangan, tarik nafas dan kontrak perut dengan menolak perut ke tangan), dan beberapa senaman contraction yang lain.

9. Dapatkan nasihat jurulatih berkelayakan. 

10. Jangan tahan nafas semasa bersenam. 

Antara senaman bebanan yang boleh dilakukan di gim:
  • Seated chest press
  • Seated peck deck
  • Lat pull down
  • Close grip lat pull down
  • Biceps curl
  • Triceps push down
  • Cable trisep extension
  • Overhead shoulder press
  • Seated leg curl
  • Leg extension
  • Standing leg curl
  • Standing calf raise
  • Seated calf raise

HENTIKAN senaman jika sesuatu tidak normal seperti berlaku pendarahan, sakit menusuk di perut, kehilangan nafas, keletihan melampau atau kondisi lain yang tidak normal. Hubungi doktor segera.

Sumber: Majalah Rapi

Jangan Ada Alasan Untuk Menyusukan Bayi

Wah! Cuba baca betul-betul tajuk post untuk kali ini. Gerun tak?? Yelar..Rin selalu dengar macam-macam alasan ibu-ibu yang melahirkan bayi untuk tidak mahu menyusukan bayi mereka...antaranya ialah:
  • Susu tak keluar
  • Susu takde
  • Bayi tak reti nak hisap
  • Malas nak pam (kadang-kadang lebih rela membuang susu daripada pam untuk simpanan)
  • Sibuk
  • Tiada masa......etc....(banyak lagi alasan sebenarnya, tapi cukup la untuk beberapa alasan ini)
Rin sebenarnya sangat menyokong ibu-ibu memberikan susu ibu sebagai makanan utama untuk bayi terutamanya kepada bayi yang berumur 6 bulan ke bawah. Dalam zaman yang serba canggih sekarang ini, tiada alasan untuk ibu berkerjaya untuk memberikan susu ibu walaupun sesibuk mana sekalipun mereka. Rin respek dan kagum dengan ibu-ibu yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi untuk anak mereka mendapatkan khasiat susu ibu yang tiada dalam mana-mana susu formula yang ada di pasaran sekarang.

Bagi ibu-ibu yang berkerjaya, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk membekalkan atau membuat simpanan susu ibu di rumah untuk bekalan bayi mereka apabila mereka keluar bekerja. Antara tips yang boleh dijadikan amalan untuk ibu-ibu berkerjaya ialah:
  • Semangat kena kuat. Emosi seorang ibu boleh mempengaruhi jumlah susu yang dihasilkan.
  • Jangan kedekut yer nak beli breastpump. Itu adalah investment jangka masa panjang. Kalau henbeg branded kita boleh beli, takkan breastpump untuk bayi kita pun kedekut nak beli.
  • Belajar marmet (satu cara pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata-mata tanpa menggunakan sebarang alatan lain terutamanya pam)...sangat membantu dalam keadaan yang tertentu.
  • Wajib ada pump session...supaya penghasilan susu badan lebih teratur dan konsisten.
  • Memaksimumkan Direct Feeding...bila dah kat umah tu, kalau boleh terus bagi susu kepada bayi tanpa transfer ke mana-mana dah. Selain daripada kita rasa bonding antara anak dan ibu, kita boleh rasa yang breast betul-betul kosong.
  • Jangan lupa minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari untuk kelancaran susu yang diberikan kepada anak.
  • Makan vitamin untuk kecergasan diri dan membekalkan susu yang berkhasiat untuk bayi. Bukan sahaja ibu mendapat manfaat dari pemakanan vitamin tersebut, tetapi anak turut mendapat manfaat yang sama.
Ok, jom kita baca testimonial ibu-ibu berkerjaya yang telah berjaya dalam membekalkan susu ibu untuk bayi mereka sementara mereka keluar bekerja. Semuanya atas usaha sendiri dalam meningkatkan jumlah penghasilan bayi dan juga pemakanan vitamin demi menjamin susu yang dihasilkan lebih berkhasiat.





 Alhamdulillah......Vitamin Shaklee sangat membantu ibu-ibu memberikan makanan terbaik untuk anak-anak mereka. Antara yang boleh diamalkan dalam set Shaklee ialah Set B iaitu Set Penyusuan Asas yang terdiri daripada B Complex, VitaLea, Vita-C dan Alfalfa, dan juga Set C iaitu Set Berpantang yang terdiri daripada B Complex, Vita-C, VitaLea dan Zinc. Set C juga sangat sesuai bagi ibu yang bersalin secara pembedahan. Untuk nak tambah lebih ummpph pada susu ibu yang dihasilkan, boleh tambahkan ESP dalam set-set berkenaan. Pasti puas hati!


Harga Runcit SET B : RM288.75 (B Complex, Vita-C, Vitalea, Alfalfa)
Harga Runcit SET C : RM268.75 (B Complex, Vita-C, Vitalea, Zinc)

Aturan Makan:
VitaLea 1 Tab / Lunch
B Complex 1 Tab / Lunch
Alfalfa 3 Tab/ Lunch
Vita-C 1 Tab / Breakfast
Zinc 1 Tab / Breakfast


Mulakan Hari Anda Dengan Pengambilan Suplemen Untuk Kesihatan Sepanjang Hayat.



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Saturday, March 23, 2013

Wah! Meriahnya susu.... Alhamdulillah

Tatkala seorang ibu melihat anaknya meminum susu dari badan ibu itu sendiri, terdetik dihatinya bersyukur kerana mampu memberi makanan terbaik untuk anak yang telah dikandungkan selama 9 bulan 10 hari. Dengan bantuan Shaklee untuk mendapatkan susu yang lebih berkhasiat, pekat dan mengenyangkan anak kecil juga mampu membuatkan ibu tersenyum lebar melihat anaknya membesar dengan sihat.

Hari ni, beberapa testimonial untuk anda yang telah Rin dapatkan untuk bacaan kita bersama. Tetapi sebelum itu kita lihat dulu apakah set-set yang disarankan untuk ibu menyusu ni.
Kedua-dua set ini, jika berkemampuan, digalakkan menambahkan ESP (Energizing Soy Protein) untuk menjadikan susu ibu lebih pekat dan berkhasiat untuk bayi anda.

Testimonial yang Rin akan kongsikan ini adalah daripada beberapa ibu yang mengamalkan antara set-set ibu menyusu. Jom kita baca sama-sama......








Harga Runcit SET B : RM288.75 (B Complex, Vita-C, Vitalea, Alfalfa)
Harga Runcit SET C : RM268.75 ( B Complex, Vita-C, Vitalea, Zinc)

Aturan Makan:
VitaLea 1 Tab / Lunch
B Complex 1 Tab / Lunch
Alfalfa 3 Tab/ Lunch
Vita-C 1 Tab / Breakfast
Zinc 1 Tab / Breakfast


Mulakan Hari Anda Dengan Pengambilan Suplemen Untuk Kesihatan Sepanjang Hayat.


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Aturan Makan Vitamin Shaklee

Aturan Pengambilan Suplemen Shaklee:

Vita-C 1 Tab / Breakfast
B-Complex 1 Tab / Breakfast
Vitalea 1 Tab / Lunch
Alfalfa 1 Tab / Lunch
Zinc 1 Tab / Breakfast
ESP (Energizing Soy Protein) 1 TBSP / Breakfast & Lunch
OsteMatrix 2-4 Tabs / Before Sleep
Lecithin 2 Tabs / Breakfast, Lunch, Dinner
Vita-E Complex 1 Tab / Before Sleep
Omega Guard 1 Tab / Breakfast, Lunch, Dinner
HerbLax 2-4 Tabs/ Before Sleep

Peringatan
  1. Jadual di atas adalah cadangan pengambilan supplement dan adalah fleksibel. Supplement adalah lebih baik diambil selepas makan.
  2. ESP tidak boleh dibancuh dengan air panas kerana suhu yang tinggi (melebihi 40 darjah celcius) memusnahkan protein. Boleh dicampur dengan minuman kegemaran (milo, holicks, jus buah-buahan dan sebagainya mengikut selera anda) atau dibuat milkshakes.
  3. Minum air sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari bagi membolehkan penyerapan citamin berjalan lancar.
  4. Supplement hanyalah sebagai usaha, dan wajiblah kita sebagai muslim berdoa bagi mendapatkan keberkatan dan kebaikan dari pengambilan supplement ini.
  5. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara... "Masa sihat sebelum sakit"
** Abaikan jika vitamin yang ada dalam jadual di atas tiada dalam koleksi vitamin anda.

Pantang Larang Vitamin Shaklee
  1. Protein (ESP) ~ Sebaiknya diambil di waktu pagi semasa perut kosong...kerana waktu pagi metabolisme kita tinggi.
  2. Alfalfa ~ Tidak boleh diambil bersama Vita-E atau GLA. Vita-E akan menghalang penyerapan Alfalfa.
  3. OsteMatrix ~ Kalsium sebaiknya diambil di waktu malam sebelum tidur.
  4. Vita-C ~ Patahkan 2 dahulu semasa demam, batuk atau selsema.
  5. VitaLea ~ Jangan diambil dengan minuman bersusu kerana boleh mengganggu efisiensi penyerapan zat besi (Iron). Diambil bersama dengan vitamin C kerana Iron memerlukan vitamin C untuk lebih mudah diserap.
  6. Vitamin Larut Lemak (A,D,E,K) ~ Diambil selepas mengambil makanan berlemak / berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.
  7. Jangan mengambil vitamin dengan minuman berkafein kerana ia mengurangkan efisiensi penyerapan vitamin. Kalau nak minum minuman berkafein jugak, amik 1/2 jam sebelum atau selepas makan supplement.

Friday, March 22, 2013

Tulang Dah Tak Sakit Dengan OsteMatrix

Tak sangka dah hari ni hari Jumaat. Esok Sabtu, lusa Ahad...Rin jadi fulltime blogger...wasehmenn...yelar kan, kena bagi masa nak uruskan blog dan kehidupan seharian. Oh ya, tinggal beberapa hari lagi untuk offer OsteMatrix (Buy 6 Free 1)....jadi, malam ni Rin nak bagi korang baca testimonial orang yang telah mengamalkan OsteMatrix. Tak rugi, sebab banyak khasiat dari vitamin OsteMatrix ni terutamanya buat tidak penggemar susu.
Seperti yang kita ketahui, kalsium amat penting dalam pertumbuhan tulang kanak-kanak dan mencegah osteoporosis bagi golongan dewasa. Jangan ingat osteoporosis tidak menyerang semasa masih muda tau. Sebab itulah dari kecil kita telah dibiasakan oleh ibu kita untuk meminum susu. Semuanya kerana apa? Tentulah kesihatan kita. Bukan suka-suka. Tetapi, bagi yang memang tak minum susu, pastikan diet seharian kita ada mengandungi kalsium seperti ikan bilis, bayam, keju, kekacang (soya), brokoli. Tapi, kalau tak boleh jugak, dicadangkan supaya kita mengambil pil kalsium seperti OsteMatrix. Kenapa OsteMatrix? Sebab kadar penyerapan OsteMatrix adalah hampir 99%. Ia mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D, Zinc dan Boron. Kerana itulah OsteMatrix menjadi pilihan saya dan orang ramai diluar sana.

Ok, jom mari ramai-ramai kita baca testimonial yang telah dihantar sendiri oleh pengguna/pengamal OsteMatrix. Alhamdulillah....




Harga Runcit : RM61.00 (120 Biji)

Aturan Makan:
2@4 biji sebelum tidur
Pantang-larang OsteMatrix:
OsteMatrix bersama Iron kerana Kalsium akan menghalang penyerapan Iron. Vitalea mempunyai Iron, jadi elakkan pengambilan bersama OsteMatrix atau produk tenusu. Produk tenusu=kalsium.

Mulakan Hari Anda Dengan Pengambilan Suplemen Untuk Kesihatan Sepanjang Hayat.



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...